Apa Itu Pelaburan Langsung Asing (FDI) Dan Mengapa Ianya Penting?

Pelaburan langsung asing (FDI) adalah ukuran pemilikan asing aset-aset yang produktif seperti kilang, lombong dan tanah. Peningkatan pelaburan asing boleh digunakan sebagai salah satu ukuran pertumbuhan ekonomi.

Pelaburan langsung asing merujuk kepada individu, syarikat atau institusi kewangan yang melabur di negara lain dan memiliki lebih daripada 10% ekuiti syarikat. Ini bermaksud, ia membolehkan pelabur mengawal dan mempengaruhi operasi dan proses syarikat.

Selain itu, membuka kilang dan pejabat di negara lain juga merupakan contoh pelaburan langsung asing.

Kelebihan Pelaburan Asing

Terdapat banyak kelebihan pelaburan asing, antaranya ialah ia mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Apabila pelabur membuat pelaburan di sesebuah negara, ia akan menyebabkan peningkatan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, di mana, ia meningkatkan peluang pekerjaan, seterusnya mengurangkan kadar pengangguran, dan sekali gus dapat mengurangkan gejala sosial yang disebabkan oleh pengangguran.

Selain itu, pelaburan asing juga dapat meningkatkan infrastruktur negara dan memajukan kawasan mundur dengan membina kilang, gudang dan juga prasarana lain yang diperlukan. Pelaburan asing menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian yang baru di kawasan luar bandar.

Apabila kawasan perindustrian dibuka di kawasan luar bandar, maka kawasan itu juga akan bertambah maju dan dapat menjadi kawasan bandar yang maju selari dengan kawasan perbandaran yang sedia ada. Hal ini kerana, akan bermula pembukaan kedai-kedai, pejabat, pengangkutan awam dan lain-lain kemudahan disebabkan oleh adanya penempatan yang baru.

Kekurangan Pelaburan Asing

Kekurangan pelaburan asing adalah ia memberi risiko kepada peniaga tempatan atau kecil. Perkara ini disebabkan oleh jumlah pelaburan asing adalah besar dan tujuan utama mereka bukanlah untuk peroleh untung atau rugi, tetapi merebut bahagian pasaran terlebih dahulu. Mereka juga mula menjual produk mereka pada harga di bawah harga pasaran yang mana dapat menarik perhatian masyarakat.

Disebabkan itu, peniaga tempatan atau kecil mungkin tidak dapat bertahan dan perniagaan mereka akan ditutup. Hal ini dapat dibuktikan dimana ada sesetengah barang di pasaran, produk yang dikeluarkan oleh pelaburan asing lebih murah berbanding harga barang tempatan dan menyebabkan produk mereka laris di pasaran.

Selain itu, pelaburan asing boleh menyebabkan perniagaan di sesebuah negara itu didominasi oleh syarikat asing. Terdapat kemungkinan syarikat tempatan akan kehilangan kawalan terhadap perniagaan

dan majoriti keuntungan yang diperoleh daripada syarikat perniagaan akan disalur keluar dari negara ini. Bukan itu sahaja, ini juga merisaukan bagi perniagaan kecil dan tempatan kerana mereka tidak mempunyai modal perniagaan yang banyak untuk bersaing dengan syarikat besar pelabur asing yang menggunakan modal perniagaan yang tinggi.

Faktor Pelaburan Asing

Faktor-faktor dalam menggalakkan dan meningkatkan kedatangan pelabur asing kedalam negara haruslah dikenal pasti dan direncanakan dengan sebaiknya. Kestabilan politik merupakan faktor yang sangat penting dalam sesebuah negara.

Politik yang stabil menandakan negara tersebut mempunyai hala tuju ekonomi yang lebih terjamin. Justeru itu pelabur tidak akan teragak agak dan berminat untuk melabur. Keyakinan pelabur asing akan mendorong mereka untuk mempercayai birokrasi sesebuah negara.

Birokrasi yang merumitkan sebagai contohnya dari segi pengurusan akan menyulitkan dan melambatkan urusan pelabur dan  secara tidak langsung akan memberi kesan yang buruk kepada sesebuah negara. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah memastikan urusan pentadbiran negara berjalan dengan baik dan lancar supaya kesulitan yang boleh memudaratkan negara dapat dielakkan.

Selain itu, hubungan diplomatik yang stabil antara negara juga merupakan elemen yang penting dalam dunia pelaburan asing. Malaysia boleh mewujudkan hubungan perdagangan yang baik dengan negara luar dengan memperbaiki hubungan bilateral dan multilateral.

Hubungan bilateral ini dapat diperkukuhkan melalui pelbagai cara antaranya mengadakan lawatan diplomatik ke luar negara. Sesebuah negara perlulah memanfaatkan hubungan baiknya dengan negara luar dan tidak menjadi negara seperti katak di bawah tempurung, enggan berkerjasama dengan dunia luar dan terpedaya dengan dakyah yang mengatakan kemasukan pelaburan asing itu adalah sama seperti menjual kedaulatan negara.

Hubungan multilateral pula dapat dihasilkan melalui sidang pertubuhan yang melibatkan beberapa buah negara seperti ASEAN, Komanwel, OIC dan lain lain. Persidangan seperti ini akan memberi impak terhadap ekonomi negara serta negara asia yang lain.

Infrastruktur sesebuah negara juga perlu dititikberatkan. Prasarana yang disediakan kerajaan seperti sistem jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang, bekalan elektrik serta jaringan komunikasi merupakan elemen yang penting dalam aktiviti pelaburan. Justeru itu kerajaan haruslah menyediakan infrastruktur yang lengkap supaya dapat menarik pelabur asing dengan lebih ramai untuk melabur di negara kita. Infrastruktur yang lengkap dan selesa dapat memberi kesan yang positif dalam negara.

Malaysia Negara Pilihan Pelabur

Malaysia telah diletakkan sebagai pilihan kedua di Asia Tenggara selepas Singapura bagi melakukan operasi dan meningkatkan kegiatan pelaburan. Walaubagaimanapun, menurut kajian Standard Chartered, pasaran luar negara tetap kekal menjadi kunci pertumbuhan kegiatan pelaburan ini walaupun wujud ketidaktentuan yang disebabkan oleh pandemik dan kesan ekonomi.

Menurut kajian itu juga, berlaku penekanan untuk melabur di dalam teknologi digital. Justeru itu, penekanan ini telah membuka peluang kepada Malaysia untuk meningkatkan pelaburan asing dengan menyediakan kemudahan perniagaan di dalam negara.

Pada tahun 2020,  pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia mencapai RM64.2 bilion yang dilaporkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pelancaran Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) juga dapat membantu memajukan ekonomi Malaysia serta memberi sokongan terhadap projek pelaburan asing.

Prestasi FDI 1980 – 2019

Prestasi Pelaburan Malaysia 2020: Pelaburan Langsung Asing Sebanyak RM64.2 Bilion

Kesimpulannya, kegiatan pelaburan asing ini dapat merangsang ekonomi negara. Hal ini amat penting untuk dititikberatkan kerana pelaburan asing menjadi nadi utama bagi pendapatan negara serta membantu dalam memajukan ekonomi negara agar seiring dengan negara maju.

Justeru itu, kementerian perlulah terus komited dalam menarik pelaburan asing bagi memastikan rantaian ekonomi  terus berkembang dalam situasi negara yang berada dalam keadaan pemulihan pada waktu ini. Hal ini sudah pasti memberi manfaat kepada rakyat dari pelbagai aspek.

Penulis boleh dihubungi di:

Nurasma Hafidzah Binti Mohd Adzhar ([email protected])
Nur Aisyah Nadhirah Binti Mat Suan ([email protected])
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.