Kadar Statistik Pengangguran 2021 / 2022 Di Malaysia Semakin Menurun

Sejak pandemik, kadar statistik pengangguran 2022 ini pasti mengejutkan ramai.

Betulkah kadar statistik pengangguran kini makin berkurangan?

Setelah apa yang kita lalui pada tahun 2021 dan 2022, segala musibah banjir, COVID-19 dan pelbagai isu ekonomi negara telah berlaku. Pernah terfikir tak kadar statistik pengangguran 2022 di Malaysia ini macam mana situasinya?

Jika dulu kita sering mendengar masalah dibuang kerja, susah dapat kerja dengan pendapatan yang sesuai dan sebagainya. Pada tahun 2022 ini, pasti ada cerita. Adakah ramai rakyat mengalami masalah yang sama iaitu sukar mendapatkan pekerjaan, dibuang kerja kerana ekonomi tidak menentu dan sebagainya?

Kadar Statistik Pengangguran Di Malaysia 2022

Menurut Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada Disember 2021, sektor tenaga buruh negara semakin pulih pada Disember 2021 dengan mencatatkan kadar pengangguran yang lebih rendah pada 4.2 peratus dengan 687,600. Sebelumnya, kadar statistik pengangguran di Malaysia lebih tinggi.

Apabila kadar statistik pengangguran di Malaysia pada tahun 2022 ini makin rendah, ini bermaksud terdapat peluang pekerjaan yang kian membangun.

Pada Disember 2021, penduduk bekerja terus meningkat dengan peningkatan marginal sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 15.65 juta orang dari 15.61 juta orang pada November.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
Gambar : Sinar Harian

Peningkatan kadar statistik penduduk yang telah bekerja meningkat, maka ia merendahkan statistik pengangguran di Malaysia pada tahun ini.

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin juga berkata bahawa kebanyakan negeri menjelang akhir 2021 berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), ia membenarkan lebih banyak lagi sektor ekonomi dan sosial untuk beroperasi. Justeru, ia dapat mendorong kedudukan tenaga buruh supaya pulih dengan sederhana.

Dengan memacu guna tenaga, ia akan menjadikan pertumbuhan ekonomi lebih baik pada Disember 2021, dalam pada itu, kadar statistik pengangguran juga akan terus menurun.

Begitulah yang di ujarnya dalam laporan Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Keempat 2021 yang telah diterbitkan.

Kadar Statistik Pengangguran Di Malaysia 2021 

Gambar : Kosmo

Jom lihat kadar statistik pengangguran di Malaysia pada suku ke-4 tahun 2021.

Kadar pengangguran yang paling rendah direkodkan adalah pada 1.6 peratus iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kemudian, diikuti dengan Selangor (2.9 pe­ratus), Melaka dan Negeri Sembilan pula adalah (3.1 peratus) serta kedudukan Pulau Pinang adalah pada 3.2 peratus.

Kadar penyertaan tenaga buruh yang tertinggi pula dicatatkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 74.7 peratus, Selangor (74.1 peratus), Pulau Pinang (72.1 peratus), Putrajaya (70.9 peratus) dan juga Sarawak (70.5 peratus).

Patutlah kadar pengangguran di Wilayah menurun, kerana kadar penyertaan tenaga buruh meningkat. Rakyat tidak ramai yang memilih kerja, apa sahaja kerja yang memberi pendapatan dan halal perlu tetap dipertimbangkan. Jika tidak, kita terkesan dan masih belum.

Fasa 4: Pelan Pemulihan Negara

Pada masa sama, semua negeri telah berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bermula Januari 2022, yang membolehkan aktiviti perniagaan dan sosial beroperasi pada kapasiti penuh.

“Pembukaan sesi persekolahan pada 9 Januari 2022 dijangka memberi lebih impak positif terhadap aktiviti berkaitan.

“Perkembangan positif ini memberi isyarat pasaran buruh akan terus bertambah baik pada bulan-bulan akan datang,” ujar­nya.

Akhir kata, semoga dengan penurunan kadar pengangguran ini bakal beri peluang yang banyak kepada masyarakat di luar sana. Semoga bermanfaat.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).