5 Tips Untuk Jadi Pelabur Saham Yang Bijak

Pelaburan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan peluang pendapatan pasif. Terdapat pelbagai kategori pendapatan pasif yang boleh didapati, namun memerlukan nilai pelaburan yang tinggi, sederhana, dan rendah. Pendapatan pasif yang memerlukan nilai pelaburan yang tinggi seperti memiliki sebuah apartmen untuk disewa, membuka kedai di pelbagai cawangan, atau menyewakan hartanah.

Pendapatan pasif yang memerlukan nilai pelaburan yang sederhana adalah seperti melabur di pasaran saham dan pendapatan pasif yang memerlukan nilai pelaburan yang rendah adalah seperti menubuhkan perniagaan secara atas talian, menjadi agen atau menjadi orang tengah, dropship, atau menjana pendapatan melalui penulisan.

Menerusi pelaburan, pelabur akan berpeluang mendapat keuntungan daripada dividen dan keuntungan yang dimiliki ini seterusnya menambah jumlah wang yang telah mereka laburkan. Terdapat pelbagai cara untuk melabur, antaranya menggunakan sejumlah nilai yang kecil daripada gaji yang didapati untuk melabur.

Apabila pelaburan dilakukan secara berterusan, wang yang dilaburkan itu dapat berkembang setiap masa pada suatu masa tempoh tertentu, dengan syarat, wang yang dilaburkan dan dividen tersebut tidak dikeluarkan.

Namun begitu, setiap pelabur hendaklah merancang terlebih dahulu sebelum ingin melakukan pelaburan kerana individu yang kurang memberi perhatian terhadap risiko sebelum melabur cenderung untuk terlibat dalam kes penipuan skim pelaburan.

Oleh itu, terdapat beberapa tips kepada mereka yang ingin menjadi seorang pelabur yang bijak iaitu, memahami maksud pelaburan, menetapkan jangka masa pelaburan, mengenal pasti platform screener yang sesuai, pilihan indikator pelaburan yang sesuai dan melabur dalam sektor yang berbeza.

1. Memahami Maksud Pelaburan Dan Mendalami Ilmu Asas Pelaburan

Apakah itu pelaburan? Pelaburan adalah satu cara untuk meningkatkan potensi jumlah wang yang telah dilaburkan di pasaran saham.

Tujuannya adalah untuk melabur pada harga rendah, dan menjualnya pada harga yang tinggi. Perlu diingatkan bahawa simpanan dan pelaburan adalah dua perkara yang berbeza, antaranya simpanan hanyalah menyimpan wang dalam bank atau tempat yang lebih selamat manakala pelaburan, individu yang melakukan pelaburan berpeluang membeli dana dan menyimpan wang dalam akaun pelaburan.

Sebelum ingin melakukan pelaburan, individu tersebut hendaklah mendalami ilmu asas pelaburan seperti asas saham, corak pergerakan saham, dan yang paling penting jaga emosi. Ilmu yang pertama adalah pelajari tentang saham. Secara umum, saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.

Saham boleh dimiliki secara sendirian atau umum. Saham yang boleh dimiliki oleh umum atau orang ramai adalah syarikat–syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Saham juga boleh dilihat dari aspek ekonomi sama ada dapat memberi keuntungan kepada syarikat atau tidak.

Seterusnya, ilmu corak pergerakan saham. Setiap pelabur ingin mendapatkan keuntungan yang tinggi daripada saham. Perkara yang mereka harapkan adalah daripada kenaikan harga tersebut. Pergerakan saham cenderung untuk menaik (uptrend) atau menurun (downtrend).

Maka carilah saham yang menaik yang dapat menunjukkan potensi kenaikan nilai keuntungan yang dilabur.

Akhir sekali, ilmu yang paling penting kepada pelabur ialah menjaga emosi. Konsep 3M iaitu Mindset, Method dan Money Management perlu diterapkan dalam diri sekiranya ingin melabur. Hal ini kerana, pelaburan memiliki risiko yang sangat besar dan mereka yang berhasil memperoleh keuntungan yang konsisten adalah mereka yang memahami konsep 3M.

2. Menetapkan Jangka Masa Pelaburan

Pada abad yang ke-21, dunia sudah maju dan canggih dengan teknologi yang sedia ada yang memudahkan para pelabur untuk membeli saham, menjual, dan melihat perkembangan saham dalam pasaran saham. Ramai pelabur  membeli saham dengan harga yang rendah dan menjualnya dengan harga yang tinggi.

Namun begitu, terdapat sebahagian daripada mereka yang membeli saham dengan harga yang tinggi dan menjualnya dengan harga yang rendah. Hal ini memberi ancaman kepada pelabur lain yang telah menjual dengan harga yang tinggi kerana mereka telah membuat keputusan yang tepat untuk diri mereka apabila mereka berhenti melabur.

Semasa melabur, adalah disarankan kepada mereka yang baru mengenali dalam dunia pelaburan untuk kekal pada objektif pelaburan. Hal ini kerana ramai di antara mereka telah berhenti melabur disebabkan kerugian yang mereka peroleh.

Oleh itu, pelaburan yang bijak ialah mempunyai jangka masa pelaburan yang ditetapkan. Sebagai contoh, ada yang ingin melabur sebagai simpanan apabila mereka sudah bersara, untuk tangani risiko yang tidak dijangka seperti Covid-19, dan sebagai sumber pendapatan pasif.

Untuk melakukan pelaburan dalam jangka masa yang panjang, pelabur hendaklah mempunyai matlamat pelaburan yang jelas seperti yang dinyatakan di atas. Terdapat tiga panduan kepada mereka yang merancang untuk pelaburan yang mantap.

Pertama, mula melabur secepat mungkin kerana lebih awal mereka melabur, lebih banyak keuntungan pelaburan yang bakal diperolehi.

Kedua, melabur mengikut kemampuan iaitu melabur yang tidak melibatkan jual beli dalam pasaran saham.

Ketiga, pelbagaikan pelaburan untuk mengurangkan risiko seperti meletakkan wang dalam pelbagai jenis pelaburan untuk mengurangkan risiko kerugian wang.

3. Menggunakan Screener Yang Sesuai

Menjadi pelabur yang baharu dalam pasaran semestinya agak susah. Terutamanya kerana pelabur baru agak tertanya-tanya dan keliru tentang saham dan sektor yang mana patut dititik beratkan sebelum dibeli.

Oleh itu, sebelum kita memilih kaunter yang diingini, adalah lebih baik untuk mengetahui screener yang ada di Malaysia yang dapat membantu membuat pilihan.

Apakah itu screener?

Screener adalah satu platform yang disediakan bagi membantu pelabur mengenalpasti saham dan sektor yang kita inginkan. Ada banyak kriteria yang boleh dimasukkan dalam screener saham.

Ianya boleh disamakan dengan memilih rumah. Rumah jenis yang macam mana, berapa bilik dan tandas dan pada kadar harga yang berpatutan.

Kalau dalam saham, kita mungkin memilih kaunter yang sedang menaik “uptrend” yang mempunyai purata revenue dan profit yang bagus dan sebagainya.

Antara screener yang boleh digunakan di Malaysia adalah iSaham, KLSEscreener, Bursa Marketplace dan SpeedSaham. Melalui gabungan fundamental dan teknikal analisis, screener ini dapat membantu kita memilih kaunter yang sesuai dengan modal yang kita ada.

4. Pilihan Indikator Yang Sesuai

Terdapat beberapa indikcator yang sesuai yang boleh dilihat dari fundamental dan teknikal analisis. Tetapi indikator ini juga bergantung kepada target jangka masa yang kita tetapkan.

Adakah kita seorang Scalper? Intraday? Swing? Atau seorang Position Trader?

Sangat penting untuk kita tahu kita adalah golongan pelabur yang mana sebab untuk memudahkan pilihan indicator yang kita guna. Indikator yang pertama yang boleh digunakan adalah “Moving Average” atau selalu dipanggil MA, EMA, MA20 atau MA50.  

MA ini terbentuk hasil daripada purata harga saham itu untuk tempoh yang telah ditetapkan. Contohnya, untuk MA20, ianya terbentuk daripada hasil purata harga saham selama 20 hari.

MA selalunya digunakan di kalangan pelabur kerana indikator ini mampu memberitahu keadaan trendline sesuatu saham sama ada akan menaik atau menurun. Sesetengah pelabur juga akan menggunakan lebih daripada satu garisan MA yang mempunyai timeframe yang berbeza untuk meningkatkan winning rate dalam setiap trade.

Seterusnya penggunaan indicator Relative Strength Index (RSI). RSI adalah berada di antara nilai 0-100 RSI.

Apabila nilai RSI suatu kaunter itu melebihi 90 ianya selalunya dikatakan overbought dan oversold jika nilai RSI itu bawah dari 30. Cara yang terbaik untuk menggunakan indicator RSI overbought atau oversold  adalah menggabungkannya dengan garisan support dan resistance.

Jika RSI berada di aras oversold dan harga saham kaunter itu menyentuh line support, harga saham berkenaan dijangka akan melantun menaik . Jika suatu kaunter itu mempunyai nilai RSI 50 – 80 dan kedudukan line EMA9, MA20 dan MA50 berada dalam keadaan beriringan keatas, berkemungkinan kaunter itu elok untuk dibeli dan masih perlu diperhatikan.

5. Melabur Ke Dalam Sektor Yang Berbeza

Tips yang seterusnya adalah, jangan letakkan semua modal yang kita simpan ke dalam satu saham atau satu sektor sahaja. Kita hendaklah mempelbagaikan sektor yang diingini untuk melabur bagi mengurangkan risiko yang ada didalam sesuatu sektor itu.

Sebagai contoh, Izzat mahu melabur di sektor teknologi sahaja. Akan tetapi izzat tidak mengetahui risiko melabur kesemua modal didalam satu sektor sahaja. Kita boleh membahagikan modal pelaburan dan melabur ke dalam tiga sektor yang berbeza seperti sektor teknologi, sektor pertanian dan sektor penjagaan kesihatan.

Tindakan membahagikan modal pelaburan ke dalam beberapa sektor yang berbeza merupakan tindakan yang sangat bijak. Hal ini kerana, dalam pasaran saham, semua sektor tidak bergerak bersama- sama diantara sektor yang lain.

Akan ada sektor lain yang sedang menaik dan akan ada sektor lain yang sedang turun bergantung kepada keadaan ekonomi semasa dan faktor-faktor yang lain.

Kesimpulannya, membuat pelaburan tidak mudah sebenarnya. Sekiranya pelabur ingin mendapatkan pulangan yang tinggi, makanya mereka hendaklah berhadapan dengan risiko yang tinggi.

Mereka tidak perlu tergesa–tergesa dalam membuat pelaburan hanya kerana mereka terpengaruh dengan pihak lain yang memperoleh keuntungan yang besar. Pemahaman dan praktikal dalam membuat pelaburan perlu ditekankan dan tidak terlalu percaya dengan skim–skim pelaburan yang dapat keuntungan yang besar dalam jangka masa pendek.

Risiko juga perlu dikurangkan dengan mempelbagaikan jenis pelaburan yang dilabur serta melakukan pemantauan yang berkala terhadap pelaburan juga penting untuk memastikan yang kita masih ikut dengan objektif pelaburan.

Penulis boleh dihubungi di:

Siti Haninah Binti A. Rani ([email protected] )
Aida Nasrin Binti Mustapa ([email protected] )
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Bermaz Auto: Mazda 3 Sokong Prospek Pemulihan

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR0.95 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham 10%.

Untung teras 3QFY26 (Apr) yang dicatat oleh Bermaz Auto dilihat melangkaui jangkaan. Kami menegaskan prospek positif kami untuk jangka terdekat, walaupun prestasinya mungkin menurun sedikit pada 4QFY26 disebabkan oleh bilangan hari bekerja yang lebih sedikit semasa tempoh ini.

Hujah kami untuk saham ini masih bertahan, iaitu berdasarkan pemulihan jualan ke arah paras yang direkodkan pada FY25, keluarnya Kia daripada barisan jenama syarikat, dan nilai MYR yang lebih kukuh. BAUTO diniagakan pada penilaian menarik iaitu P/E CY27F 7.7x, yang rata-ratanya hampir dengan purata lima tahunnya, sementara kadar dividen FY27F sekitar 9% mungkin menyokong harga sahamnya.

Untung teras 3QFY26 melonjak naik 94% QoQ (-24% YoY) kepada MYR32j

Sekali gus membawa perolehan sepanjang 9MFY26 kepada MYR57j (-58% YoY). Keputusan ini dilihat mengatasi jangkaan dengan merangkumi 76% dan 82% daripada anggaran sepenuh tahun kami dan konsensus.

Penyimpangan positif ini berpunca daripada jumlah jualan lebih tinggi daripada jangkaan (dipacu oleh model Mazda 3), opex lebih rendah daripada anggaran, dan pendapatan faedah yang lebih tinggi daripada ramalan. BAUTO mengumumkan DPS 3QFY26 sebanyak 1.75 sen, maka jumlah DPS 9MFY26 mencecah 3.75 sen (nisbah bayaran teras : 76%)

Prospek positif akan datang – dipacu oleh model Mazda 3

Melangkah masuk ke 4QFY26, jumlah jualan mungkin akan mengalami penurunan akibat bilangan hari
bekerja yang lebih sedikit oleh sebab sambutan dua musim perayaan utama, di samping sentimen lebih lemah semasa ketidaktentuan geopolitik dunia berlaku. Walaupun begitu, melihat ke FY27F, kami berpandangan positif akan pelan pemulihan BAUTO. Tunggakan pesanan Mazda mencecah 3,500 unit (Mazda 3: 2,500 unit, CX-60: 240 unit), dengan penghantaran Mazda 3 yang kukuh antara 300-500 unit/bulan.

Memandangkan tunggakan berada pada paras baik, kami berpendapat Mazda Motor Corp (MMC) mungkin akan memperuntukkan unit-unit Mazda 3 tambahan kepada BAUTO, yang sepatutnya mendorong lagi pertumbuhan jualan syarikat ini. Tambahan itu, kami juga memandang positif akan usaha pengeluaran Xpeng di tanah air kerana ia membolehkan BAUTO untuk memohon rebat cukai bagi model-model EV, yang mungkin akan bermula pada 2HCY26.

Menyentuh hal Kia Malaysia (KMSB), walaupun BAUTO mungkin akan terus mengiktiraf kerugian syarikat sekutu dalam jangka dekat, jumlah penurunannya mungkin terhad kepada sekitar MYR20j, iaitu rata-ratanya sama dengan pelaburan asalnya dalam usaha niaga ini. Kami percaya sebahagian besar kerugian ini sudahpun diiktiraf setakat tempoh 9MFY26.

Kami bertindak menaikkan perolehan FY26F sebanyak 8.7%

Selepas meningkatkan andaian jumlah jualan dan pendapatan faedah. Kami kekalkan perolehan FY27-28F tidak berubah. TP MYR0.95 kami diperoleh berdasarkan P/E CY27F 8x dengan premium ESG 6%, kerana markah BAUTO ialah 3.3 berbanding markah median negara iaitu 3.0.

Risiko-risiko negatif utama

Ia termasuk tempahan dan penghantaran lebih lemah daripada jangkaan, dan persaingan semakin sengit, dan kekangan rantai bekalan kembali timbul.

Faktor Pemacu Utama

i. Pertumbuhan kukuh di Filipina
ii. Perbelanjaan pengguna lebih tinggi daripada yang dijangka
iii. Pelancaran model baharu

Risiko Utama

i. Perubahan FX yang merugikan
ii. Gangguan pelancaran produk
iii. Perbelanjaan pengguna yang hambar
iv. Persaingan harga berterusan dalam segmen jenama luar negara

Profil Syarikat

Bermaz Auto terbabit dalam pengedaran, pemasangan, penjualan dan juga penyediaan perkhidmatan selepas jualan bagi kenderaan Mazda di Malaysia. Kumpulan ini juga mengedarkan kenderaan Mazda yang dipasang tempatan secara domestik dan mengeksport kenderaan Mazda yang dipasang tempatan. Anak syarikatnya Bermaz Auto Philippines mengedarkan kenderaan Mazda di Filipina.

Sorotan Keputusan

Sorotan keputusan. Hasil sepanjang 9MFY26 jatuh 17% YoY, manakala EBIT menyusut pada kadar lebih tinggi sebanyak 24% YoY apabila margin mengecil kepada 7.8% (9MFY25: 8.5%), akibat komposisi produk yang lebih lemah dan jumlah jualan lebih rendah. Namun begitu, berbanding dengan suku lalu, BAUTO merekodkan pemulihan yang kukuh apabila hasil 3QFY26 meningkat 23% (+6% YoY), dipacu oleh lantunan kukuh dalam jumlah jualan di Malaysia (+36% QoQ, +3% YoY) susulan pelancaran Mazda 3 dan pembeli yang membuat pembelian awal EV CBU Xpeng.

Oleh itu, PATAMI teras melambung naik 94% QoQ – iaitu paras tertingginya sejak 2QFY25 – yang bermakna margin bersih mencecah 4.7%, berbanding 2.9% pada 2QFY26. Berkenaan syarikat sekutu pula, kerugian 3QFY26 didorong oleh Kia Malaysia (rugi MYR10.5j) dan Mazda Malaysia (rugi MYR1.5j), manakala Inokom mencatatkan untung kecil berjumlah MYR0.9j.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli +603 2302 8114 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.