MRTT VS MLTT : Pilihan Mana Yang Lebih Baik Untuk Anda?

Dalam proses beli rumah, anda jangan tiba-tiba terkejut bila ejen hartanah dan pegawai bank bertanyakan soal takaful hartanah. 

Untuk rekod, ada banyak salah faham yang berlaku dalam masyarakat berkenaan takaful hartanah. 

Ada yang mengatakan takaful hartanah adalah beban kepada pembeli rumah kerana wujud kos tambahan dalam entry cost beli rumah. 

Ada juga yang mengatakan takaful hartanah ini satu keperluan semasa kerana perlindungan ini akan bantu ahli keluarga peminjam loan rumah apabila beliau meninggal dunia kelak. 

Sebenarnya, dua-dua kenyataan ini adalah tepat dan tidak salah. Tetapi, kenyataan ini belum cukup lengkap. 

Baca : MLTT vs MRTT, Yang Mana Lebih Baik?

Kalau diikutkan, memang banyak faedah ambil insurans hartanah dan penulis sendiri sangat mengesyorkan pembaca untuk buat kajian insurans hartanah yang paling ideal sesuai dengan kemampuan kewangan dan keperluan. 

Dalam artikel ini, penulis akan mendedahkan segalanya daripada baik buruk dan keperluan dan perbezaan di antara takaful hartanah yakni MRTT dan MLTT. 

Diharapkan selepas anda selesai membaca artikel ini, anda akan tahu kesan baik dan buruk jika anda ambil mana-mana produk bank samada MRTT atau MLTT. 

Jom ikuti penjelasan lanjut mengenai takaful rumah MRTT vs MLTT. 

Apa Itu MRTT?

MRTT bermaksud Mortgage Reducing Term Takaful yang bermaksud perlindungan insurans takaful atas baki hutang hartanah anda dan jumlah baki hutang akan berkurangan sedikit demi sedikit tahun demi tahun.

MRTT memberi perlindungan kepada baki hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun.

Dari segi harga, MRTT jauh lebih rendah berbanding MLTT. Cuma MRTT perlu dibayar sekaligus manakala MLTT boleh dibayar secara ansuran.

Apa Ciri-Ciri MRTT? 

Harganya lebih murah berbanding MRTT.

Cara bayarannya adalah lumpsum (sekaligus) dan berbeza dengan MLTT yang boleh bayar secara ansuran.

MRTT boleh dimasukkan dalam loan rumah anda. 

Fungsinya adalah sebagai perlindungan kepada hartanah itu.

Jika anda buat refinance loan, polisi MRTT secara automatik akan terbatal.

Polisi MRTT ini tidak boleh dipindahmilik kepada individu lain 

Anda tidak perlu keluarkan duit kerana takaful hartanah ini termasuk dalam loan bank 

Perlindungan adalah berdasarkan baki hutang yang berkurangan dan spesifik untuk kematian & hilang upaya kekal sahaja. 

Pewaris hartanah itu adalah bank. 

Jika tidak berlaku sebarang kematian, pemilik rumah tidak dapat apa-apa. 

Jika berlaku kematian, baki loan rumah akan diselesaikan pihak bank dan waris akan dapat rumah. 

MRTT Sesuai Untuk Apa?

MRTT sering digunakan pelabur hartanah kerana sekiranya berlaku apa-apa kejadian tidak diingini, pihak bank yang akan serap risiko itu. 

Memandangkan MRTT termasuk dalam loan rumah anda, tempohnya juga mengikut jangkamasa bayaran balik yang normalnya 30 tahun – 35 tahun. 

Jadi, MRTT sesuai untuk pembeli rumah yang berusia 35 tahun ke bawah. 

Apa Itu MLTT?

MLTT pula bermaksud Mortgage Level Term Takaful yang mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh perlindungan hartanah anda. 

Dalam MLTT, pinjaman hartanah kita dilindungi kerana jumlah simpanan MLTT boleh digunapakai untuk menyelesaikan baki hutang hartanah.

Dan yang lebih menarik adalah MLTT membenarkan kita untuk menggunakan perlindungan tambahan lain sebagai contoh sakit cacat kekal, kemalangan, kematian dan pelbagai lagi manfaat.

MLTT memberi perlindungan kepada keseluruhan jumlah hutang yang awal dan ia setara dari awal polisi hingga tamat polisi.

Baca : Apa Perbezaan Takaful Rumah MRTT Dengan MLTT?

Apa Ciri-Ciri MLTT? 

Kosnya lebih mahal berbanding MRTT dan cara bayarannya adalah secara ansuran. 

MLTT tidak boleh dimasukkan dalam loan rumah dan anda perlu bayar sendiri. 

Fungsinya adalah sebagai perlindungan hartanah dan simpanan pada peminjam atau waris kelak. 

Jika anda buat refinance loan rumah, polisi tidak terbatal kerana MLTT tidak termasuk dalam Perjanjian Jual Beli Rumah.

Yang lebih menarik, polisi takaful MLTT boleh dipindah milik.

Konsep perlindungannya adalah berdasarkan jumlah hutang. 

Samada berlaku kematian + hilang upaya kekal + 36 penyakit kritikal dan penyumbang lain yang menyebabkan anda tidak boleh bayar loan rumah pada bank. 

Dalam polisi MLTT, anda boleh letak ahli keluarga sebagai pewaris hartanah berbeza dengan MRTT yang menjadikan bank sebagai pewaris. 

Jika tidak berlaku kematian, pemilik rumah akan dapat cash value daripada harga rumah. 

Dan andai kata berlaku kematian, baki loan rumah akan diserap dan diselesaikan bank. 

Tambahan, waris akan dapat rumah beserta cash value. 

MLTT Sesuai Untuk Apa?

Sesuai jika anda berhasrat untuk buat refinance loan rumah kerana politi MLTT tidak terbatal dan berjalan seperti biasa.

Kedua, untuk tujuan pindah milik hartanah kepada ahli keluarga kerana MLTT membenarkan anda meletakkan ahli keluarga sebagai penama waris. 

Sebagai kesimpulan, MRTT sesuai untuk peminjam loan bank atas kapasiti pelaburan hartanah dan MLTT sesuai untuk peminjam loan bank yang inginkan perlindungan penuh (rumah + cash value) kepada ahli keluarga. 

Baca : Pertimbangkan 5 Benda Ini Sebelum Memilih Pelan Takaful

Tak kisah anda ambil yang mana kerana kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan jangka panjang. Yang penting, anda ada perlindungan takaful atas hartanah yang anda beli. 

Jangan terlaku yakin yang anda kalis musibah, kerana setiap kali berlaku kematian, ahli keluarga sanggup berparang dan masuk mahkamah hanya untuk dapatkan harta anda.

Baca : “Musibah Tak Mungkin Berlaku Dekat Aku…”. Lupakan Takaful Jika Anda Betul Yakin

Jadilah peminjam loan rumah yang bijak dengan lindungi ahli keluarga anda.

So, dah tahu nak ambil MRTT atau MLTT? Yang mana lebih bagus?… Kedua-duanya bagus.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman