Cara Mencarum Takaful Murah Guna Akaun 2 KWSP (i-LINDUNG)

i-Lindung adalah inisiatif daripada KWSP untuk menyediakan pelan perlindungan yang mesra bajet dan mudah difahami kepada semua ahli KWSP.

Yang menariknya, pelan takaful ini boleh dicarum terus menggunakan akaun 2 secara online, bayaran dilakukan sekali untuk setahun dan tiada agen serta pemeriksaan perubatan diperlukan.

Jom tengok cara mudah untuk dapatkan pakej perlindungan ini!

Layari: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Ingat, bagi Muslim pastikan pilih Takaful bukan Insurans pada ruang Penyedia Insurans/Takaful.

Ada 3 penyedia Takaful yang terlibat dalam inisiatif i-Lindung:

  1. Etiqa Family TakafulBerhad
  2. FWD Takaful Berhad
  3. Prudential BSN TakafulBerhad

Jom tengok salah satu contoh Pelan Takaful yang tersenarai:

  • Umur layak mohon: 17-59 Tahun
  • Tempoh perlindungan: 1 Tahun
  • Jumlah perlindungan: RM10k-RM200k
  • Tiada pemeriksaan kesihatan, hanya jawab 5 soalan kesihatan

Manfaat yang ditawarkan:

Jumlah caruman setahun: RM276.00

  • Manfaat kematian: RM200,000
  • 100% jumlah perlindungan tidak termasuk sebarang jumlah derma akan dibayar sekirang pemegang polisi meninggal dunia
  • Manfaat Pengebumian: RM3,000
  • Perbelanjaan pengebumian khas sebanyak RM3,000 akan dibayar sebaik sahaja slip sijil kematian diserahkan
  • Manfaat Total and Permanent Disability (TPD): RM200,000
  • 100% jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya pemegang polisi hilang upaya kekal atau menyeluruh (TPD)
  • Kematian secara tidak sengaja / Manfaat TPD: RM200,000
  • Tambahan 100% daripada jumlah perlindungan tidak termasuk sebarang jumlah derma akan dibayar sekiranya pemegang polisi meninggal dunia atau mengalami TPD disebabkan kemalangan.
Semak juga sebarang pengecualian polisi jika ada
Semak sekirannya pelan yang dipilih ada Waiting Period atau tempoh menunggu

Pelan di atas hanya sebagai contoh, ada lebih kurang 9 pilihan pelan yang lain berdasarkan kriteria pemohon.

Ingat semak maklumat pelan dengan lebih mendalam, klik dan muat turun

Product Disclosure Sheet

Brochure

Antara pilihan takaful yang lain:

Mudah sangat bukan?

Untuk maklumat lanjut boleh semak laman web KWSP.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Generali Malaysia Lancar Pelan Perlindungan Baharu untuk Keluarga Kurang Berkemampuan

Kuala Lumpur – Generali Malaysia, dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (“AmanahRaya”), Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, hari ini melancarkan Gen Sinar, pelan insurans kemalangan diri mampu milik yang direka untuk memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan. Pelan ini bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Generali Malaysia ini diadakan di Kompleks Komuniti Muhibbah dan dihadiri oleh AmanahRaya, wakil Kedutaan Itali di Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM), rakan UNDP, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti, ahli media dan masyarakat  tempatan

Gen Sinar dibangunkan berasaskan pemahaman terhadap cabaran dan aspirasi komuniti kurang berkemampuan yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Walaupun keperluan asas harian terus menjadi keutamaan bagi kebanyakan keluarga, terutamanya keluarga dengan penyara tunggal, mereka juga memikirkan kestabilan kewangan jangka panjang dan situasi tidak dijangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan dan kesejahteraan keluarga

Di Malaysia, akses terhadap perlindungan kewangan yang mencukupi dan mampu milik bagi keluarga kurang berkemampuan masih terhad, sekali gus mewujudkan jurang perlindungan yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kewangan yang tidak dijangka. Menyedari cabaran ini, Gen Sinar diperkenalkan bagi membantu merapatkan jurang tersebut dengan menyokong kesinambungan pendidikan anak-anak dan memperkukuh daya tahan kewangan keluarga untuk masa hadapan.

“Gen Sinar bukan sekadar pelan insurans, malah satu inisiatif perlindungan sosial berteraskan matlamat yang dibangunkan berasaskan model bukan untung. Kami berkongsi aspirasi komuniti dan percaya bahawa pendidikan ialah kunci dalam memutuskan kitaran kemiskinan. Dengan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses oleh keluarga yang kurang berkemampuan, kami berhasrat untuk memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pendidikan walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar,” ujar Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.

Gen Sinar diwujudkan dengan matlamat untuk membantu melindungi masa hadapan kanak-kanak melalui sokongan pendidikan yang berterusan. Matlamat ini selaras dengan The Human Safety Net (THSN), sebuah gerakan global Generali yang komited untuk memperkasa komuniti rentan. Dengan bayaran serendah RM91.28 bagi tahun pertama dan RM59.40 bagi tahun-tahun berikutnya termasuk duti setem, kos penyerahan mutlak dan surat ikatan amanah serta cukai perkhidmatan 8%, Gen Sinar menyediakan sokongan kewangan yang praktikal bagi membantu keluarga yang berdepan situasi tidak dijangka. Sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan, pelan ini menyediakan manfaat bayaran sekali gus sebanyak RM20,000 bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga. Selain itu, setiap anak turut layak menerima elaun pendidikan bulanan sebanyak RM250 sehingga berumur 18 tahun, dengan jumlah manfaat keseluruhan sehingga RM100,000.       

Selain itu, Gen Sinar turut menawarkan manfaat rundingan teleperubatan percuma bagi isu kesihatan fizikal dan mental yang bertujuan membantu komuniti kurang berkemampuan mendapatkan akses awal kepada nasihat perubatan. Melalui kemudahan ini, peserta dan ahli keluarga mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan yang berkelayakan menerusi panggilan telefon atau video. Kemudahan ini menyediakan sehingga dua sesi rundingan setahun dengan nilai manfaat sehingga RM60 bagi setiap sesi, sekali gus membantu memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan mampu milik.

Semua manfaat pendidikan di bawah Gen Sinar diuruskan oleh AmanahRaya selaku Pemegang Amanah. Inisatif ini mencerminkan kerjasama erat antara Generali dan AmanahRaya yang dibina berlandaskan aspirasi bersama untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti dan masa hadapan anak-anak. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk memastikan dana yang diperuntukkan dilindungi, diurus secara telus dan dipegang secara amanah bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan keluarga kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam mendapatkanperlindungan kewangan dansokongan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sebagai Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, AmanahRaya memikul tanggungjawab yang lebih luas, bukan sahaja dalam melindungi kepentingan benefisiari, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara lebih menyeluruh. Melalui Gen Sinar, kami berharap dapat memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang memerlukan, di samping memastikan dana yang diperuntukkan bagi pendidikan anak-anak dilindungi dan diurus dengan telus untuk manfaat masa hadapan  mereka,” ujar Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan Amanah Raya Berhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gen Sinar, sila layari https://www.generali.com.my/travel-personal-accident/gen-sinar-bm