Risiko Yang Akan Dihadapi Sebagai Penjamin Pinjaman

Pak Teh nak tanya satu soalan, anda pernah jadi penjamin untuk sesiapa tak? Biasanya, kita akan jadi penjamin untuk ahli keluarga atau rakan yang rapat dengan kita sahaja. Kalau kenalan yang tidak rapat mungkin sukar untuk kita jadi penjamin. Takut perkara yang tak diingini berlaku, akan menjadi risiko buat diri kita.

Kenapa berisiko? Teka siapa yang perlu tanggung untuk bayar hutang jika peminjam tidak boleh nak jelaskan?  Sudah tentulah penjamin yang perlu tanggung segala hutang peminjam. Sebab itu pentingnya anda untuk baca artikel ni dahulu sebelum bersetuju untuk menjadi penjamin sesiapa sekali pun.

Apa Syarat Nak Jadi Penjamin?

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak diisytihar bankrap
  • Waras dan berupaya untuk faham segala dokumen jaminan yang berkaitan
  • Sanggup menjadi penjamin tanpa ada tekanan daripada keluarga atau rakan

Ada 2 jenis penjamin yang anda perlu tahu iaitu penjamin sosial dan bukan sosial. Untuk makluman, sosial di sini apabila anda menjadi penjamin untuk tujuan pendidikan, perumahan dan kenderaan. Sebab-sebab lain seperti pinjaman perniagaan itu dikira penjamin bukan sosial.

Hak Sebagai Penjamin

Antara hak penjamin sebelum dan selepas tandatangan perjanjian adalah:

  1. Sebelum menandatangan perjanjian:
  • Dapatkan khidmat guaman sebelum anda menandatangan kontrak
  • Minta salinan dan fahamkan segala dokumen yang berkaitan termasuklah surat atau kontrak jaminan

2. Selepas menandatangan perjanjian:

  • Tanya maklumat terkini seperti baki tertunggak akaun peminjam
  • Boleh minta peminjam selesaikan bayaran cepat jadi anda tidak perlu menjadi penjamin dalam satu masa yang lama
  • Minta peminjam untuk bayar balik apa yang anda sudah bayar ke institusi kewangan, jika peminjam tidak dapat selesaikan hutang yang dipinjam

Betul Ke Jika Peminjam Tidak Bayar, Kita Kena Bayarkan?

Ya, betul. Namun tidak semudah yang disangka. Jika diikutkan Akta Kebankrapan 1967, ramai penjamin diserang jika peminjam buat masalah. Tapi, cara ini timbulkan masalah lain pula. Dari tahun 2007 sehingga 2014, hampir 7000 penjamin sosial bankrap sebab mereka tidak mampu bayar semula.

Sebab itu, kerajaan mengemaskini akta tersebut. Jadi tidaklah hanya penjamin perlu tanggung, sedangkan bukan salah penjamin. Sekarang ini, bank akan mencari peminjam dahulu sebelum penjamin. Contohnya seperti sita aset peminjam atau apa sahaja untuk selesaikan hutang sebelum menyita penjamin. 

Jika pihak bank mengenakan tindakan kepada penjamin, perlu ada dan tunjuk bukti bahawa pihak bank sudah buat tuntutan yang sama pada peminjam tetapi tak berjaya. 

Dengan pindaan akta ini juga, bank tidak boleh bankrapkan penjamin sosial. Untuk penjamin bukan sosial, masih boleh dijatuhkan bankrap bergantung pada keputusan mahkamah. Maksudnya, mahkamah perlu rasa puas hati dulu dengan segala tindakan yang pihak bank sudah ambil.

Apa Lagi Risiko Jadi Penjamin?

  1. Skor kredit rosak

Lagi satu, rekod kredit anda juga akan terjejas. Tak kisahlah peminjam bayar tepat pada masa atau lewat. Jika lambat, lagi teruk. Bila rekod kredit tidak cantik, akan menjadi susah kepada anda nak mohon pinjaman atau pelaburan.

2. Aset boleh disita

Bukan itu sahajea, aset anda juga akan disita dan dikawal oleh Jabatan Insolvensi untuk bayar semua hutang tersebut.

3. Boleh muflis (penjamin bukan sosial)

Tak dinafikan yang risiko paling besar apabila menjadi penjamin ini adalah bankrap. Bila kedua-dua pihak tidak mampu untuk bayar semula, jadi itu sajalah caranya. Cuma, bank perlu tunggu 6 tahun selepas tarikh hantar tuntutan pertama ke penjamin sebelum ambil tindakan undang-undang. Kalau nilai hutang sama atau lebih daripada RM50,000(Akta Kebankrapan 1967). 

Antara Soalan Yang Biasa Ditanya

Soalan: Penjamin kena tanggung tak kalau ada perubahan dengan jumlah kena bayar (peminjam mintak ekstra loan)?

Jawapan: Tidak. Nilai yang ditambahkan itu kena ada penjamin yang lain. Jumlah pinjaman sudah lain, jadi perlu ada jaminan yang baru. Anda boleh tolak permintaan peminjam jika diminta untuk menjadi penjamin.

Soalan: Macam mana jika penjamin tiba-tiba nak tarik diri daripada kontrak?

Jawapan: Boleh, tiada masalah. Perlu mendapat pengesahan dahulu daripada institusi kewangan. Mereka boleh bersetuju tanpa syarat atau perlu ganti dengan penjamin baru. Mereka juga boleh untuk tidak bersetuju melainkan peminjam sudah bayar separuh atau dah selesaikan hutang pokok.

Soalan: Kalau ada di antara penjamin meninggal dunia, macam mana? Apa akan berlaku?

Jawapan: Kena tengok semula jenis jaminan. Sama ada jaminan bersama atau jaminan bersama dan berasingan. Jika jaminan bersama, tanggungjawab itu akan disambung oleh penjamin-penjamin yang lain. Tapi, jika jenis jaminan bersama dan berasingan, waris penjamin yang meninggal dunia itu akan selesaikan hutang peminjam.

Faham Dan Semak Kontrak Jaminan Terlebih Dahulu

Selagi tidak 100% faham, jangan tandatangan walaupun satu dokumen. Kalau ada sesiapa yang paksa ada untuk tandatangan, jangan layan. Lagi-lagi jika anda rasa tak sedap hati dari awal. Mungkin anda tahu yang peminjam ini memang tidak mampu untuk bayar semula atau jenis susah nak dibawa berbincang.

Jangan pula anda jadi penjamin tanpa rela kemudian buat tidak tahu. Anda perlu tahu jumlah maksimum yang boleh dijamin, terma dan syarat, dan paling penting sekali perlu tahu siapa penjamin yang lain.

Artikel asal adalah daripada Loanstreet

Baca juga:

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

ATLAS Vending Lancar ‘Nutri-Aid’ Sebagai Penyelesaian Berasaskan Teknologi Untuk Menangani Ketidaksamaan Pemakanan di Sekolah Malaysia

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Susu Sedunia, ATLAS Vending, cabang mesin layan diri milik Etika Sdn Bhd, hari ini melancarkan ATLAS Nutri Aid di Kilang Susu Goodday di Petaling Jaya. Dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan menangani ketidaksamaan pemakanan dalam kalangan murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan.

ATLAS Nutri Aid memanfaatkan teknologi mesin layan diri pintar untuk menyediakan akses harian yang konsisten kepada susu berkualiti tinggi secara percuma kepada pelajar yang memerlukan. Bagi ramai kanak-kanak dalam komuniti B40 di Malaysia, akses kepada pemakanan harian masih merupakan cabaran yang senyap tetapi kritikal. Inisiatif ini memastikan nutrisi tenusu asas bukan sahaja tersedia, malah boleh diakses secara berterusan di persekitaran sekolah dan komuniti.

Pelancaran rasmi ini menyusuli kejayaan program perintis di beberapa sekolah terpilih yang mencatatkan penglibatan pelajar yang tinggi serta peningkatan konsistensi transaksi. Susulan keputusan positif tersebut, program ini akan diperluaskan melalui pemasangan 10 mesin layan diri ATLAS Nutri Aid di sekolah-sekolah terpilih.

Inisiatif ini turut disokong oleh YRMS yang memainkan peranan penting dalam pembiayaan, penyelarasan komuniti dan mengenal pasti penerima yang layak, bagi memastikan program ini sampai kepada kanak-kanak yang paling memerlukan.

ATLAS Nutri Aid berteraskan komitmen untuk menangani cabaran kesihatan kompleks yang dihadapi belia Malaysia, khususnya isu “kelaparan tersembunyi” (hidden hunger) dan krisis terbantut (stunting) yang semakin membimbangkan. Tidak seperti negara jiran yang menunjukkan kemajuan sejak tahun 2000, kadar stunting kanak-kanak di Malaysia terus meningkat dan mencapai 24% pada tahun 2024, mengatasi Indonesia (23%), Kemboja (22%), Vietnam (19%), Thailand (12%) dan Singapura (3%). Ini menunjukkan satu kebimbangan kesihatan awam yang serius, ditambah pula dengan dapatan kajian SEANUTS II yang menunjukkan lebih 70% kanak-kanak tidak mencapai pengambilan harian yang disyorkan bagi Kalsium dan Vitamin D.

Dengan peningkatan kos sara hidup, ramai keluarga B40 menghadapi cabaran besar untuk menyediakan makanan seimbang, dengan kadar kelaparan kanak-kanak dilaporkan mencecah 58.4% di beberapa kawasan bandar berpendapatan rendah. ATLAS Nutri Aid menangani isu ini dengan membekalkan susu Goodday Charge Milk secara percuma melalui mesin layan diri. Produk susu di bawah portfolio Etika ini diformulasikan khusus untuk meningkatkan tenaga, menyokong kesihatan tulang dan memperbaiki fungsi kognitif menerusi gabungan 10 nutrien penting yang membantu perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.

“Bagi ramai keluarga, menyediakan pemakanan harian bukanlah sesuatu yang sentiasa terjamin dan itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepada tumbesaran kanak-kanak,” kata Hemalatha Ragavan, Ketua Pegawai Eksekutif Etika & International Exports. “Melalui ATLAS Nutri Aid, kami memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada sesuatu yang asas seperti susu pada setiap hari persekolahan. Dengan menggabungkan teknologi dan tujuan, kami dapat menyampaikan nutrisi secara konsisten, bermaruah dan berimpak. Ini juga akan membantu meningkatkan kehadiran ke sekolah supaya generasi masa depan kita tidak terlepas peluang pembelajaran.”

Memperluaskan kerangka Hygiene Aid, ATLAS Nutri Aid menggunakan mesin layan diri pintar proprietari dan sistem kad “tap-and-go” yang lancar untuk memberikan akses pemakanan harian secara telus dan bersasar kepada pelajar. Dengan menyelaraskan kad dengan kalendar sekolah, sistem ini memastikan pengagihan yang konsisten pada hari persekolahan sambil mengelakkan penyalahgunaan dan ketirisan. Mekanisme berasaskan data ini membolehkan ATLAS Vending memantau impak program dengan berkesan, sambil memberikan pengalaman yang bermaruah dan berdikari kepada kanak-kanak.

Muhammad Syazwan Bin Mohd Daut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) berkata, “Misi YRMS sentiasa tertumpu kepada membangunkan potensi belia. Pemakanan yang baik adalah asas kepada keupayaan kanak-kanak untuk belajar, memberi tumpuan dan berjaya di sekolah. Melalui ATLAS Nutri Aid, kami bukan sekadar menyediakan nutrisi harian, tetapi menghapuskan halangan penting kepada pendidikan dan memberikan tenaga serta peluang yang sewajarnya untuk mereka mencapai impian.”

Inisiatif ATLAS Nutri Aid mencerminkan komitmen jangka panjang untuk meningkatkan tumpuan di dalam kelas dan perkembangan fizikal generasi akan datang. Dengan menyediakan sumber nutrisi yang boleh dipercayai, program ini membantu merapatkan jurang penting dalam kesihatan kanak-kanak sambil menyokong keluarga kurang mendapat perhatian yang berdepan tekanan ekonomi.

Pada terasnya, ATLAS Nutri Aid dibina atas satu kepercayaan mudah: setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membesar, belajar dan berkembang maju, bermula dengan pemakanan yang baik.