
Sub Topik
“ Dengar cerita, ada lebih RM3 Billion Nilai IPO yang bakal diterbitkan untuk suku tahun kedua 2022.”
Topik Initial Public Offering(IPO) ini mula menjadi topik yang hangat pada kalangan pelabur dan semakin ramai juga masyarakat kita cakna tentang terbitan IPO ini.
Kebanyakan IPO yang diterbitkan sejak tahun lepas akan terlebih langganan, ini menunjukan bahawa semakin ramai orang mula mengambil bahagian untuk melanggan IPO ini.
Mana tidaknya, berdasarkan prestasi IPO tahun 2021, 10 daripada 13 IPO yang didagangkan meraih keuntungan. Malah setakat bulan Ogos 2021 sahaja, ada IPO yang telah memberikan pulangan lebih daripada 120%.
Baca: Prestasi Terkini IPO Bursa Malaysia (Edisi Ogos 2021)
Kepada anda yang masih belum berpeluang untuk melanggan IPO sebelum ini, jangan risau, masih banyak IPO yang diterbitkan pada suku tahun kedua ini.

Laporan akhbar The Edge di atas, pihak Maybank Investment Bank menyatakan bahawa ada sekitar RM3 billion nilai IPO yang diterbitkan untuk suku tahun kedua 2022 ini.
Nampaknya masih ada peluang untuk kita mencuba nasib untuk melanggan IPO yang bakal diterbitkan tahun ini.
Tapi bagaimana nak tahu IPO apa yang bakal diterbitkan ini?
Artikel kali ini kami akan tunjukan kepada anda cara untuk melihat IPO-IPO yang bakal diterbitkan di Bursa Malaysia. Jom teruskan membaca.
1. Buka Laman Bursa Malaysia

Pertama sekali, anda perlu buka laman sesawang Bursa Malaysia seperti yang di atas. Pilih pilihan pertama yang tertulis “Bursa Malaysia”. Tekan pilihan tersebut dan anda akan di bawa ke laman utama Bursa Malaysia.

Berikut merupakan laman utama laman sesawang Bursa Malaysia.
2. Pilih Pilihan ‘Listing’

Jika kita perhatikan di bahagian atas laman Bursa Malaysia ini, ada beberapa pilihan untuk dipilih. Untuk mencari IPO-IPO yang bakal diterbitkan, pilih pilihan Listing seperti dalam petak merah gambar diatas.
3. Pilih Pilihan ‘IPO’

Langkah seterusnya pula adalah pilih pilihan IPO seperti gambar di atas. Anda akan di bawa ke laman IPO Summary seperti gambar di bawah.


Di sini, anda akan melihat syarikat-syarikat yang bakal menerbitkan IPO mereka. Bukan itu sahaja, malah anda dapat tahu bila tarikh ianya mula dibuka untuk permohonan dan juga harga terbitan setiap IPO-IPO tersebut.
Jika anda berminat untuk membaca prospektus syarikat tersebut, tekan sahaja nama syarikat tersebut dan anda akan di bawa ke laman untuk anda membaca dengan lebih mendalam tentang syarikat tersebut.
Lepas ni tidaklah anda terlepas daripada memohon IPO lagi, mana lah tahu IPO akan datang ini boleh naik sama banyak macam IPO sebelum-sebelum ini. Rezeki namanya.
Baca juga:
- Senarai IPO Terbesar Dalam Sejarah
- Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia
- Tutorial Cara Mohon IPO Menggunakan CIMB Clicks
- Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Guna CGS-CIMB iTrade (TERKINI)
- Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Menggunakan Maybank2U (TERKINI)
- Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (November 2023)
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.


















