Proton Lancar MPV Proton Exora 2023, Berharga RM62,800-RM72,300 Seunit

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk Proton Exora 2023 yang merupakan peningkatan dari segi kuasa, ruang serta nilai.

Model tersebut ditawarkan dalam lima warna – Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red dan Cocoa Grey pada harga RM62,800 hingga RM72,300 seunit.

Dalam kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata Proton Exora merupakan MPV Segmen C terlaris Malaysia dengan lebih 180,000 unit telah dijual sejak 13 tahun lepas.

“Kemas kini terbaharu Proton Exora 2023 ini telah dihasilkan dengan lebih baik untuk semua pemandu dan juga penumpang yang merentasi pelbagai aplikasi serta fokus untuk mengukuhkan ciri kuasa, ruang dan nilai,” katanya.

Roslan berkata Proton Exora terbaharu itu antara lainnya menampilkan tempat duduk kulit yang luas dengan setiap barisan dilengkapi penyaman udara individu bagi penyejukan optimum dengan penapis kabin N95.

Dari segi keselamatan, model tersebut dilengkapi dengan dua beg udara SRS hadapan, sistem brek anti-kunci, pengagihan brek elektronik, kawalan kestabilan elektronik dan isyarat berhenti kecemasan.

Proton Exora 2023 kini dibuka untuk tempahan secara dalam talian serta di pusat-pusat pameran Proton yang sah.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/proton-lancar-mpv-proton-exora-2023-berharga-rm62800-rm72300-seunit/

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.