OPR Naik, Berbaloi ke Beli Hartanah Sekarang?

Biasanya soalan ini sentiasa ditanya oleh mereka yang baru pertama kali nak membeli rumah. Semua orang ingin memiliki rumah sendiri tetapi menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan penjimatan. Maklumlah, zaman sekarang ni semua benda perlu jimat.

“Berbaloikah beli hartanah sekarang walaupun OPR nak naik lagi?”

Bagi mengetahui sama ada berbaloi atau tidak, perlu kita fahamkan dahulu apa itu OPR dan kesannya kepada kita dalam membuat pinjaman atau pembiayaan perumahan dengan pihak bank.

Apa Itu OPR (Kadar Dasar Semalaman)?

Baca lagi: Bank Pelaburan Jangka BNM Naikkan OPR Sekurang-Kurangnya 25 bps Tahun Ini

OPR ialah kadar faedah yang dibayar oleh sebuah bank kepada sebuah bank yang lain apabila meminjam wang. Eh, kenapa bank meminjam wang sesama mereka? Senang cerita, kadangkala ada bank yang kekurangan wang tunai setelah mereka memberi pinjaman wang kepada pelanggan.

Dalam proses pinjaman ini berlaku, ia juga melibatkan kadar faedah yang diberikan oleh bank kepada bank lain.  Adakalanya ia berlangsung dalam masa sehari sahaja atau satu malam, dan ia dikenakan kadar.  Kadar inilah dikatakan OPR (Kadar Dasar Semalaman).

Faktor Kenaikan Atau Penurunan Kadar OPR

Kadar OPR ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Tahukah anda, kenapa bank negara menaikkan atau menurunkan OPR? Ia bukan kerana Inflasi tetapi kerana mereka ingin mengurangkan permintaan pinjaman dalam pasaran supaya dapat mengawal pembelian dan harga barang.

Apabila aktiviti membeli belah berkurangan, barang tidak terjual dan akan makin lama bertambah. Maka secara langsungnya, harga barang akan terkawal. Apabila harga barang terkawal, permintaan tetap akan ada.

Berbaloi Atau Tidak Beli Hartanah?

Lebih tinggi OPR ditetapkan, lebih tinggi kos pinjaman dan pembiayaan. Maka semakin terhad peluang pembiayaan modal untuk individu dan perniagaan.

Tetapi itu tidak bermakna kita perlu beli rumah ketika OPR turun, kerana OPR boleh naik juga nanti.

Sebenarnya beli rumah ketika OPR jatuh adalah mindset yang salah kerana OPR boleh naik semula. Masa OPR rendah nampak semua indah belaka sebab kita nampak macam mampu nak bayar setiap bulan.

Tips terbaik beli hartanah, sebenarnya kita tak perlu ambil kira faktor OPR. Kadar OPR boleh berubah dan terbukti berubah berkali-kali dalam tempoh beberapa tahun lepas.

OPR akan naik dan turun tanpa dapat kita kawal. Jadi, jangan jadikan OPR sebagai faktor yang menghalang kita dari memiliki rumah idaman.

OPR naik sekalipun, ya, masih berbaloi kita membeli rumah kerana nilai rumah tersebut. Maksudnya, rumah itu nanti harganya boleh naik atau tidak? Boleh disewakan atau tidak?

Nilai, kawasan dan aspek-aspek rumah tersebut yang perlu dilihat sama ada berbaloi atau tidak sebelum memiliki rumah.

3 Kriteria Perlu Lihat Untuk Beli Rumah

  1. Pastikan rumah yang ingin dibeli mempunyai nilai harga sewa mengikut harga market yang berbaloi.
  1. Rumah tersebut mempunyai potensi untuk naik dari segi Value dan Capital Appreciation. Contohnya kemudahan berdekatan rumah yang banyak menyebabkan nilai hartanah akan bertambah satu masa nanti.
  1. Lokasi rumah terbaik yang kita sendiri sanggup tinggal di rumah tersebut. 

Bayu Sutera Oleh Matrix Concepts

Nak beli hartanah yang sangat berbaloi, projek perumahan Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan adalah pilihan yang sangat tepat! Untuk pengetahuan anda, Matrix Concepts telah melancarkan rumah 2 tingkat yang sangat cantik. 

Lokasinya adalah bersebelahan dengan Bandar Sri Sendayan, Seremban. Perumahan Bayu Sutera ini sangat berbaloi bagi anda yang ingin mencari hartanah yang sangat bernilai.

Kelebihan Bayu Sutera Di Bandar Sri Sendayan

Pertama sekali, kawasan perumahan ini sangat luas iaitu lebih dari 216 ekar pembangunan bagi pegangan bebas (freehold) yang akan dibangunkan. Ia boleh diakses dengan kemudahan jalan seperti Lebuhraya Utara-Selatan, KLIA Linkage dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Bayu Sutera menawarkan lebih 2,000 unit rumah teres, dengan ukuran 20’x70′. Perumahan ini terdiri dari 4 presint dengan enklaf kejiranan selamat untuk semua presint. Setiap presint pula mempunyai kemudahan yang tersendiri seperti taman permainan kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Kawasan perumahan Bayu Sutera ini terletak berhampiran dengan  Country Club, X-Park, Carnelian Park, Sendayan Merchant Square, Sendayan Metropark and Matrix Global School.

Bagi anda yang ingin membeli rumah pertama dan menaikkan taraf keluarga, Bayu Sutera sangat sesuai dan dapat meningkatkan kualiti gaya hidup anda sekeluarga.

Kemudahan Rumah Bayu Sutera

  • Kediaman dua tingkat Lyra II @ Bayu Sutera
  • Lot Size 20’x 70, keluasan daripada 2,212 sq.ft 
  • Lengkap dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air
  • Memiliki kemudahan dalam presint
  • Lengkap dengan pos pengawal dan pintu pagar kawalan keselamatan
  • Bersebelahan dengan 9.5 ekar Taman Rekreasi

Keistimewaan Bayu Sutera

Sekiranya ingin beli hartanah untuk rumah pertama atau pelaburan, pastikan rumah tersebut mempunyai keistimewaan yang sangat menarik. Dengan nilai dan tarikan rumah tersebut, ia akan lebih efektif dan berbaloi untuk jangka masa yang panjang. 

Berikut adalah tarikan dan keistimewaan Bayu Sutera:

1. Lokasi Yang Strategik

Bayu Sutera ini terletak di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan. Anda boleh bayangkan di tengah bandar tersebut membuatkan kawasan rumah ini berada berdekatan dengan semua kemudahan seperti sekolah, hub komersial, restoran, pusat membeli-belah dan lain-lain lagi. Lokasinya sangat strategik.

2. Lengkap Dengan Kemudahan Dan Ameniti

Bayu Sutera juga terletak berdekatan dengan tempat kemudahan dan keperluan seperti sekolah, kedai barang keperluan, kedai serbaneka dan lain-lain lagi. Kita akan lebih mudah menguruskan urusan harian sekiranya lokasi rumah berdekatan dengan tempat kemudahan.

3. Lengkap Dengan Hiburan Untuk Sekeluarga

Tambahan lagi, Bayu Sutera juga dikelilingi banyak tempat riadah yang boleh anda gunakan pada hujung minggu untuk bersama keluarga. 

Antara tempat menarik di sini adalah X-Park Sendayan, Taman Rekreasi Carnelian Park, Sendayan Green Park, Club House dan banyak lagi. Semua tempat menarik ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari Bayu Sutera. Paling dekat pun, tiga minit sahaja.

Dapatkan Rumah Bayu Sutera | Rumah Idaman Paling Berbaloi

Dengan segala kemudahan rumah yang lengkap, lokasi rumah yang strategik dan kawasan perumahan yang menarik, nilai hartanah Bayu Sutera boleh menjadi sangat tinggi untuk masa yang akan datang. 

Namun, jika anda inginkan kawasan perumahan ini, dengan kadar pembiayaan RM 2,xxx sebulan misalnya, ia sangat berbaloi! 

Nak tahu maklumat lanjut tentang Bayu Sutera? Klik link: lyra2.bayusutera.com

Nota: Semua Imej / Foto dalam artikel ini adalah berdasarkan ilustrasi artis sahaja

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman