Sibuk Kerja Sempat Ke Melabur Saham? Ini 3 Sebab Untuk Anda Cuba Strategi Swing Trading Dalam Pelaburan Saham

Nak cari duit extra setiap bulan tanpa perlu tengok harga saham hari-hari.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar hari ini, ramai antara kita berusaha untuk mencari duit tambahan setiap bulan untuk menjalani kehidupan seharian kita.

Kenaikan harga barang pula tidak setanding dengan kenaikan gaji kita, ditambah pula dengan musim pandemik ini ada sesetengah syarikat terpaksa memotong gaji pekerja mereka. 

Kehidupan di bandaraya seperti Kuala Lumpur mempunyai kos sara hidup yang sangat tinggi dan kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa untuk membuat dua pekerjaan bagi meneruskan kehidupan. 

Baca: Gaji RM6,000 Di Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dikira B40

Pekerjaan kedua yang biasanya dipertimbangkan adalah pekerjaan yang mempunyai fleksibiliti dan tidak memerlukan komitmen yang tinggi sehingga mengganggu kerja hakiki mereka. 

Antara pilihan kerjaya part time yang popular di kalangan rakyat Malaysia adalah seperti;-

  • Menjadi ejen takaful
  • Menjadi ejen unit trust
  • Menjadi ejen emas
  • Menjadi ejen hartanah
  • Menjadi ejen Coway, Cuckoo
  • Memandu Grab atau Grabfood, FoodPanda rider

Kesemua pekerjaan sambilan diatas ini memberikan fleksibiliti masa kepada mereka yang mahu mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga. 

Selain daripada kerja yang disebutkan diatas, sebenarnya kerjaya sebagai seorang pelabur / pedagang / trader saham juga merupakan kerjaya yang memberikan fleksibiliti masa kepada kita.

Biar betul? Orang kata trader saham ni perlu tengok screen laptop tu setiap masa?

Hanya mereka yang tidak faham tentang saham sahaja yang melihat chart turun naik saham tu setiap masa. Full time trader pun belum tentu akan melihat chart hari-hari. 

Baca: Swing Trading Dan Day Trading, Apa Perbezaannya

Pendapatan Tambahan Sebagai Swing Trader

Jika anda nak menjadikan saham sebagai sumber pendapatan kedua, strategi swing trader adalah pilihan yang terbaik. 

Seorang swing trader akan membeli sesuatu saham dan memegangnya untuk beberapa hari atau minggu sebelum menjualnya semula untuk meraih keuntungan. 

Anggaplah apabila anda menerima pulangan sehingga 20% dalam beberapa bulan walaupun masih bekerja full time sebagai bonus yang sangat berbaloi.

3 Sebab Kenapa Guna Strategi Swing Trading

  1. Fleksibiliti dari segi masa
  2. Risiko yang lebih terkawal
  3. Tidak memerlukan modal yang besar

1. Fleksibiliti Masa Seorang Swing Trader

Strategi swing trading ini tidak memerlukan seorang pelabur itu melihat carta setiap masa kerana kajian awal telah dilakukan dan hanya perlu letakkan alert kepada saham tertentu dan jalani kehidupan harian seperti biasa. 

Kajian pula biasanya dilakukan pada hujung minggu atau pada sebelah malam selepas pasaran telah ditutup. 

Pelabur tidak perlu terkejar-kejar harga sesuatu saham malah pelaburan yang dilakukan sangat santai dan tenang. 

2. Risiko Yang Lebih Terkawal

Switch button positioned on the word minimum, black background and blue light. Conceptual image for illustration of Risk management or assessment.

Strategi swing trading ini juga biasanya akan memilih saham-saham yang tidak mempunyai risiko yang terlalu tinggi dan biasanya mengelakkan kaunter penny dan spekulatif

Pemilihan saham untuk strategi swing ini biasanya adalah saham yang berisiko sederhana dan sukar untuk dimanipulasi pasaran. 

Dengan pemilihan saham yang betul, hati pun akan menjadi lebih tenang menjalani kehidupan harian kita. 

3. Tidak Memerlukan Modal Yang Besar

Keuntungan sebagai seorang swing trader adalah diukur daripada pulangan dalam bentuk Return On Investment (ROI) dan bukanya berdasarkan bid seperti seorang scalper.

Cukup gunakan wang lebihan sekitar RM2,000 untuk mula melabur dan mengamalkan teknik swing ini. 

Tidak perlu untung seratus peratus setiap bulan, cukup dengan hanya membuat keuntungan bersih 6% setiap bulan untuk meraih keuntungan lebih daripada 100% setahun

Baca: Hanya Perlu Jana 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun

Mudah ke nak buat 6% sebulan?

Sebelum sesuatu perkara menjadi mudah, ianya akan bermula dengan sukar. Latihan dan komitmen diri kita yang akan menentukan kejayaan kita baik sebagai seorang pelabur saham mahupun dalam apa juga yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. 

Pelaburan saham ini tidak semuanya indah kerana risiko dalam dunia pelaburan ini wujud. Namun risiko tersebut boleh dikawal jika kita mempunyai ilmu yang cukup. 

Nak timba ilmu untuk menjadi seorang Swing Trader? Kami janji ilmu ini berbaloi. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2026

Pasaran saham Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pada bulan Mei 2026 dengan beberapa saham patuh syariah mencatatkan kenaikan yang cukup memberangsangkan. Menariknya, terdapat dua kaunter yang berjaya merekodkan kenaikan melebihi 90%, sekali gus menjadi tumpuan pelabur sepanjang bulan tersebut.

Prestasi sesebuah saham dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keputusan kewangan syarikat, sentimen pasaran, perkembangan industri serta aliran dana pelabur. Walau apa pun sebabnya, saham-saham dalam senarai ini berjaya mencatatkan pulangan yang jauh mengatasi prestasi pasaran secara keseluruhan.

Berikut adalah senarai 10 saham patuh syariah paling untung bagi tempoh 1 Mei hingga 31 Mei 2026.

1. MKH Berhad

Tempat pertama menjadi milik MKH Berhad dengan kenaikan luar biasa sebanyak 107.5% sepanjang bulan Mei 2026.

Lonjakan lebih 100% dalam tempoh sebulan sememangnya sesuatu yang jarang berlaku dan menunjukkan minat pelabur yang sangat tinggi terhadap kaunter ini. MKH merupakan syarikat yang terlibat dalam sektor hartanah, perladangan dan pembangunan bandar.

2. Oppstar Berhad

Di kedudukan kedua ialah Oppstar Berhad yang mencatatkan kenaikan sebanyak 94.1%.

Oppstar merupakan syarikat yang terlibat dalam reka bentuk litar bersepadu (IC Design) dan industri semikonduktor. Kenaikan ini mencerminkan sentimen positif pelabur terhadap sektor teknologi yang terus menjadi perhatian.

3. Inch Kenneth Kajang Rubber Public Ltd Co

Inch Kenneth Kajang Rubber Public Ltd Co berada di tempat ketiga dengan kenaikan sebanyak 65.7%.

Syarikat ini mempunyai pelaburan dalam sektor hartanah dan perladangan, menjadikannya antara kaunter yang mendapat perhatian pasaran sepanjang bulan Mei.

4. Unisem (M) Berhad

Di tempat keempat ialah Unisem (M) Berhad dengan kenaikan sebanyak 55.8%.

Sebagai salah satu pemain utama dalam industri pemasangan dan ujian semikonduktor, Unisem terus mendapat manfaat daripada perkembangan industri teknologi global.

5. MI Technovation Berhad

MI Technovation Berhad mencatatkan kenaikan sebanyak 41.7% untuk berada di kedudukan kelima.

Syarikat ini terkenal dalam penyediaan peralatan dan penyelesaian automasi untuk industri semikonduktor, yang kekal menjadi sektor tumpuan pelabur.

6. EG Industries Berhad

Di tempat keenam ialah EG Industries Berhad dengan kenaikan sebanyak 37.9%.

EG Industries terlibat dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) dan sering mendapat perhatian apabila sektor teknologi menunjukkan momentum positif.

7. Northeast Group Berhad

Northeast Group Berhad berada di kedudukan ketujuh selepas mencatatkan kenaikan sebanyak 35.8%.

Prestasi positif ini menunjukkan minat pelabur terhadap syarikat yang terlibat dalam sektor kejuruteraan dan pembuatan berteknologi tinggi.

8. THMY Holdings Berhad

Di tempat kelapan ialah THMY Holdings Berhad dengan kenaikan sebanyak 32.3%.

THMY yang terlibat dalam sektor pembinaan dan pembangunan terus mencatatkan prestasi positif sepanjang bulan Mei.

9. Go Hub Capital Berhad

Go Hub Capital Berhad menduduki tempat kesembilan dengan kenaikan sebanyak 31.9%.

Syarikat ini menyediakan penyelesaian teknologi untuk sistem pengangkutan awam dan digitalisasi, selari dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

10. Tong Herr Resources Berhad

Melengkapkan senarai ialah Tong Herr Resources Berhad dengan kenaikan sebanyak 30.2%.

Syarikat ini terlibat dalam pembuatan pengikat logam (fasteners) dan produk berkaitan yang digunakan dalam pelbagai industri.

Apa Yang Boleh Kita Perhatikan?

1. Sektor teknologi kembali mendominasi

Daripada 10 saham terbaik bulan Mei 2026, beberapa syarikat datang daripada sektor semikonduktor dan teknologi seperti Oppstar, Unisem, MI Technovation, EG Industries dan Go Hub Capital.

2. Kenaikan melebihi 100% masih berlaku

MKH Berhad membuktikan bahawa saham patuh Syariah masih mampu mencatatkan pulangan luar biasa dalam tempoh yang singkat apabila sentimen pasaran berpihak kepada syarikat tersebut.

3. Pelbagai sektor turut mendapat manfaat

Selain teknologi, sektor hartanah, pembinaan, perladangan dan pembuatan turut menunjukkan prestasi yang baik sepanjang bulan Mei.

Kesimpulan

Bulan Mei 2026 menyaksikan beberapa saham patuh Syariah mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan dengan kenaikan antara 30% hingga lebih 100%.

Walau bagaimanapun, pelabur perlu sentiasa ingat bahawa prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan. Saham yang naik dengan pantas juga boleh mengalami pembetulan harga yang ketara.

Gunakan senarai ini sebagai rujukan untuk mengenal pasti saham yang sedang mendapat perhatian pasaran, tetapi pastikan setiap keputusan pelaburan dibuat berdasarkan kajian dan analisis yang menyeluruh.