Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Oktober 2022

Indeks FBMKLCI bangkit kembali setelah jatuh teruk pada bulan September 2022 lalu dan menutup tirai bulan Oktober dengan kenaikan sebanyak 66.68 mata. 

Secara keseluruhannya, indeks FBMKLCI dilihat pulih semula dan berada di paras atas 1,400 semula. 

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Oktober tahun 2022.

Senarai saham paling rugi untuk bulan Oktober tahun 2022 adalah seperti berikut:

Sumber: 

1. UEM Sunrise Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

UEM Sunrise Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Oktober 2022 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 19.61% dalam tempoh sebulan dagangan. 

2. Malaysian Pacific Industries

Sumber: Bursa Marketplace

Malaysian Pacific Industries pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Oktober 2022 dengan kejatuhan harga sebanyak 15.19%. 

3. JHM Consolidation Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat JHM Consolidation Bhd dengan kejatuhan sebanyak 14.36% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. Hiap Huat Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Hiap Huat Holdings Bhd berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan Oktober 2022 dengan kejatuhan sebanyak 14.27%.

5. Annum Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Annum Berhad yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 12.70% untuk tempoh sebulan pada Oktober 2022. 

6. V.S Industries Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat V.S Industries dengan kejatuhan sebanyak 11.98% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. TWL Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat TWL Holding Berhad yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 11.11% dalam tempoh sebulan dagangan pada Oktober 2022. 

8. Genetec Technology Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat Genetec Technology Berhad pula adalah saham kelapan paling rugi untuk bulan Oktober 2022 dengan penurunan sebanyak 9.91%. 

9. WCT Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

WCT Holdings Berhad merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan Oktober 2022 dengan kejatuhan sebanyak 7.56%.

10. Kim Hin Joo (Malaysia) Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat Kim Hin Joo (Malaysia) Berhad dengan penurunan sebanyak 5.09% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Oktober 2022. 

Kejatuhan Saham Paling Rugi Oktober 2022 Tidak Lebih Daripada 20%. 

Kejatuhan saham-saham paling rugi bulan Oktober ini dilihat semakin kecil berbanding bulan sebelum ini. 

Kesemua saham-saham paling rugi tidak melebihi 20% kerugian untuk satu bulan dagangan. 

Adakah sekarang masa yang sesuai untuk mula melabur semula?

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).