Saham-Saham Yang Dimiliki Parti MCA

Lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum PRU-15 akan diadakan.

Tarikh pengundian pilihan raya umum ke-15 telah pun kita ketahui setelah diumumkan baru-baru ini.

Debaran semakin terasa kerana tarikh tersebut semakin hampir.

Seperti yang telah ditetapkan, hari penamaan calon adalah pada 5 November 2022 dan hari pengundian adalah 19 November 2022. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai waktu yang cukup untuk merancang perjalanan kita pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi kelak.

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU-15) - Laman Web MKN
Sumber: RTM

Dalam salah satu artikel terdahulu, kami pernah kongsikan saham-saham yang dimiliki oleh Raja-Raha Melayu. Menarik untuk kita ketahui bahawa Raja-Raja Melayu turut mengambil peluang terlibat dalam pelaburan saham untuk memiliki syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Baca: Saham-Saham Ini Dimiliki Oleh Raja-Raja Melayu

Namun dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan saham-saham yang dimiliki oleh salah sebuah parti politik di Malaysia. Parti ini merupakan salah satu parti komponen utama Barisan Nasional. 

Parti politik tersebut adalah Malaysian Chinese Association sebuah parti politik yang ditubuhkan pada tahun 1949. 

Malaysian Chinese Association

Jom kita lihat beberapa syarikat tersenarai yang dimiliki oleh MCA.

1. Star Media Group Berhad (STAR)

Sumber: Bursa Marketplace

Star Media Group Berhad (STAR) merupakan salah sebuah syarikat yang dimiliki oleh MCA malah parti ini merupakan pemegang saham utama STAR.

Setakat 18 Ogos 2022, MCA memiliki 42.42% saham STAR. Siapa juga yang tidak kenal dengan syarikat Star Media Group Berhad. Jika anda tidak kenal, kami pasti anda pernah dengar surat khabar The Star.

The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris di Malaysia yang terkenal sebagai surat khabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari jumlah pembaca. 

Pada tahun 2010, MCA membeli 42% pegangan STAR dengan nilai RM1.28 bilion. Harga seunit saham STAR dibeli pada harga RM4.09. Saham tersebut dibeli melalui sebuah anak syarikat MCA iaitu Huaren Holdings Sdn Bhd. 

Sumber: The Star

Nilai RM1.28 bilion yang dikeluarkan oleh MCA untuk membeli STAR suatu ketika dahulu boleh dianggap agak terlalu tinggi kerana nilai semasanya hanyalah RM221.57 juta. 

Sumber: malaysiastock.biz

Walaubagaimanapun, STAR sebenarnya menjadi punca pendapatan MCA dengan parti tersebut menerima dividen sebanyak RM349.71 juta sepanjang tempoh 2013 sehingga 2017. Parti ini dilihat mengekalkan pegangan dalam syarikat media ini bagi tujuan mendapatkan pulangan dividen. 

2. Pecca Group Berhad (Pecca)

Sumber:  Bursa Marketplace

Pecca Group Berhad adalah sebuah syarikat di bawah kategori servis dan produk industri. Syarikat ini berbeza sama sekali dengan syarikat sebelum ini,STAR yang perniagaannya berlandaskan media. 

Syarikat ini beroperasi dalam 4 segmen iaitu automotif, penjagaan kesihatan, penerbangan dan perabot. 

Segmen automotif terlibat dalam mencantikkan pembuatan, pengedaran, dan pemasangan sarung kerusi kenderaan serta sarung aksesori. Segmen penjagaan kesihatan terlibat dalam pembuatan dan pengedaran produk penjagaan kesihatan. 

Segmen penerbangan terlibat dalam penyediaan servis pembuatan, pembaikan, pengubahsuaian, pengedaran dan pemasangan sarung kerusi pesawat dan mengubahsuai bahagian pesawat. Segmen perabot termasuklah pembuatan kulit perabot dan membekalkan sarung kerusi perabot. 

Pecca Group mempunyai tiga anak syarikat iaitu Pecca Leather Sdn Bhd (PLeather), Pecca Leather Aviation Services Sdn Bhd (PAviation) dan Everest Empire Sdn Bhd.

Sumber: malaysiastock.biz

MCA turut membuat pembelian saham Pecca melalui syarikat yang turut dimilikinya iaitu Huaren Holdings Sdn Bhd. MCA melalui Huaren Holdings Sdn Bhd memiliki 6.33% pegangan di dalam saham Pecca.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua saham syarikat di atas adalah patuh syariah.

Bagaimana pula dengan anda? Dalam portfolio anda ada saham syarikat yang dipegang oleh parti MCA?

Peringatan kepada semua pembaca, tidak kisahlah parti mana yang akan menang, apa yang penting adalah kita sebagai rakyat Malaysia perlu menunaikan tanggungjawab kita untuk turut serta mengundi. Ia merupakan hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin yang kita yakin dapat membawa negara kita ke arah yang lebih baik. 

Sumber:

  1. New Straits Times
  2. Bursa Market Place
  3. The Star

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburanKeputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.