Saham-Saham Ini Dimiliki Oleh Raja-Raja Melayu

“Raja-raja melayu pun beli saham ke?”

Pelaburan saham ini terbuka kepada semua orang tidak mengira warna kulit mahupun darjah kebesaran seseorang. Daripada rakyat marhaen sehinggalah kepada raja pun boleh memiliki dan melabur dalam instrumen pelaburan saham ini.  

Artikel kali ini kita akan melihat saham-saham yang dimiliki oleh raja-raja melayu. Haa, raja pun melabur dalam saham tau! 

Jom kita lihat saham-saham yang dimiliki oleh raja-raja melayu ketika ini. 

  1. Citaglobal Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Citaglobal Berhad yang dulunya dikenali sebagai WZ Satu Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam kejuruteraan minyak dan gas. 

Antara pemilik saham syarikat ini bukan daripada orang biasa-biasa, tetapi ianya dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri. 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 

Sumber: Bursa Marketplace

Jika kita rujuk sumber daripada Bursamarketplace diatas, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan pemegang kedua terbesar dalam syarikat ini dengan memiliki sekitar 12.15% pegangan saham dalam Citaglobal Berhad. 

Sumber: News Straits Times

Menurut sumber daripadaNews Straits Times pada 19 September 2022, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menambah lagi pegangan baginda dalam syarikat ini. 

  1. Berjaya Food Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Berjaya Food Berhad yang merupakan pemilik kepada rangkaian makanan dan minuman popular di Malaysia, iaitu Starbucks dan Kenny Roger Roasters

Kredit: berjaya.com

Sumber: Laporan Kewangan Tahunan Berjaya Food Berhad

Menurut laporan kewangan tahunan syarikat Berjaya Food Berhad yang terkini, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Johor memegang sekitar 4.5 juta unit saham BJFOOD ini dan merupakan antara 30 pemegang saham terbesar syarikat ini. 

  1. REDtone Digital Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

REDtone Digital Berhad merupakan syarikat telekomunikasi dan menyediakan perkhidmatan digital di Malaysia. 

Sumber: Bursamarketplace

Menurut laporan daripada Bursamarketplace diatas, DYMM Sultan Ibrahim, Johor adalah pemegang kedua terbesar dalam syarikat ini. Sultan Johor mempunyai pegangan sebanyak 134.0 Juta unit saham bersamaan dengan 17.13% pegangan dalam syarikat tersebut. 

Banyak Lagi Saham Dimiliki Raja-Raja Melayu

Tiga saham diatas adalah saham patuh syariah yang dimiliki oleh raja-raja melayu ketika ini. Ada juga saham lain yang dimiliki oleh sultan-sultan negeri melayu ini seperti saham syarikat:-

  • Berjaya Asset Berhad
  • 7-Eleven Malaysia Holding Berhad
  • TMC-Life Sciences Berhad

Cumanya saham-saham diatas ini adalah saham tidak patuh syariah menurut Majlis Penasihat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

Jadi, dalam portfolio anda ada tak saham syarikat yang dipegang oleh raja-raja melayu?  

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Feytech Catat Keuntungan Sebelum Cukai RM6.07 Juta

Petaling Jaya: Feytech Holdings Berhad (5322) mencatatkan peningkatan 129% tahun ke tahun dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) kepada RM6.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (“1Q FY2026”).

Hasil Kumpulan meningkat 32% kepada RM38.93 juta, hasil daripada fokus strategik Kumpulan terhadap campuran produk bernilai tinggi dan leverage operasi.

Segmen tempat duduk automotif menjadi pemacu utama pertumbuhan, berkembang 68.9% atau RM23.57 juta tahun ke tahun. Margin keuntungan kasar segmen itu meningkat kepada 27.2% berbanding 20.0% pada 1Q FY2025, mencerminkan penyerapan kos yang lebih baik, kecekapan operasi dan campuran produk yang lebih menguntungkan merentasi operasi pembuatan Kumpulan.

“Keputusan suku pertama menunjukkan kekuatan teras pembuatan Feytech dan keupayaan kami melaksanakan keputusan produk yang tepat.

“Kami telah meningkatkan profil margin dengan ketara sambil memperoleh projek baharu yang akan menyokong keterlihatan hasil untuk beberapa tahun akan datang. Asas yang sedang kami bina kini direka untuk memberikan nilai yang mampan, bukan sekadar nilai segera,” kata CEO Feytech, Connie Go.

Sepanjang suku tersebut, Feytech memperoleh kontrak baharu pembekalan sarung tempat duduk dengan Proton bagi model akan datang.

Kontrak selama 84 bulan itu dijangka menjana kira-kira RM96.83 juta jumlah hasil, dengan purata RM13.8 juta setahun dan sekali gus mengukuhkan lagi keterlihatan buku tempahan jangka panjang Kumpulan bersama pelanggan OEM utamanya.

Kumpulan turut memperoleh kontrak OEM dengan Chery dan Hyundai melalui saluran pemasangan Completely Knocked-Down (CKD), sekali gus memperluaskan rangkaian hubungannya dengan jenama automotif antarabangsa utama.

Feytech juga melanjutkan tempoh penggunaan RM51.5 juta hasil IPO yang diperuntukkan bagi pembinaan pejabat korporat baharu bersama kilang pembuatan dan gudang serta Kulim Plant 2.

Keputusan itu mencerminkan pendekatan berhati-hati Kumpulan terhadap perancangan projek, membolehkan tempoh pembangunan infrastruktur matang dan memberi keutamaan kepada pembangunan perniagaan berpulangan tinggi sebelum membuat komitmen modal. Kedudukan tunai Kumpulan yang kukuh, dengan deposit, tunai dan baki bank sebanyak RM39.28 juta serta pelaburan lain RM130.26 juta setakat 31 Mac 2026, membolehkannya memastikan setiap ringgit digunakan bagi memaksimumkan nilai pemegang saham.

“Kedudukan tunai kami yang kukuh memberi disiplin kepada kami untuk menggunakan modal di tempat dan masa yang mencipta nilai paling tinggi. Kami tidak tergesa-gesa untuk berbelanja semata-mata untuk berbelanja. Setiap komitmen yang kami buat dinilai berdasarkan kualiti pulangan yang diberikan kepada pemegang saham,” kata Go.

Menjangkakan perubahan struktur dalam industri automotif, Go menambah bahawa Kumpulan “kekal optimis secara berhati-hati tahun ini susulan pengumuman terbaru Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai syarat import EV yang lebih ketat dijangka mendorong pengeluar asing ke arah pemasangan CKD tempatan, yang secara langsung memberi manfaat kepada pembekal alat ganti tempatan seperti Feytech.”