Apa Maksud Duit Bekerja Untuk Kita?

Anak muda, makan gaji masuk pagi balik petang itu mulia. Kalau tak buat kerja, maka kita tak akan dapat duit. Basically we are trading our time with money. Ada peluang cari side income, mantapkan simpanan.

Ya, zaman sekarang memang ramai buat dua atau tiga kerja. Tidak semua orang larat buat dua atau tiga kerja sampai tua.

Setiap hari kita ada masa yang terhad – 24 jam. Manusia perlu masa untuk berehat, berhibur dan paling penting – bertenang.

Robert Kiyosaki, seorang pelabur hartanah dan penulis terkenal ada menyebut bahawa “Orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk duit. Orang kaya mempunyai duit yang bekerja untuk mereka”.

Jadi, jika golongan yang berpendapatan tinggi tidak bekerja untuk duit, bagaimana mereka membiarkan duit bekerja untuk mereka sehingga menjadi lebih kaya? Bagaimana caranya nak menjadikan duit bekerja untuk kita?

Jawapannya adalah, kita perlu :

  1. Melabur dalam Pasaran Saham – Bursa Malaysia, Wall Street
  2. Melabur dalam Unit Amanah – Amanah Hartanah Bumiputera, Wahed Invest
  3. Melabur dalam Aset Digital (Kripto)

(Kami hanya sebut 3 produk pelaburan teratas yang digemari oleh pelabur Malaysia)

Kami ada beratus artikel tentang pelaburan saham, unit amanah dan aset digital. Boleh baca perlahan-lahan.

Keluar dari zon selesa. Jangan simpan semua duit dekat bank biasa.

Jangan menyimpan terlalu lama.

Bila cashflow dah cantik, simpanan cukup, takaful pun dah ada, barulah mula melabur. Bukannya ‘sengkek’, dan melabur sebab nak buat side income.

Sebelum duit boleh bekerja untuk kita, ia memerlukan pelaburan awal terlebih dahulu dan kemudiannya terus mendapat pendapatan berterusan. Pelaburan awal di sini bermaksud ILMU. Belajar tentang sisi-sisi gelap dunia pelaburan.

Sudah ada ilmu di dada, barulah mula fikir tentang duit modal. Tapi jangan tunggu duit bertimbun baru nak mula melabur. Kita mulakan dengan melabur secara kecilan, gunakan duit lebihan yang ada saja.

Paling penting, apabila melabur di mana-mana instrumen pelaburan, tetapkan mindset kita macam ni: “Melabur ni confirm rugi, bila untung tu rezeki”

Dengan cara ini, emosi kita akan lebih tenang.

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

FCPO: Garis SMA 50 Hari Bertindak Sebagai Rintangan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan yang kuat pada hari Khamis apabila ia menurun MYR125 untuk ditutup pada harga lebih rendah sebanyak MYR4,458. Komoditi ini memulakan sesi dagangan semalam pada paras MYR4,576. Kemudian, ia mencapai paras tertinggi intrahari pada MYR4,609 dan paras terendah intrahari pada MYR4,455 sebelum menutup dagangan pada harga MYR4,458. Corak lilin menurun yang panjang mengesahkan bahawa garis SMA 50 hari sekarang bertindak sebagai paras rintangan atas.

Hal ini menunjukkan bahawa pedagang yang meramalkan penurunan kini mempunyai kelebihan teknikal – dengan menyasar untuk menguji paras sokongan MYR4,390. Penembusan menurun pada paras sokongan akan menyambungkan pergerakan ke bawah ke arah paras MYR4,300. Memandangkan rentak penurunan menjadi semakin rancak, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Bagi pergerakan ke atas, paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,840.