Jangkaan Ekonomi 2023 Menurut Pakar

Semua tak dapat jangka ekonomi, tetapi jangkaan ekonomi 2023 dari pakar ini perlu kita beri perhatian.  Ada pihak yang mengatakan bahawa pada tahun 2023 ini seluruh dunia akan berada pada krisis ekonomi tetapi adakah ianya benar?

Apa yang berlaku dalam ekonomi global pada tahun 2023 menjadi tanda tanya bagi seluruh pihak dan pakar ekonomi telah mengeluarkan beberapa pandangan mereka yang tersendiri.

Namun, perlu diketahui bahawa pakar juga berpendapat sekiranya berlaku krisis ekonomi, ia pasti menjejaskan ekonomi bagi semua pihak. Mengikut tinjauan daripada pakar, kesan daripada pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan gangguan ekonomi global yang ketara. 

Baiklah, jom kami kongsikan antara jangkaan ekonomi 2023 menurut pakar.

1. Terjadinya Inflasi Yang Sangat Tinggi Di Negara Yang Berpendapatan Rendah

Menurut pakar, akan terjadi inflasi yang tinggi pada ekonomi global di tahun 2023 kelak di Amerika Syarikat dan juga Eropah. 57% daripadanya menjangkakan inflasi rendah di beberapa negara Asia seperti China. Walau bagaimanapun, di negara yang berpendapatan rendah akan terjadi inflasi yang sangat tinggi.

Dengan terjadinya inflasi yang tinggi, ia akan meningkatkan beban hutang awam. Untuk pengetahuan anda, beban hutang bagi negara yang berpendapatan rendah dikatakan telah meningkat dengan ketara sepanjang sedekad yang lalu.

2. Terjadinya Krisis Kepada Kos Sara Hidup

Pakar Ekonomi juga ‘hampir sebulat suara’ menjangkakan bahawa nilai mata wang  tidak akan dapat bersaing pada tahun 2023. Ini akan memberi kesan terhadap kos sara hidup kita semua. Ia juga dilihat mampu memberikan kesan bukan sahaja dari segi kewangan malahan juga dari segi kehidupan seharian. Hampir 80% pakar juga menjangkakan akan berlakunya pergolakan sosial di negara berpendapatan rendah ekoran peningkatan kos sara hidup.

3. Terjadinya Kemelesetan Ekonomi Global

Kemelesetan ekonomi global juga akan terjadi ekoran kos sara hidup yang tinggi dan inflasi yang meningkat. Pakar ekonomi menjangkakan ianya berkemungkinan akan terjadi pada tahun 2023 dek kerana peperangan yang berlaku dan juga kekurangan bekalan tenaga. Selain itu, pertumbuhan ekonomi di beberapa negara Asia Tengah juga dijangka lemah pada tahun 2023 nanti.

4. Harga Sumber Bekalan Makanan Akan Meningkat

Pada Julai 2022, lebih 125 negara mengalami inflasi harga makanan melebihi 5% menurut daripada data Bank Dunia. Ini dirasai di 90% negara berpendapatan rendah dan dijangka akan meningkat pada tahun 2023. Ada juga pakar yang mengatakan krisis ini akan berpanjangan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Jika dilihat setelah peperangan Rusia-Ukraine baru-baru ini, ianya telah menyebabkan harga beberapa sumber bekalan makanan seperti gandum, jagung, minyak masak dan sebagainya telah terganggu. Harganya juga telah dikatakan telah naik dan memberikan kesan terhadap ramai orang.

Gambar: AFP/Ishara S. KODIKARA

5. Terdapat Beberapa Negara Akan Muflis

Dengan terjadinya krisis ekonomi global, pakar ekonomi meramalkan akan terdapat negara yang akan muflis akibat terkesan dengan situasi ini. Selain itu, terdapat juga penduduk yang akan berdepan dengan kekurangan makanan dan hidup dalam keadaan miskin tegar. Negara-negara yang dijangka akan menerima kesan terbesar ini adalah negara yang mengalami kadar inflasi paling tinggi kelak.

Kesimpulannya, jangkaan ekonomi 2023 menurut pakar di atas adalah hanyalah ramalan semata-mata. Jika diimbas kembali pada krisis ekonomi yang berlaku pada tahun-tahun yang lepas, negara kita mampu untuk bangkit setelah terjadinya krisis ekonomi. Oleh itu, marilah sama-sama kita bersedia untuk mengharungi apa jua yang berlaku terhadap keadaan ekonomi pada 2023 nanti.

Rujukan

  1. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/07/976116/prospek-ekonomi-dunia-amat-membimbangkan-ini-penjelasan-imf
Previous ArticleNext Article

Akta Sewa Beli Baharu Kukuh Hak Pengguna, Pembiayaan Lebih Telus

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 yang bermula bulan ini dilihat sebagai langkah penting untuk memperkukuh perlindungan pengguna, meningkatkan ketelusan pasaran pembiayaan serta memodenkan urusan sewa beli menerusi penggunaan teknologi digital.

Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata penguatkuasaan pindaan berkenaan memberi ruang kepada pengguna mengurangkan komitmen pinjaman sekiranya mereka membuat penyelesaian awal atau pembayaran tambahan terhadap pinjaman yang diambil.

Beliau berkata, penjimatan yang diperoleh bergantung kepada jumlah bayaran awal atau tambahan yang dibuat oleh pengguna sepanjang tempoh pembiayaan.

“Apabila penguatkuasaan ke atas pindaan Akta Sewa Beli bermula, ia akan memberi ruang kepada pengguna untuk mengurangkan komitmen pinjaman mereka jika mereka mengambil keputusan membuat penyelesaian awal atau pembayaran tambahan terhadap pinjaman.

“Penjimatan yang diperoleh bergantung kepada jumlah bayaran awal atau tambahan yang dibuat,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman berkata, pindaan berkenaan turut membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih memihak kepada kepentingan mereka, namun manfaat itu hanya dapat dimaksimumkan sekiranya pengguna mempunyai kefahaman dan literasi kewangan yang mencukupi.

Katanya, pengguna perlu memahami sepenuhnya perubahan yang diperkenalkan menerusi akta baharu itu supaya mereka dapat menilai pilihan pembiayaan dengan lebih tepat dan berkesan.

Beliau turut menjelaskan, pindaan yang membenarkan penggunaan dokumentasi serta tandatangan digital dalam urusan sewa beli akan memberikan manfaat daripada pelbagai sudut termasuk mempercepatkan proses transaksi dan meningkatkan tahap keselamatan.

“Transaksi dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan selamat selain membantu mengurangkan kos transaksi yang ditanggung oleh pengguna dan pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, dalam jangka panjang, pindaan berkenaan dijangka meningkatkan perlindungan kepada pengguna selain mendorong industri menawarkan perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan serta kadar pembiayaan yang lebih kompetitif.

Sementara itu, Pengarah Pakar Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi Negara IPP Wealth Managers Ltd, Mohd Sedek Jantan berkata, pindaan itu tidak semestinya menjamin penjimatan automatik kepada semua peminjam dari segi jumlah ansuran atau kadar pembiayaan yang ditawarkan.

Namun, beliau berkata, perubahan itu mewujudkan struktur pengiraan faedah yang lebih adil kerana ia mencerminkan kos pembiayaan sebenar yang ditanggung oleh pengguna melalui penggunaan kaedah baki berkurangan atau ‘reducing balance’.

“Di bawah kaedah lama, faedah dikira berdasarkan jumlah pinjaman asal sepanjang tempoh pembiayaan menyebabkan sebahagian besar bayaran pada tahun-tahun awal digunakan untuk membayar faedah.

“Sebaliknya, di bawah kaedah baki berkurangan, faedah hanya dikenakan ke atas baki prinsipal semasa. Oleh itu, setiap bayaran tambahan yang dibuat akan terus mengurangkan prinsipal dan seterusnya mengurangkan jumlah faedah yang perlu dibayar pada masa hadapan,” katanya.

Mohd Sedek berkata, sebagai contoh, pengguna yang mengambil pembiayaan kenderaan sebanyak RM100,000 bagi tempoh sembilan tahun dan membuat bayaran tambahan RM10,000 selepas lima tahun akan menikmati pengurangan baki prinsipal yang seterusnya mengurangkan caj faedah pada tahun-tahun berikutnya.

Katanya, kesan paling ketara akan dinikmati oleh pengguna yang mengamalkan disiplin kewangan yang baik termasuk membuat penyelesaian awal, bayaran tambahan secara berkala atau memilih tempoh pembiayaan yang lebih pendek.

Beliau menjelaskan, antara perkara paling penting yang perlu diberi perhatian oleh pengguna bukanlah kadar faedah yang kelihatan rendah, sebaliknya jumlah sebenar yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman.

Katanya, penggunaan kadar faedah efektif (EIR) dan kaedah baki berkurangan membolehkan pengguna melihat gambaran lebih jelas mengenai kos sebenar pembiayaan, sekali gus membantu mereka membuat keputusan berdasarkan kemampuan kewangan sebenar dan bukan sekadar tertumpu kepada jumlah ansuran bulanan.

“Ketelusan yang lebih tinggi membantu pengguna membuat keputusan yang lebih bermaklumat, mengelakkan komitmen hutang yang berlebihan dan menggalakkan amalan peminjaman yang lebih bertanggungjawab.

“Ini bukan sekadar soal formula pengiraan faedah, tetapi membantu rakyat memahami implikasi kewangan sesuatu pinjaman sebelum mereka membuat komitmen yang mungkin berlangsung sehingga tujuh atau sembilan tahun,” katanya.

— Berita Harian