4 Tips Pengurusan Kewangan Buat Pengantin Baru

Tahniah buat pasangan pengantin baru. Hujung-hujung tahun dan ditambah pula dengan cuti persekolahan, memang penuh undangan majlis perkahwinan.

Buat pengantin baru yang telah selamat melangsungkan pernikahan secara rasminya telah melangkah ke alam baru yang lebih penuh dengan tanggungjawab. Apa yang utama adalah bagaimana kedua-dua pasangan mencapai kata sepakat dalam menghadapi kehidupan berkeluarga lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kewangan.

Silap percaturan dalam kewangan, boleh bawa kepada pergaduhan nanti. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu keperluan bagi pasagan untuk membuat pengurusan kewangan yang baik dan teratur agar segala keperluan hidup bersama sentiasa berada dalam keadaan yang terjamin.

Berikut adalah 4 tips penting untuk menguruskan kewangan yang baik dalam rumah tangga khusus untuk anda yang baru sahaja bergelar pengantin baru.

1. Adakan Perbincangan

Sebaiknya, ambil masa yang sesuai dan tepat selepas berkahwin untuk berbincang tentang kewangan masing-masing. Bersikap berterus terang dengan pasangan anda tentang segala jenis hutang yang anda ada.

Contohnya di sini, jelaskan kepada pasangan tentang hutang PTPTN yang masih menjadi tanggungan anda untuk dilunaskan. Beritahu kepada pasangan, jumlah keseluruhan hutang PTPTN yang masih tinggal.

Ini bagi membantu pasangan anda memahami bebanan hutang yang anda tanggung agar tidak menjadi masalah di kemudian hari. Tidak timbul masalah nanti apabila ada barang-barang yang anda ingin beli yang menganggu perbelanjaan dalam rumah.

Amalkan sikap saling membantu antara satu sama lain. Masa ini, anda telah hidup berdua, bermakna jika pasangan anda menghadapi kesusahan dalam kewangan bermakna ia menjadi kesusahan kepada anda juga.

Lakukan perbincangan terlebih dahulu dan elak daripada membuat keputusan tanpa persetujuan kedua belah pihak.

2. Tetapkan Matlamat Kewangan Antara Pasangan

Duduk berbincang tentang matlmat kewangan anda dan juga pasangan untuk jangka masa panjang. Apakah persediaan kewangan anda dan pasangan untuk menghadapi kehidupan akan datang apabila keluarga semakin membesar, persekolahan anak-anak, dan sebagainya.

Jika sekarang anda tinggal di rumah sewa, bincang bersama pasangan untuk membuat perancangan membeli rumah sendiri pada masa akan datang. Apa yang anda dan pasangan perlu ada untuk mencapai perancangan tersebut. Berapa banyak simpanan yang perlu anda dan pasangan ada.

Senaraikan segala jenis strategi yang anda dan pasangan cadangkan. Kemudian senarai pendekkan di antara strategi tersebut adakah ianya sesuai untuk anda dan pasangan lakukan.

3. Sediakan Dana Kecemasan

Pentingnya untuk anda dan pasangan memilki dana kecemasan ini. Malang pastinya tidak berbau.

Jika anda dan pasangan sama-sama boros dan tidak punya pemikiran terhadap dana kecemasan ini, andai satu masa anda ditimpa bencana, di manakah sumber kewangan yang anda perlu guna?

Sediakan payung sebelum hujan, peribahasa yang sesuai sekali untuk anda serap dalam kehidupan berumah tangga anda. Jangan sambil lewa dan memandang remeh akan perkara ini.

Sebaiknya, anda dan pasangan perlu mempunyai dana kecemasan sebanyak 3-6 bulan daripada gaji masing-masing. Namun, jika hanya mampu memilki dana kecemasan untuk sebelah pihak sahaja pun boleh.

4. Tetapkan Bajet Perbelanjaan

Jika anda dan pasangan mempunyai ‘chemistry’ untuk hidup bersama, bermakna anda juga perlu ada ‘chemistry’ dalam mengurus kewangan bersama pasangan. Catatkan perbelanjaan bulanan anda berdua.

Tetapkan bajet untuk membeli barang keperluan rumah, bajet perbelanjaan untuk hiburan dan sebagainya. Apabila anda telah punya bajet ini, anda dan pasangan akan lebih mudah untuk menguruskan perbelanjaan-perbelanjaan tersebut.

Kesimpulannya, jangan malu untuk berterus terang dan berbicara tentang kewangan dengan pasangan. Komunikasi adalah sangat penting bagi memastikan sebarang masalah dapat diselesaikan bersama-sama.

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.