Pengenalan Kepada Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) Dan Faktor Yang Mempengaruhi Harganya

Baru-baru ini, harga FCPO naik mencanak-canak sehingga mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah. Banyak catalyst positif yang mempengaruhi pergerakan harganya, di antaranya adalah peningkatan volume transaksi setiap hari.

Menurut kenyataan dari Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD) yang akan melancarkan sesi dagangan malam pada Disember tahun ini, ianya bakal menarik minat lebih ramai pelabur dan pedagang di seluruh dunia untuk jual beli FCPO ini.

Bagi anda yang nak tahu lebih lanjut tentang FCPO, sebelum itu kita kena fahamkan berkenaan Kontrak Niaga Hadapan atau Futures ini.

Kontrak Niaga Hadapan Atau Futures

Kontrak niaga hadapan atau Futures adalah merupakan perjanjian di antara dua pihak untuk membeli atau menjual instrumen pendasar pada masa tertentu atau pada masa hadapan dengan harga tertentu yang ditetapkan pada hari ini.

Seorang pelabur boleh jadi pembeli (yang menjangkakan harga pasaran akan menaik) atau penjual (yang menjangkakan harga pasaran akan menurun), tanpa memiliki instrumen pendasar tersebut. Kontrak ini boleh didagangkan untuk meraih keuntungan, selagi ianya didagangkan sebelum tarikh luput.

Sekarang dah tahu apa yang dimaksudkan dengan Futures, jom kita berkenalan dengan FCPO pula.

Pengenalan Kepada Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

FCPO atau singkatan kepada Futures Crude Palm Oil adalah kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah dalam Ringgit Malaysia(RM) yang didagangkan dalam Bursa Malaysia Derivatives, Ianya merupakan penanda aras harga global bagi pasaran minyak sawit mentah ini.

Kontrak FCPO telah diputuskan oleh MPS (Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) sebagai produk patuh Syariah. Kepada pelabur-pelabur yang menitikberatkan pelaburan yang patuh syariah, tidak perlu risau kerana produk ini telah dikategorikan sebagai harus dan patuh syariah.

Spesifikasi FCPO

Sumber: Bursa Malaysia

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Harga FPCO

Kita biasa dengar pergerakan harga sesuatu komoditi adalah berkait rapat dengan penawaran dan permintaan (supply and demand). Selain daripada itu, catalyst juga mempengaruhi harga FCPO.

Bagaimana pula dengan FCPO? Apakah faktor- faktor yang mempengaruhi turun naik harganya? 

  • Permintaan (demand): Musim Perayaan, Penambahan Import
  • Penawaran (supply): Penghasilan dan Stok
  • Saingan Harga Minyak Sayuran Lain
  • Faktor Cuaca
  • Perubahan Dasar Import/Export
  • Dasar Polisi Kerajaan
  • Pergerakan Matawang MYR/USD

Dapatkan Ilmu Betul Untuk Trade FCPO!

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, sertai webinar khas step-by-step untuk anda yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Pra-daftar dahulu untuk jadi yang terawal dapat info bila kami buka pendaftaran nanti!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840