Sub Topik
Ramai yang telah cuba untuk memperbaiki kewangan dalam kehidupan namun masih tetap bocor sana sini. Berikut adalah 3 langkah yang anda boleh cuba untuk berjimat dan melabur melalui kaedah sampul surat.
Nampak unik bukan? Cuba dan amalkan dalam kehidupan anda. Pastinya anda dapat lihat perubahannya.
Langkah 1 – Senaraikan Keperluan

Pertama, kita perlu senaraikan seberapa banyak kategori keperluan kita. Setiap satu kategori mewakili satu sampul surat. Berikut adalah contoh senarai kategori-kategori mengikut keperluan.
• Pelaburan ilmu seperti buku, seminar, bengkel dan sebagainya
• Instalment/sewa rumah setiap bulan
• Pembayaran takaful
• Pembayaran bil-bil
Kita disarankan untuk menggunakan sampul surat yang tebal. Ini bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini berlaku, seperti sampul surat mudah koyak, mudah basah dan sebagainya.
Langkah 2 – Bertindak Selepas Terima Gaji Bulanan
Setiap kali kita memperoleh gaji bulanan, terus simpan jumlah wang yang diperlukan dalam sampul surat yang telah dikategorikan. Contohnya, jika pembayaran rumah setiap bulan berjumlah RM800, maka kita perlu segera memasukkan wang RM800 ke dalam sampul surat kategori ‘Pembayaran Rumah Setiap Bulan’.
Dengan bertindak pantas, kita tidak akan mengalami masalah untuk membayar bil-bil penting setiap bulan. Dalam masa yang sama, kita dapat merancang baki wang kita dengan lebih efektif.
Kebanyakan orang sering belanja dahulu, bayar bil kemudian. Keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk meneliti status kewangan.
Langkah 3 – Melabur

Pelaburan adalah kategori yang sangat penting. Ianya dapat membantu kita untuk menambah wang setiap bulan. Sebagai contoh, kita membuat sampul surat ‘Pelaburan ASB’, dan setiap bulan memasukkan RM100 ke dalam sampul surat tersebut. Kemudian ada pula ‘Saham’, dan setiap bulan kita melabur ke dalam pelaburan saham.
Setiap bulan, kita akan berusaha pula untuk meningkatkan pendapatan dan seterusnya guna wang lebihan tersebut untuk melabur.
Beri Hadiah Kepada Diri Sendiri

Sebagai bonus, hadiahkan sesuatu kepada diri sendiri dapat mengekalkan momentum untuk terus mencapai matlamat yang kita inginkan. Dengan menggunakan kaedah sampul surat ini, kita perlu hadiahkan sesuatu kepada diri sendiri sebaik sahaja kita berjaya melakukannya secara konsisten tanpa gagal.
Dengan ini, ianya dapat memotivasikan diri untuk terus menyimpan dan melabur. InsyaAllah, dengan usaha ini, kita akan menjadi jutawan hanya dengan memiliki mindset dan tindakan yang betul.











