3 Tips Bijak Wang Untuk Beli Kereta

Ramai yang inginkan kereta sendiri. Hari ini, kereta dilihat sebagai sebuah kenderaan yang menjadi keperluan setiap orang bagi memudahkan kita bergerak ke sana ke sini.

Namun, memiliki kereta bukanlah semudah yang disangkakan. Ianya memerlukan persediaan kewangan yang rapi untuk membayar ansuran bulanan, persediaan sekiranya kereta berdepan dengan masalah yang perlu dibaiki, dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan.

Kereta bukan sekadar bayar instalment bulanan semata-mata. Berikut adalah 3 tips bijak wang untuk anda yang nak beli kereta.

#1. Pembelian Secara Tunai

Gambar sekadar hiasan

Ia mungkin dilihat mengambil masa yang lama, namun ia dapat mengelakkan anda daripada bayaran ansuran bulanan.
Logiknya mungkin hanya mampu untuk beli kereta terpakai. Tidak salah sekiranya anda menggunakan kereta terpakai. Cuma kena ada ilmu memilih kereta yang ‘sesuai’.

Bahkan ianya lebih menguntungkan kerana tidak perlu menanggung beban hutang setiap bulan hanya untuk sebuah kereta yang semakin susut nilainya dari setahun ke setahun.

Duit ansuran bayaran kereta ini boleh digunakan sebagai simpanan atau pun untuk mengumpul deposit untuk beli rumah. Hati tenang, tiada bebanan hutang dan boleh upgrade kereta bila-bila kita suka.

#2. Deposit Yang Tinggi

Jika anda perasan, banyak sekali iklan yang menawarkan pembelian kereta tanpa deposit. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran ini kerana pembelian tanpa deposit (full loan) akan meningkatkan ansuran bayaran bulanan.

Jika pendapatan anda kecil, tetapi mahu memohon full loan, dari segi matematiknya, sebenarnya anda masih belum mampu untuk membeli kereta tersebut.

Anda boleh gunakan tips kedua ini jika ingin membeli kereta yang tinggi nilainya. Katakan anda berminat nak membeli sebuah kereta yang bernilai RM50,000 tanpa deposit, kira berapa faedah yang perlu dibayar dan ansuran bulanannya.

Bandingkan pula sekiranya anda menyediakan deposit 20% atau lebih tinggi lagi, cuba kira berapa penjimatan daripada segi faedah dan rendahnya ansuran bulanan tersebut.

#3. Beli Kereta Yang Berharga Setahun Gaji

Sekiranya gaji anda RM3,000 sebulan, maka setahun ianya adalah sebanyak RM36,000. Maka carilah kereta yang berharga RM36,000.

Ada ke? Ada banyak sebenarnya kereta yang berharga dalam lingkungan harga ini.

Tujuan kita beli kereta yang berharga setahun gaji adalah bagi memastikan anda betul-betul mampu untuk membayar ansuran bulanan serta kos-kos lain yang berkaitan.

Kos-kos ini termasuklah minyak, tol, parking, saman, cukai jalan, takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan sebagainya.

Kalau tak nak beli kereta, nak bayar sewa bulan-bulan macam Netflix pun boleh. Baca lagi Toyota Lancar Skim Langganan Kereta Patuh Shariah Pertama Dunia

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.