Bursa Dijangka Pulih Sebaik Persekitaran Monetari Menstabil

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Prestasi Bursa Malaysia dijangka pulih apabila kadar faedah global menjadi lebih stabil, seterusnya mengembalikan minat dan aliran masuk asing ke rantau ini, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar. 

Malaysia menyaksikan aliran keluar asing bersih sebanyak RM4.2 bilion pada separuh pertama 2023 berikutan perbezaan kadar faedah Malaysia-Amerika Syarikat (AS) menyebabkan pelabur memilih meningkatkan pegangan aset selamat semasa tempoh ketaktentuan ekonomi global, katanya. 

Tahun lalu, dalam keadaan stabil, Bursa Malaysia mencatatkan aliran masuk asing sebanyak RM4.4 bilion.

“Bukan sahaja pasaran saham Malaysia sahaja terjejas, pasaran lain juga tidak terlepas. Thailand lebih terkesan lebih teruk lagi. 

“Seperti saya sebut, pelabur perlu fokus kepada fundamental. Apabila ekonomi AS, Eropah dan United Kingdom lebih stabil, mereka tidak lagi, akan menaikkan kadar faedah dan ini akan menyebabkan pengaliran dana balik ke pasaran membangun,” katanya kepada pemberita semasa majlis penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) SkyWorld Development Bhd disini hari ini. 

Abdul Wahid berkata pada paras bawah 1,400 mata, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada kadar PE (nisbah harga kepada pendapatan) berganda bagi pasaran sekitar 12 kali sahaja.

“Ini lebih rendah berbanding PE sejarah iaitu 16 kali. Jadi sekali lagi, melihat kepada jangka panjang, menangani asas dan selepas kita melabur untuk jangka sederhana serta panjang, ia pasti akan kembali,” katanya.

— BERNAMA 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.