Apa Beza Speculators Dan Hedgers Dalam Pasaran FCPO?

Pasaran FCPO adalah satu pasaran yang dinamik dan menyeluruh. Ia merangkumi semua aspek bisnes dan industri minyak kelapa sawit. Terdapat banyak pihak yang terlibat dalam pasaran ini antaranya adalah Speculators, Hedgers dan Arbitragers. Semua jenis pedagang (trader) ini wujud adalah bertujuan untuk melengkapkan pasaran niaga hadapan (Futures) itu sendiri.

Pasaran FCPO Malaysia menjadi rujukan bagi harga minyak kelapa sawit dunia dan banyak pelabur luar yang terlibat dalam pasaran ini. Sejak Disember tahun lepas, FCPO telah melangkah setapak lebih maju apabila pihak Bursa Malaysia Derivatives memperkenalkan perdagangan sesi malam bagi meraikan pelabur dari luar negara. 

Pasaran niaga hadapan (Futures) mempunyai kelebihan tersendiri selain daripada ia boleh didagangkan secara dua hala. Walaupun FCPO boleh didagangkan dengan hanya berpandukan carta kontrak FCPO yang aktif, ia juga boleh didagangkan secara ‘Hedging‘ iaitu membeli satu kontrak dan menjual kontrak yang lain pada waktu yang sama. Jadi bagaimana pula cara ‘Speculator‘?

Definisi Speculators

Secara pemahaman yang mudah, Speculators dalam pasaran FCPO adalah pelabur dan pedagang runcit. Mereka mengambil kesempatan dengan naik turun pergerakan harga. Apabila harga dalam aliran menaik, mereka beli pada paras harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Manakala apabila harga dalam aliran menurun, mereka menjual pada harga yang tinggi dan membeli semula pada harga yang rendah.

Speculators tidak berhajat untuk memegang barang fizikal FCPO iaitu 25 tan minyak kelapa sawit. Mereka akan menggunakan kontrak tiga bulan kehadapan untuk mengelak kontrak tamat tempoh dan selalunya kontrak tiga bulan hadapan FCPO adalah yang paling tinggi volum dan tinggi nilai mudah tunai (high liquidity).

Definisi Hedgers

Hedgers pula terdiri daripada pelabur runcit dan juga pengilang besar. Hedgers terbahagi kepada dua iaitu pelabur runcit yang berdagang secara ‘hedging’ iaitu menggunakan ‘spread‘ dan juga hedger pengilang besar.

Bagi pengilang besar, mereka akan ‘hedge‘ apabila barang fizikal CPO mereka dijangka akan jatuh iaitu dengan mengambil short position dalam pasaran niaga hadapan (Futures). Dengan cara ini, pengilang besar tidak akan mengambil kerugian kerana kejatuhan harga barang fizikal ini boleh diganti dengan mengambil short position dalam kuantiti yang sama dalam pasaran FCPO.

Contoh Situasi :

Sime Darby mempunyai 10,000 tan minyak kelapa sawit dalam gudang mereka di Pelabuhan Klang pada awal bulan Mei yang lalu. Selepas kerajaan mengumumkan kemasukan pekerja untuk ladang sawit akan dipertingkatkan dan Indonesia pula menghapuskan cukai untuk eksport minyak kelapa sawit mereka. Hal ini akan menjadikan pengeluaran minyak sawit meningkat dan pelabur akan lebih tertarik untuk membeli dari Indonesia. Oleh itu, harga sawit Malaysia dijangka akan jatuh untuk tempoh sebulan dari sekarang. Apa yang Sime Darby boleh buat adalah dengan mengambil short position untuk menggantikan barang fizikal yang mereka ada. Jika contoh barang fizikal mereka iaitu 10,000 tan minyak sawit tadi, mereka perlu mengambil 100 lot short position untuk menyamakan nilai barang fizikal tersebut.

Kenapa Mereka Wujud?

Kewujudan pelbagai jenis pedagang dalam pasaran niaga hadapan (Futures) adalah untuk melengkapkan antara satu sama lain dan juga mewujudkan kesinambungan yang baik. Tujuan utama pasaran niaga hadapan (Futures) adalah untuk mengawal risiko dalam pasaran komoditi. Serta memastikan pengeluar, pengilang dan pengguna mendapat harga komoditi yang stabil.

Kesimpulan

Banyak ilmu baru yang boleh anda dapat dalam pasaran niaga hadapan (Futures). Jika anda serius untuk menguasai pasaran FCPO, teruskan mencari mentor untuk menuntut ilmu baru. Speculators dan Hedgers merupakan salah satu daripada jenis pedagang yang ada dalam pasaran niaga hadapan (Futures). Masing-masing ada untuk menjalankan tugas masing-masing.

Nak Buka Akaun Trade FCPO Secara Percuma? Baca: Tutorial Buka Akaun Trading Dengan Webull, Beli Saham Bursa Malaysia, AS & Derivatif

Selamat Melabur!

Dapatkan Ilmu Betul Untuk Trade FCPO!

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, sertai webinar khas step-by-step untuk anda yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Pra-daftar dahulu untuk jadi yang terawal dapat info bila kami buka pendaftaran nanti!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.