Ekonomi Digital Tarik 70 Peratus Daripada Jumlah Pelaburan Diluluskan RM225 Bilion Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Hampir 70 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan RM225 bilion Malaysia adalah dalam ekonomi digital, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dalam wawancara oleh rangkaian berita yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), CNN, baru-baru ini, beliau menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai faktor untuk berjaya memperkasakan kecerdasan buatan (AI) dan membawa keseluruhan ekosistem ke dalam negara.

“Kami mempunyai kilang AI, itulah yang kami gelar pada masa ini bukannya pusat data, malah kami juga menerima lawatan daripada Nvidia Corporation, syarikat teknologi multinasional berpangkalan di AS, yang mengumumkan minat untuk meneroka Malaysia dengan syarikat lain untuk menyokong kemajuan AI.

“Ini kerana AI akan membawa peningkatan produktiviti,” katanya.

Tengku Zafrul berkata terdapat kebimbangan secara umum mengenai kesan AI terhadap masyarakat, namun, tidak dapat dinafikan bahawa AI akan membawa kualiti hidup lebih baik dengan membolehkan semua jenis profesion melakukan kerja mereka dengan lebih cekap.

“Pekerjaan masa hadapan mungkin sangat berbeza memandangkan wujudnya kemajuan dalam teknologi, terutama AI generatif.

“Berasaskan AI, banyak fungsi kerja lain yang akan terlibat. Jadi, kita perlu memberi kemahiran baharu dan kemahiran tambahan (kepada pekerja) supaya bersedia untuk pekerjaan baharu pada masa hadapan,” katanya.

Disember lepas, Nvidia menyatakan kesediaan menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi antara 20 negara teratas dalam teknologi AI dan bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI negara dari segi membina pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, termasuk membina sistem pengkomputeran awan AI Malaysia sendiri.

Mengenai cadangan beberapa bentuk kenaikan gaji minimum menyeluruh di semua negara ASEAN, Tengku Zafrul menekankan pentingnya untuk memastikan gaji meningkat.

“Jika anda melihat asas ekonomi Malaysia, inflasi kami berada pada tahap boleh urus. Kadar inflasi pada 2023 adalah kira-kira 2.5 peratus dan pengangguran terus rendah pada kira-kira 3.3 peratus.

“Berdasarkan asas-asas ini, kita mesti memastikan apa-apa kenaikan gaji adalah berkait dengan peningkatan produktiviti dan sebab itulah saya menekankan pelaburan dalam ekonomi hijau dan ekonomi digital kerana ia meningkatkan kekompleksan ekonomi sesebuah negara dan industrinya,” katanya.

Tengku Zafrul berkata dua tahun lepas, Malaysia menaikkan gaji minimum dan pada masa kini sedang membincangkan konsep gaji progresif.

“Ini hanya boleh dicapai jika kita meningkatkan produktiviti. Jadi, gaji perlu dikaitkan dengan produktiviti jika tidak, syarikat akan mendapati sukar untuk melaksanakan kenaikan gaji,” katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Kemas Kini Mei 2026)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 29 Mei 2026. Aktiviti ini pada kebiasaannya akan dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Ada beberapa nama-nama besar yang kini dah tak patuh syariah.

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah

Jom kita tengok syarikat-syarikat yang baru masuk dalam senarai saham patuh syariah pada bulan Mei 2026.

Ada sebanyak 44 syarikat kini dah patuh syariah, termasuklah beberapa IPO yang baru seperti Empire Premium Food Bhd dan EI Power Bhd.

Berikut pula merupakan saham-saham yang terkeluar daripada senarai patuh syariah yang terkini. Contohnya Azam Jaya Bhd dan Malayan Flour Mills Bhd.

886 Atau 81% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah, Meningkat Sedikit Daripada November 2025 Lalu.

PENTING! Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Baca dulu: Tutorial Buka Akaun Online Dengan Webull, Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Sumber rujukan: Suruhanjaya Sekuriti