Dividen Bank Rakyat 15 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2023 – Ewon

KOTA KINABALU, 5 April (Bernama) — Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 15 peratus dengan jumlah pembayaran RM424.62 juta kepada seramai 802,823 anggotanya yang layak bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata pembayaran dividen itu akan dilakukan mulai hari ini.

Beliau berkata prestasi kewangan memberangsangkan itu membolehkan Bank Rakyat mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen tinggi sebagai ganjaran kepada semua anggota dan pihak berkepentingan bank tersebut bagi sokongan berterusan mereka.

“Bersempena Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70, bank turut mengumumkan dividen istimewa sebanyak dua peratus dengan jumlah pembayaran RM56.62 juta yang akan diagihkan berdasarkan pegangan saham layak pada 31 Dis 2023.

“Pembayaran dividen istimewa itu akan dilakukan pada September ini,” katanya pada majlis pengumuman dividen dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Dis 2023 di sini hari ini.

Ewon berkata Bank Rakyat masih lagi mengekalkan prestasi kadar dividen berjumlah dua digit untuk tempoh melebihi 20 tahun.

Beliau percaya pencapaian itu adalah hasil komitmen Bank Rakyat dalam melaksanakan mandat yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasa kesejahteraan ekonomi anggota dan pelanggannya sekali gus memberi kesaksamaan dan kemakmuran kepada semua peringkat masyarakat.

Ewon berkata Kumpulan Bank Rakyat meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM35.47 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan satu peratus bersamaan RM17.74 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi. 

“Jumlah sumbangan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM53.21 juta,” katanya, yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan pihak berkepentingan atas sokongan diberikan kepada Kumpulan Bank Rakyat sepanjang tahun ini.

Beliau juga berharap Kumpulan Bank Rakyat akan meneruskan usaha agar kekal relevan dalam perkembangan pantas industri perbankan dan terus menyumbang kepada masyarakat dari setiap peringkat.

Ini termasuk menyediakan penyelesaian perbankan yang komprehensif, mampan dan berdaya cipta, seiring dengan konsep Malaysia MADANI agar kemiskinan tegar dapat dinoktahkan, katanya.

— BERNAMA

Sumber: Bernama

Tahniah Bank Rakyat

Bank Rakyat nampaknya terus mengekalkan prestasi kadar dividen berjumlah dua digit untuk tempoh melebihi 20 tahun.

KWSP: 5.40% untuk Simpanan Syariah, 5.50% untuk Simpanan Konvensional

ASB: 4.25% Pengagihan Pendapatan + 1.0% Bonus

Tabung Haji: kekal pada kadar 3.10%, zakat 2.57% telah dilunaskan

Pelaburan Saham Pun Ada Beri Dividen

Bila sebut pasal pelaburan saham, tak ramai yang tahu bahawa kita pun boleh untung melalui pemberian dividen. Sebab syarikat yang biasa beri dividen, biasanya adalah syarikat yang untung. Bila syarikat untung, mereka ingin berkongsi keuntungan syarikat dalam bentuk pemberian dividen kepada pemegang saham.

Antara saham patuh syariah yang memberikan dividen terbanyak untuk 2022 ialah SCGM Berhad. Nak tahu lebih lanjut, bacalah artikel tersebut. Baca >>

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA