Sejarah Pulangan Dividen KWSP Dari Tahun 2012 – 2023

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah skim yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu pencarum menyimpan wang untuk hari tua. Ia juga merupakan satu inisiatif yang bagus khasnya untuk mereka yang tidak memiliki pencen. 

KWSP berfungsi melalui sumbangan bulanan majikan dan pekerja ke dalam akaun simpanan sendiri dan ia juga boleh digunakan untuk melabur di KWSP.

Dah daftar i-Akaun? Kalau Belum Sempat Mendaftar i-Akaun KWSP? Boleh Guna Cara Ini Di Rumah

Simpanan Shariah KWSP

Simpanan syariah mula diperkenalkan oleh KWSP pada tahun 2017. Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

Bagi yang beragama Islam, pastikan kita telah menukar ke Simpanan Shariah.

Baca: Tutorial Tukar Status Akaun KWSP Kepada Simpanan Shariah Secara Online

Sumber: KWSP
Peratus caruman ahli KWSP setakat 2022

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen*. Pembayaran Dividen Tahunan akan dikreditkan ke dalam akaun ahli berdasarkan simpanan ahli pada 1 Januari setiap tahun. Dividen dikira berdasarkan agregat baki harian.

Jom kita tengok sejarah dividen KWSP dari tahun 2012 sehingga 2023.

*Data sehingga 2022

Mengapa ada perbezaan antara dividen Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah?

Kedua-dua kadar dividen konvensional dan syariah yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut. Walaupun Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional menerima pendapatan Syariah mengikut bahagian masing-masing, Simpanan Konvensional turut menikmati pendapatan daripada pelaburan dalam aset bukan Syariah.

Kelebihan KWSP

Caruman daripada KWSP juga akan menolak cukai pendapatan anda sehingga RM4000 setahun.

Bagaimanakah keputusan pelaburan dibuat?

Keputusan pelaburan akan dibuat melalui proses yang amat teliti Panel Pelaburan KWSP. Bagi apa-apa pelaburan yang hendak dibuat oleh portfolio Syariah hendaklah mendapat pengesahan Syariah daripada Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS).

Di manakah simpanan ahli dilaburkan?

Simpanan ahli dilaburkan dalam instrumen pelaburan seperti berikut:

  • Sekuriti Kerajaan Malaysia, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Pinjaman/Pembiayaan
  • Debentur, Bon dan Sukuk
  • Saham-saham
  • Pasaran Wang Hartanah

Bagaimanakah kadar dividen KWSP dikira?

Dividen dikira berdasarkan kepada Modified Aggregate Daily Balance. Caruman bagi sesuatu bulan akan mendapat dividen mulai hari terakhir bagi bulan caruman sehingga 31 Disember 2022.

Berikut adalah contoh pengiraan Dividen Tahunan berdasarkan Aggregate Balance dengan contoh Kadar Dividen 5%:

*Dividen: Jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.

Walau bagaimanapun, bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah, kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah tanpa sebarang jaminan dividen minimum 2.5%.

Baca juga Simpan Wang Di KWSP Atau ASB, Mana Lebih Baik?

Nak Buat Pengeluaran Wang Dalam KWSP?

Baca sini: Nak Buat Pengeluaran Wang Dalam KWSP? Boleh Saja Untuk 18 Perkara Ini

Rujukan: KWSP

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Zakat KWSP: Kenapa Kena Bayar Walaupun Tak Keluarkan Duit?

Ramai mungkin tertanya-tanya, kalau duit KWSP masih tersimpan dan belum dikeluarkan, kenapa pula perlu bayar zakat setiap tahun?

Persoalan ini timbul selepas KWSP memperkenalkan kemudahan pembayaran Zakat Perniagaan Simpanan Shariah melalui potongan dividen tahunan. Untuk memahami rasionalnya, kita perlu melihat bagaimana Simpanan Shariah KWSP diuruskan dan bagaimana zakatnya dikira.

1. KWSP melaburkan simpanan ahli secara kolektif

Bagi Simpanan Shariah, caruman ahli dihimpunkan dalam satu portfolio pelaburan yang diuruskan oleh KWSP mengikut prinsip Syariah. Pelaburan ini menjana pulangan yang diagihkan kepada ahli dalam bentuk dividen tahunan.

Dalam urusan ini, KWSP bertindak sebagai wakil (wakil) dan pemegang amanah yang menguruskan serta melaburkan simpanan bagi pihak ahli berdasarkan akad wakalah.

2. Kenapa kena bayar zakat walaupun duit belum dikeluarkan?

Persoalan ini telah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali Ke-125 pada 24 hingga 26 September 2024.

Muzakarah memutuskan bahawa akaun Simpanan Shariah memenuhi ciri pemilikan sempurna (al-milk al-tam) dan hak untuk berurus niaga (haq al-tasarruf) melalui pemberian wakalah kepada KWSP.

Oleh itu, kewajipan zakat bagi Simpanan Shariah ditetapkan sebagai zakat perniagaan tahunan, berkuat kuasa mulai tahun kewangan 2025. Kewajipan ini tidak bergantung pada sama ada ahli sudah mengeluarkan wang daripada akaun KWSP atau belum.

3. Bagaimana pula kalau simpanan tak cukup nisab?

Ini antara perkara yang mungkin mengejutkan ramai orang.

Biasanya, zakat individu dikaitkan dengan nisab, iaitu paras minimum harta yang ditetapkan untuk mewajibkan zakat. Namun, bagi Simpanan Shariah, KWSP menguruskan dana secara kolektif atau khultah, bukannya mengasingkan pelaburan bagi setiap ahli.

Oleh itu, penentuan nisab dibuat berdasarkan keseluruhan dana terkumpul yang tertakluk kepada zakat. Jumlah tanggungan zakat setiap ahli Muslim kemudiannya ditentukan secara berkadar berdasarkan Kadar Zakat Ahli masing-masing.

Maka, kewajipan ini boleh terpakai walaupun baki simpanan seseorang ahli secara individu berada di bawah nisab.

4. Macam mana nak bayar zakat KWSP?

Ahli Muslim yang telah memilih Simpanan Shariah boleh memberikan persetujuan kepada KWSP untuk memotong zakat daripada dividen tahunan dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa zakat negeri berkaitan.

Pilihan ini boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun, portal i-Akaun (Ahli), Self-Service Terminal (SST) atau pejabat KWSP.

Cara mengaktifkan kemudahan zakat KWSP:

  1. Buka KWSP i-Akaun dan tekan menu Profil.
  2. Pilih menu Zakat.
  3. Buat pilihan untuk mewakilkan KWSP menguruskan pembayaran zakat bagi Simpanan Shariah anda.
  4. Lengkapkan maklumat dan sahkan pilihan.

Jika tidak memilih kemudahan potongan dividen, ahli tetap bertanggungjawab menguruskan pembayaran zakat perniagaan Simpanan Shariah sendiri berdasarkan kadar yang dimaklumkan oleh KWSP.

Kemudahan potongan ini bukan automatik; persetujuan ahli diperlukan terlebih dahulu.

5. Adakah sama dengan Simpanan Konvensional?

Tidak. Kaedah zakat bagi Simpanan Konvensional berbeza dan tertakluk kepada ketetapan serta kaedah yang berkaitan, termasuk zakat atas wang yang dikeluarkan apabila memenuhi syarat yang ditetapkan.

Bagi Simpanan Shariah yang telah dizakatkan melalui kemudahan ini, ahli tidak perlu membayar zakat sekali lagi secara berasingan atas simpanan yang sama apabila membuat pengeluaran.

Kesimpulan

Zakat KWSP ini bukan semata-mata zakat atas wang yang sudah berada dalam tangan. Bagi Simpanan Shariah, kewajipan zakat perniagaan ditentukan berdasarkan kaedah pengurusan pelaburan secara kolektif dan keputusan hukum yang berkaitan.

Kemudahan baharu KWSP ini bertujuan memudahkan ahli Muslim menunaikan kewajipan tersebut tanpa perlu menguruskan pengiraan dan pembayaran sendiri.

Satu lagi persoalan yang menarik: jika zakat ini dibayar melalui potongan dividen dan ahli menerima resit rasmi daripada pihak berkuasa zakat negeri, bolehkah bayaran tersebut dituntut sebagai rebat cukai pendapatan melalui e-Filing? Jawapannya boleh. Bayaran zakat KWSP ini boleh dituntut sebagai rebat cukai pendapatan sebab bayaran dibuat kepada pihak berkuasa zakat yang diiktiraf.