Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi April 2024

Walaupun indeks KLCI terus merekodkan peningkatan yang baik bagi bulan April 2024, namun sudah tentu ada juga saham yang tidak berjaya mengikut momentum tersebut dan membuat kejatuhan sebaliknya. 

Di Bursa Malaysia terdapat lebih 1,000 saham yang disenaraikan. Agak sukar untuk kesemua saham membuat kenaikan kerana kurangnya penglibatan rakyat Malaysia dalam pelaburan saham serta tidak ramai pemain dalam pasaran saham tempatan. 

Selain itu, pada bulan April juga terdapat konflik peperangan di Timur Tengah yang merencatkan sedikit pasaran saham kerana pelabur bertindak untuk berhati-hati.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan April tahun 2024. 

  1. Awanbiru Technology Berhad
Sumber: TradingView

Saham Awanbiru Technology Berhad merupakan saham patuh syariah yang mencatatkan penurunan terbesar pada bulan lepas.  Nama lama saham Awanbiru adalah Awantec. Bagi pelabur yang telah lama berkecimpung dalam saham pastinya kenal nama Awantec.

Sumber: The Star

Kejatuhan besar Awanbiru sebanyak 34.62% adalah kerana sahamnya digantung bermula 26 April 2024. Sentimen negatif terhadap saham ini sudah tentu bermula lebih awal sebaik sahaja pelabur membaca berita tersebut. Awanbiru digantung kerana gagal untuk menghantar pelan regularisasi syarikatnya kepada Bursa Malaysia.

  1. Ho Hup Construction Company Berhad
Sumber: TradingView

Ho Hup Construction Company Berhad di tempat kedua susut sebanyak 29.73% pada bulan April 2024.

Sumber: malaysiastock.biz

Prestasi kewangan Ho Hup tidaklah baik kerana sentiasa rugi bagi beberapa suku yang lepas. Malah suku keempat 2023 iaitu yang terkini juga syarikat mencatatkan kerugian yang besar sebanyak RM55.3 juta.

  1. Ingenieur Gudang Berhad
Sumber: TradingView

Ingenieur Gudang Berhad merekodkan kejatuhan sebanyak 4 sen atau 26.67% bagi bulan April 2024. Pada awal bulan, harga saham adalah sebanyak RM0.15 dan pada penghujung bulan harga saham Ingenieur adalah sebanyak RM0.11.

  1. Widad Group Berhad
Sumber: TradingView

Widad Group Berhad belum lagi berjaya kembali ke paras harga sebelum ianya membuat kejatuan besar pada bulan Januari. Malah, harganya terus merosot dan harga terkini Widad adalah RM0.065 sahaja. 

  1. Flexidynamic Holdings Berhad
Sumber: TradingView

Flexidynamic pula dibuka pada harga RM0.22 pada 1 April 2024 dan ditutup pada RM0.175 pada 30 April 2024. Ia merupakan penyusutan sebanyak 20.45%.

  1. EVD Berhad
Sumber: TradingView

Nama EVD Berhad mungkin jarang didengar ramai pelabur. Saham ini jarang muncul dalam senarai saham paling aktif dan mungkin sebab itulah tidak ramai yang mengenalinya. Saham ini jatuh sebanyak 2.5 sen sepanjang bulan April 2024 dan ia bersamaan dengan 17.86%.

  1. LYC Healthcare Berhad
Sumber: TradingView

LYC Healthcare Berhad tidak terkecuali dari senarai ini setelah susut sebanyak 16.67% pada bulan April 2024. Saham ini masih mencatatkan downtrend sejak tahun lepas.

  1. Saudee Group Berhad
Sumber: TradingView

Saudee Group Berhad merupakan saham super penny dengan harganya pada 30 April 2024 hanyalah RM0.025. Saudee telah susut sebanyak 16.67%.

  1. Jadi Imaging Holdings Berhad
Sumber: TradingView

Jadi Imaging Holdings Berhad pula susut sebanyak 10% setelah jatuh 1 bid sahaja kerana harganya yang sangat rendah.

  1. Meridian Berhad
Sumber: TradingView

Meridian Berhad melengkapi senarai saham paling rugi ini dengan kejatuhan sebanyak 10% bagi bulan April 2024.

Kesimpulan

Anda boleh perhatikan yang kebanyakan saham yang berada dalam senarai ini merupakan saham Penny dan anda sebagai pelabur boleh elakkan saham murah kerana kejatuhan beberapa sen sahaja mampu menyebabkan anda kehilangan sebahagian besar dari modal anda.

Baca juga: Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Ini

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.