Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2024

Bulan April lalu menjadi bulan yang istimewa kepada seluruh rakyat Malaysia kerana peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam serta peluang bercuti dan berehat bagi yang tidak menyambut perayaan tersebut. Ada yang “beraya awal” kerana berjaya membuat keuntungan dari pasaran saham dan ini sedikit sebanyak meringankan perbelanjaan persiapan menyambut Hari Raya. 

Prestasi FBM KLCI

Sumber: TradingView

Indeks KLCI ditutup pada 1,575.97 mata pada penghujung bulan April 2024. Sepanjang tempoh sebulan, KLCI naik 38.47 mata dan masih mempamerkan kenaikan yang sihat. Semoga indeks FBM KLCI terus mencatatkan kenaikan agar mampu menarik minat pelabur asing dan tempatan untuk terus melabur dalam pasaran saham tempatan.

Mari kita lihat apakah saham patuh syariah paling untung bagi bulan April 2024.

  1. Synergy House Berhad
Sumber: TradingView

Di kedudukan pertama, Synergy House Berhad berjaya membuat kenaikan paling tinggi iaitu sebanyak 86.25%. Pada 1 April 2024, harga Synergy berada pada RM0.80 dan pada 30 April 2024 harga Synergy telah melonjak ke RM1.49. Ia merupakan kenaikan sebanyak 86.25%.

Artikel mengenai Synergy House Berhad pernah dikongsikan pada bulan Mac yang lalu. Setakat artikel tersebut ditulis pada ketika itu, harga Synergy pada ketika itu adalah RM0.85. Jemput baca artikel tersebut di bawah.

Artikel: Kenali Synergy House Berhad Yang Telah Naik 97% Sejak IPO

Semoga anda tidak terlepas artikel-artikel yang dikongsikan di masa hadapan.

  1. Kamdar Group (M) Berhad
Sumber: TradingView

Di tempat kedua pula adalah Kamdar Group (M) Berhad membuat kenaikan sebanyak 70.59% dalam tempoh sebulan. Sambutan perayaan Hari Raya pada bulan April mungkin sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan harga saham syarikat pengeluar tekstil ini.

Para pelabur mungkin membayangkan bahawa Kamdar akan berjaya menjana pendapatan yang baik sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Raya.

  1. Chin Hin Group Property Berhad
Sumber: TradingView

Chin Hin Group Property Berhad sudah mula menunjukkan kenaikan sejak beberapa bulan yang lepas. Bulan April 2024, Chin Hin Group Property Berhad meneruskan kenaikan tersebut dan berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 60.15%.

  1. P.I.E Industrial Berhad
Sumber: TradingView

P.I.E Industrial Berhad berada di tempat keempat dengan peningkatan sebanyak 60.67%. Dalam tempoh sebulan ia mampu membuat kenaikan sebanyak RM2.16.

  1. AWC Berhad
Sumber: TradingView

AWC Berhad mencatatkan peningkatan sehingga RM0.34 seunit atau 53.54% pada bulan April 2024. Saham ini bermula dengan RM0.635 dan ditutup pada RM0.975. Adakah saham ini bakal berjaya menembusi paras RM1.00 tidak lama lagi?

  1. Eupe Corporation Berhad
Sumber: TradingView

Eupe Corporation Berhad juga merupakan saham yang membuatkan uptrend yang sihat kerana berjaya membuatkan higher high, higher low. Pelabur boleh membuat kajian masing-masing dan menantikan saham ini membuat pullback sebelum membuat keputusan untuk masuk ke dalam saham ini.

Dalam tempoh sebulan ia membuat kenaikan sebanyak 52.43%.

  1. Turiya Berhad
Sumber: TradingView

Turiya Berhad pula harganya bermula dengan RM0.27 seunit pada awal Januari 2021 dan meningkat kepada RM0.405 seunit.

Ini merupakan kenaikan sebanyak 407.55% atau RM2.16 untuk tempoh masa setahun bagi tahun 2021.

  1. Cuscapi Berhad
Sumber: TradingView

Cuscapi Berhad juga tidak terkecuali dari senarai ini dan berjaya mencatatkan kenaikan sebanyak 45.71% dalam tempoh sebulan dagangan.

  1. RGT Berhad
Sumber: TradingView

Di tempat kesembilan, RGT Berhad berjaya merekodkan kenaikan sebanyak 33.33% dan harganya berubah sebanyak RM0.075 seunit. Pada 30 April 2024, harga RGT Berhad ditutup pada RM0.300.

  1. Reneuco Berhad
Sumber: TradingView

Saham Reneuco Berhad memulakan bulan April 2024 dengan harganya hanya RM0.075 seunit dan menutup tirai bulan April pada RM0.095 seunit.

Kenaikan dari segi nilai mungkin hanya 2 sen tetapi dari segi peratus, saham ini membuat kenaikan sebanyak 26.67%.

Kesimpulan

Anda sudah ada akaun CDS? Jika belum, pastikan anda membuka satu akaun sekarang agar tidak lagi terlepas peluang pelaburan yang sah dan patuh syariah di Bursa Malaysia. Nantikan juga senarai saham patuh syariah paling untung bagi bulan hadapan.

Baca juga: Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Ini

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.