Platform Dagangan Global Webull Berkembang Ke Malaysia

Platform ‘semua-dalam-satu’ Webull Malaysia yang dikuasakan teknologi bertujuan untuk menginspirasi kepada lebih penyertaan daripada pelabur runcit dari semua peringkat 

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2024 — Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Webull Malaysia”), mengumumkan pelancaran platform dagangan global terkemuka, Webull, di Malaysia. Direka untuk pelabur dari semua peringkat, Webull Malaysia memberikan akses untuk mendagangkan saham di Bursa Securities dan Bursa Derivatives serta saham yang disenaraikan di US dan dana dagangan bursa (ETF) melalui aplikasi Webull Malaysia. Pada bulan April, Webull Malaysia memperoleh Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk Berurus Niaga dalam Sekuriti (terhad kepada sekuriti tersenarai) dan Berurus Niaga dalam Derivatif. 

Webull Malaysia memasuki pasaran tempatan seiringan dengan usaha Bursa Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan dan penyertaan daripada pelabur runcit, terutamanya generasi muda, di bursa saham tempatan. Sehingga S1 2024, penyertaan pelabur runcit tempatan dalam pasaran sekuriti mencatatkan 22%, manakala penyertaan dalam pasaran derivatif masing-masing mencatatkan 17% untuk FKLI dan 25% untuk FCPO. 

Platform dagangan Webull Malaysia dibina berdasarkan infrastruktur global generasi terkini dan teknologi proprietari. Ia menawarkan suite bersepadu sebut harga masa nyata, maklumat pasaran, berita kewangan, data industri, pandangan dan penarafan penganalisis, semuanya daripada sumber yang dipercayai melalui satu titik sentuh untuk membantu pelabur membuat keputusan termaklum. Di samping itu, Webull Malaysia juga menyediakan penunjuk Syariah untuk membantu pelabur mengenal pasti status pematuhan Syariah bagi saham sebelum melakukan sebarang transaksi.

“Kami teruja untuk memperkenalkan platform pelaburan digital Webull yang berteknologi maju kepada komuniti pelabur yang semakin meningkat di Malaysia. Pengembangan platform Webull ke Malaysia memberikan peluang yang sama kepada semua pelabur, tanpa mengira pengalaman pelaburan atau dagangan mereka. Demi menjadikan pelaburan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua pelabur, Webull Malaysia memperkenalkan alat terbaik dan maklumat untuk memperkasakan pelabur dari semua peringkat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya mereka boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih baik dan mencapai matlamat pelaburan mereka,” kata Kenneth Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Webull Malaysia. 

Menyedari kepentingan pendidikan dan pengetahuan kewangan sebagai asas pelaburan bertanggungjawab, dan sejajar dengan falsafah “Learning, Sharing, Investing” (Pembelajaran, Perkongsian, Pelaburan) pelabur di Webull Malaysia juga boleh mengakses sumber dan alat pendidikan pelaburan melalui “Webull Learn”. Pelabur boleh mengakses kandungan mengikut keperluan mereka seperti penjelasan istilah pelaburan, amalan terbaik dan panduan cara. Pelabur yang ingin berlatih kemahiran perdagangan dan mensimulasikan strategi juga boleh menggunakan Paper Trading (Dagangan Kertas), simulator latihan dalam platform di mana pelabur boleh membeli dan menjual tanpa melibatkan wang sebenar.

“Teknologi adalah teras perniagaan kami, dan kami komited untuk mengadakan sinergi teknologi dengan kewangan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang selamat, boleh dipercayai dan pintar dengan pengalaman perdagangan yang lancar. Melalui alat dan perkhidmatan perdagangan yang canggih, sumber pembelajaran yang terbaik dan kandungan yang boleh dikongsi di platform Webull Malaysia, pelabur boleh maju jaya dalam perjalanan pelaburan dalam persekitaran yang menyokong. Dengan ini, kami berharap untuk mengurangkan halangan melabur yang dihadapi oleh pelabur di Malaysia dan menggalakkan orang ramai membina simpanan jangka panjang melalui peluang pelaburan,” tambah Kenneth. 

Webull Malaysia menawarkan yuran broker yang kompetitif untuk dagangan tanpa yuran platform. Untuk memperingati pelancarannya, Webull Malaysia menawarkan dagangan tanpa komisen bagi saham yang disenaraikan di Bursa yang boleh didagangkan, saham yang disenaraikan di US, dan ETF di aplikasi Webull selama 180 hari dari pembukaan akaun Webull Malaysia. Pelabur juga boleh mendapatkan lima saham Apple menerusi kempen pendaftaran pelancaran Webull Malaysia.   

Platform Webull Malaysia ialah aplikasi bahasa ibunda yang disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris daripada Apple App Store dan Google Play Store.

Penafian: Webull Malaysia masih tidak menyediakan pilihan akaun patuh syariah kepada pengguna. Artikel ini adalah untuk tujuan hebahan sahaja. Segala keputusan perdagangan atau pelaburan adalah keputusan anda sendiri. Pihak Serius Kool Media Sdn Bhd; MajalahLabur.com tiada kaitan dengan jenama tersebut.

Kami sempat bertanya kepada wakil Webull mengenai perancangan untuk menawarkan akaun patuh syariah dan bagaimana status syariah saham disaring? Berikut merupakan jawapan daripada Kenneth Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Webull Malaysia:

  1. Adakah Webull mempunyai rancangan untuk menawarkan akaun patuh syariah kepada pelanggannya di Malaysia?
    • Webull Malaysia melihat dirinya sebagai platform pelaburan pelbagai aset yang komprehensif untuk memenuhi keperluan dan permintaan semua pelabur, termasuk pelabur syariah.
    • Sebagai langkah pertama ke arah ini, Webull Malaysia bekerjasama dengan firma penasihat dan perundingan syariah profesional untuk menyediakan penunjuk status saham patuh syariah untuk semua saham AS di platform kami. (Shariah Indicator)
    • Seterusnya, kami bertekad untuk menambah lebih banyak ciri berkaitan pelaburan syariah ke platform kami pada masa akan datang

  1. Siapakah firma yang bertanggungjawab dalam menentukan status patuh syariah saham AS yang digunakan?
    • Webull Malaysia bekerjasama dengan Elzar Shariah Solutions & Advisory Sdn Bhd untuk menyediakan penyaringan bagi lebih daripada 10,000 saham dan dana dagangan bursa (ETF) yang disenaraikan di AS yang ditawarkan di platform kami.
    • Pelabur boleh mengenal pasti pematuhan syariah saham di halaman profil saham individu. Saham patuh syariah ditandakan dengan ikon bulan sabit, dan pelabur boleh mengetik ikon tersebut untuk maklumat lanjut.
  1. Berikut merupakan caj-caj yang terlibat di platform Webull Malaysia:

1Terms & Conditions apply. Updated on 8 May 2024

2The rate of 0 is subject to change at our discretion and is valid until updated.

3Stamp duty of 0.1% for trading of ETFs is exempted until 31 December 2025.

Webull reserves the right to add, change or modify the fee schedule at its own discretion from time to time without prior notice.

Previous ArticleNext Article

Pusat Perubatan Sunway Velocity Dan Institut Sukan Negara Meterai Kerjasama Strategik Bagi Memperkukuh Penjagaan Dan Pemulihan Atlet Negara

KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi merasmikan kerjasama strategik yang bertujuan untuk memperkukuh penjagaan kesihatan atlet dan ahli profesional sukan melalui penjagaan yang lebih lancar, selaras dan khusus.

MoU ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua institusi untuk menyokong atlet dan kakitangan ISN, dan merangkumi keperluan perubatan yang menyeluruh, dengan penekanan khusus kepada intervensi pembedahan, rehabilitasi dan pemulihan pasca pembedahan untuk memastikan mereka dapat kembali bersukan dengan selamat. Ia turut mewujudkan satu rangka kerja bagi kerjasama klinikal yang lebih erat, rujukan dua hala serta perkongsian ilmu yang berterusan di antara doktor pakar SMCV dan pasukan sains sukan serta perubatan ISN.

Majlis MoU ini telah disempurnakan oleh Puan Susan Cheow, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMCV, dan Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan merangkap Pakar Perunding Perubatan Kecemasan di SMCV. Mereka turut disertai oleh delegasi Pakar Perunding Bedah Ortopedik dan Trauma SMCV, iaitu Dr Chang Kok Chun, Dr Ng Swee Soon dan Dr Yuen Jin Chuan, dengan dua nama terakhir juga merupakan Pakar Bedah Artroplasti. Turut hadir ialah Pakar Bedah Sukan SMCV, Dr Aminudin Mohamed Shamsudin dan Dr Raymond Yeak Dieu Kiat, serta Pakar Perunding Dermatologi, Datin Dr Nur Ashikin Ahmad.

Mewakili ISN ialah Dr Vellapandian A/L Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Mohamad Fajar Bin Mohamed Kasim; Pengarah Bahagian Sains Sukan, Dr Ahmad Munawwar Helmi Bin Salim; Ketua Jabatan Penjagaan Sukan, Dr Amir Azwan Bin Azman; Ketua Jabatan Perubatan Sukan, Encik Muhd Noorfaizalazrul Bin Muhammad Azalai; Ketua Jabatan Rehabilitasi, dan Puan Nor Azian Binti Khalid @ Abd Malek; Ketua Pusat Pengurusan Perubatan Sukan.

Rangkaian Penjagaan Kesihatan Menyeluruh yang Direka Mengikut Keperluan Atlet

Teras utama kerjasama ini adalah matlamat bersama untuk menyediakan pengalaman penjagaan kesihatan yang holistik kepada atlet serta kakitangan ISN, dan memastikan mereka mendapat akses kepada rawatan, rehabilitasi dan sokongan pemulihan yang diperlukan yang tepat pada masanya.

Melalui kerjasama ini, atlet dan kakitangan ISN yang layak akan mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan utama di SMCV, termasuk rawatan pesakit luar dan kemasukan ke hospital, pemulihan pasca pembedahan, perkhidmatan radiologi seperti ujian MRI, imbasan CT dan sinar-X, penjagaan ortopedik bagi masalah tulang, kecederaan sukan, sendi dan otot, serta perkhidmatan dermatologi untuk penyakit kulit yang berkaitan sukan.

Bagi menyokong akses yang lancar kepada perkhidmatan ini, MoU ini mewujudkan sistem rujukan yang dipermudah antara SMCV dan ISN, membolehkan atlet dan kakitangan mendapat akses kepada kemudahan serta kepakaran daripada gabungan kedua-dua institusi sepanjang rawatan mereka.

Menurut Puan Susan Cheow, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMCV,“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan ISN dalam kolaborasi yang mencerminkan komitmen bersama untuk menyokong kesihatan dan pemulihan atlet negara serta ahli profesional sukan Malaysia. Apa yang lebih penting, ini bukanlah kerjasama sekali sahaja, tetapi merupakan sebuah permulaan kepada kerjasama berterusan yang menggabungkan kepakaran daripada kedua-dua institusi bagi memberikan manfaat yang berterusan dan dapat membuahkan hasil positif kepada atlet negara.”

Dengan intervensi pembedahan dan pemulihan pasca pembedahan sebagai fokus utama kerjasama ini, kedua-dua institusi ini berusaha memastikan pelan rawatan bukan sahaja tertumpu kepada pemulihan, tetapi juga disesuaikan dengan keperluan perubatan dan pembedahan khusus mengikut jenis sukan atau disiplin setiap atlet. Ini termasuk penekanan terhadap protokol kembali ke sukan yang berasaskan bukti bagi membantu atlet kembali bertanding dengan selamat, yakin dan pada tahap prestasi optimum.

Dr. Vellapandian A/L Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN berkata, “Atlet negara adalah kebanggaan kita, dan memastikan mereka mendapat akses kepada kepakaran perubatan bertaraf tinggi adalah teras kepada misi ISN. Kerjasama dengan SMCV ini meningkatkan keupayaan kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang komprehensif, khususnya apabila intervensi pembedahan khusus atau pengimejan diagnostik lanjutan diperlukan. Dengan merapatkan jurang antara kecemerlangan sukan dan klinikal, kami berharap untuk memberikan sokongan terbaik kepada atlet negara untuk pulih daripada kecederaan dan kembali ke podium.”

Memacu Perkongsian Ilmu dan Impak Jangka Panjang

MoU ini turut menyokong pertukaran berterusan ilmu perubatan dan kepakaran klinikal antara SMCV dan ISN. Melalui usaha ini, kedua-dua institusi ini berhasrat untuk meningkatkan kualiti rawatan, memperbaiki hasil pemulihan serta memperkukuh piawaian penjagaan menyeluruh untuk komuniti sukan Malaysia.

Selain itu, MoU ini memperkenalkan rangka kerja rujukan silang dua hala (mutual cross-referral network), yang membolehkan atlet dan kakitangan ISN mendapat manfaat daripada gabungan kepakaran serta fasiliti daripada kedua-dua institusi. Pendekatan bersepadu ini bertujuan menyediakan sokongan yang lebih menyeluruh dan merangkumi perubatan sukan, pemulihan, pembedahan serta kepakaran perubatan lain yang berkaitan.

Melalui kerjasama ini, SMCV dan ISN menegaskan komitmen mereka dalam membina ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih kukuh bagi atlet dan profesional sukan negara, bukan sahaja dari aspek rawatan dan pemulihan, malah turut memastikan tahap kesihatan optimum, ketahanan fizikal serta prestasi sukan yang berterusan untuk jangka panjang.

Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau e-mel [email protected]. Untuk maklumat lanjut atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sunway Medical Centre Velocity, layari www.sunwaymedicalvelocity.com.my (Facebook: Sunway Medical Centre Velocity).