Trade Futures Secara Olok-Olok & Menangi Hadiah Berjumlah RM87 Ribu

Tahukah anda selain berdagang saham di Bursa Malaysia, anda juga boleh berdagang instrumen lain? Selain daripada saham, instrumen yang dimaksudkan adalah Futures atau kontrak niaga pasaran hadapan. Bursa Malaysia Derivatives Berhad yang merupakan anak syarikat Bursa Malaysia Berhad menyediakan, mengendalikan serta menyelenggara Futures sebagai pilihan instrumen untuk berdagang kepada para pelabur Malaysia dan antarabangsa.

Pengenalan Kepada Derivatif

Menurut Bursa Malaysia Berhad, definisi derivatif adalah:

“Derivatif ialah instrumen kewangan yang digunakan untuk mengurus pendedahan seseorang itu kepada kemeruapan pasaran pada masa ini. Nilai produk derivatif bergantung kepada dan diperoleh daripada instrumen pendasar, seperti komoditi, kadar faedah, indeks dan saham.”

Dalam kata mudah, ia merupakan kontrak kewangan dengan nilai yang dikaitkan dengan pergerakan harga hadapan yang dijangka dengan aset asas dikaitkan.

Kebiasaannya ia digunakan sebagai alat untuk:

  • Melindung nilai
  • Membuat spekulasi 
  • Arbitraj

Kenali Contoh Kontrak Derivatif Patuh Syariah di Bursa Malaysia

Crude Palm Oil Futures (FCPO)

Antara kesemua produk Futures, FCPO adalah yang paling terkenal. FCPO adalah produk Futures yang patuh syariah dengan disandarkan kepada pasaran fizikal kelapa sawit dunia.

Baca: Ketahui 3 Perkara Asas Dalam FCPO

FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia. Satu pergerakan minimum harga (satu tick) bagi FCPO adalah RM1 di Futures yang membawa nilai sebenar RM25.00.

Baca: Cara Jana Wang Dengan Pasaran FCPO

Dalam pasaran Futures Malaysia kita juga ada beberapa produk lain yang boleh didagangkan. Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memutuskan bahawa kontrak yang ditawarkan di Bursa Malaysia Derivatif seperti niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO), niaga hadapan minyak sawit mentah Malaysia Timur (FEPO), niaga hadapan minyak isirung sawit mentah (FPKO) adalah selaras dengan prinsip-prinsip Syariah.

Trade Futures Secara Olok-Olok

Adakah anda seorang yang mahir dan suka trade menggunakan teknikal analisis? Kami nak ajak anda sertai satu cabaran yang dinamakan sebagai Derivatives Virtual Trading Challenge yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Anda hanya perlu berdagang secara olok-olok dan gunakan wang alam maya, oleh itu tiada yuran dikenakan serta tiada modal diperlukan.

Sambil mengasah kemahiran teknikal anda, anda juga berpeluang untuk memenangi cabaran tersebut. Siapa tahu anda berpeluang menjadi salah seorang pemenang. Hadiah tersebut pula nanti boleh digunakan semula sebagai modal untuk berdagang dalam Futures yang sebenar.

Derivatives Virtual Trading Challenge (DVTC) 2024 

Pernah dengar tentang Derivatives Virtual Trading Challenge? Pertandingan ini merupakan kempen tahunan Bursa Malaysia bagi meningkatkan kesedaran terhadap derivatif di kalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu.

  1. Dibuka untuk pendaftaran dari 27 Mei 2024 sehingga 25 Julai 2024
  2. DVTC berlangsung selama sebulan dari 1 Ogos hingga 30 Ogos 2024
  3. Dibuka kepada individu 18 tahun ke atas. Tertakluk kepada Terma & Syarat
  4. Produk yang bakal didagangkan adalah FCPO, FCNH, FGLD, FKLI, F4GM dan FSOY
  5. Semua peserta akan bermula dengan duit alam maya sebanyak RM100,000
  6. Pemenang akan dipilih dari 20 peserta dengan baki paling tinggi pada penghujung cabaran

Jika pada tahun lepas nilai keseluruhan hadiah adalah berjumlah RM40,000, pada tahun ini jumlah keseluruhan hadiah dinaikkan sekali ganda kepada RM87,000. 

Pemenang DVTC 2023

Tengok senarai penuh pemenang tahun lepas di sini

Tambah Ilmu Dengan Hadir Webinar Pengenalan

Jangan risau, anda tidak akan dibiarkan tanpa panduan begitu sahaja. Terdapat dua lagi webinar yang disediakan bagi sesiapa yang ingin menyertai DVTC untuk mempersiapkan diri anda.

Tarikh Tutup Pendaftaran 25 Julai 2024

Jom ramai-ramai kita sertai Webinar Pengenalan di atas dan sertai Derivatives Virtual Trading Challenge 2024 untuk memenangi hadiah yang berjumlah RM87,000.

Daftar sekarang! Klik Daftar Derivatives Virtual Trading Challenge 2024

Siapa tahu, mungkin ada rezeki anda tahun ini!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.