Jangan sering memberi alasan lagi sekiranya anda belum membuat duit dari pasaran saham. Jika belum terlibat dalam secondary market (beli di pasaran terbuka), jangan lupa IPO kan ada.
Initial Public Offering (IPO) memberi anda peluang untuk memohon pegangan saham dalam sesebuah syarikat sebelum ianya disenaraikan. Jangan risau juga kerana setiap syarikat yang pergi IPO wajib menyediakan prospektus bagi bacaan kepada semua orang.
Maklumat-maklumat yang diperlukan ada di dalam prospektus untuk anda membuat kajian. Jika syarikat tersebut bersesuaian dengan risiko pelaburan dan perancangan pelaburan anda, maka anda boleh memohon IPO tersebut.
Mari lihat beberapa info menarik berkaitan IPO di Malaysia setakat 6 bulan pertama 2024.
IPO 2024 (6 Bulan Pertama 2024)
Setakat separuh tahun pertama 2024, sebanyak 21 syarikat baru telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Ia telah mencapai 50% sasaran 42 IPO oleh pihak Bursa Malaysia pada tahun ini.
Sumber: The Edge
Top 10 IPO di Asia Tenggara bagi Separuh Tahun Pertama 2024
Gambar rajah di bawah menunjukkan 10 IPO terbesar di Asia Tenggara bagi separuh tahun pertama tahun 2024.
Antara negara yang berjaya berada dalam senarai tersebut adalah syarikat dari Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Sumber: Deloitte
4 IPO dari Malaysia berjaya menembusi senarai Top 10 tersebut. Ini memberi petanda bahawa semakin banyak syarikat semakin terbuka untuk menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia. Selain itu, ia juga memberikan petanda positif yang pasaran saham Bursa Malaysia berjaya menjadi platform bagi syarikat yang ingin mengumpul dana.
IPO tersebut adalah:
Alpha IVF Group Berhad*
Prolintas Infra Business Trust
Feytech Holdings Berhad
Keyfield International Berhad
Melalui 21 IPO di Malaysia, kesemua IPO ini telah berjaya mengumpul sebanyak USD450 juta. Ia juga menjadikan Malaysia sebagai negara di Asia Tenggara yang berjaya mengumpul dana paling tinggi.
Sekarang mari lihat pula bagaimana prestasi IPO setakat Jun 2024. Data di bawah merupakan data yang diambil pada penghujung Jun 2024.
Prestasi IPO setakat Jun 2024
Setakat 28 Jun 2024, daripada 21 IPO yang telah berjaya disenaraikan sebanyak 16 IPO (15 patuh syariah) telah berjaya ditutup lebih tinggi dari harga IPO.
Kawan Energy ($KENERGY) mendahului senarai tersebut dengan kenaikan sebanyak 213.3%. Harga IPO KENERGY adalah RM0.30. Pada 28 Jun 2024, harganya ditutup pada RM0.94.
Master Tec ($MTEC) berada di tempat kedua dengan kenaikan sebanyak 200%. Siapa sangka IPO yang berharga RM0.39 ini berjaya naik sebanyak 200% kerana pada hari pertama disenaraikan MTEC jatuh sebanyak 3 sen sehingga RM0.36.
Farm Price ($FPHB) pula berada di tempat ketiga dengan kenaikan sebanyak 170.8%.
4 IPO Berada Di Bawah Harga IPO
Sebanyak 3 IPO patuh syariah yang didagangkan lebih rendah dari harga IPO iaitu Prolintas, MKH Oil Palm dan AGX Group Berhad. 1 lagi IPO tidak patuh syariah iaitu Alpha IVF turut didagangkan lebih rendah.
Fakta menarik mengenai 4 IPO ini ialah kesemua IPO ini merekodkan kadar terlebih langganan (oversubscribed) pada 1 digit sahaja. Fakta menarik yang seterusnya ialah trend yang sama dapat dilihat pada tahun 2023 apabila 5 dari 9 IPO yang merekodkan pulangan negatif sejak disenaraikan juga mempunyai kadar terlebih langganan pada 1 digit.
Mungkinkah kadar terlebih langganan juga memberikan maklumat yang penting mengenai minat pelabur terhadap sesebuah IPO tersebut.
IPO 2024 (Setakat Ogos 2024)
Sumber: Bursa Malaysia
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
Kita tak perlu melekat di screen
Kita boleh bekerja seperti biasa
Kurang risiko untuk rugi
Set siap-siap bila nak jual saham tu
Kurang stress
Insya-Allah berbaloi…… Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.
Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.
Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.
Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.
Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu
Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).
Siapakah Securities Commission (SC)?
Sumber gambar: The Malaysian Reserve
Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:
Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
Meluluskan terbitan bon;
Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.
Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.
Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.
Ada Syarat Nak Jadi Remisier?
Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.
Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.
Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.
Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:
Modul 6 dan Modul 7
Modul 6 dan Modul 18
Modul 7 dan Modul 17
Modul 17 dan Modul 18
Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.
Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus
Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?
Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)
Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.
Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula
Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.
Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.
Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.
Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.
Yuran Peperiksaan
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.
Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.
Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja
Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.
Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!
Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier
1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?
Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?
Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.
3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?
Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.
4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?
Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.
5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?
Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.