Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Oktober 2024

Bulan Oktober 2024 agak sepi daripada berita dan sentimen yang mampu melonjakkan pasaran saham tempatan. Malah Belanjawan 2025 juga dilihat kurang memberi impak terhadap pasaran saham. 

Kurangnya volume dalam pasaran menyebabkan saham-saham lebih cenderung untuk susut berbanding membuat kenaikan.

Top 10 saham patuh syariah paling rugi Oktober 2024

Kebanyakan saham yang berada dalam senarai ini merupakan saham penny.

Sebelum itu, baca juga: Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

1. Pertama Digital Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pertama Digital merupakan saham patuh syariah dengan kejatuhan terbesar pada bulan Oktober 2024. Pertama telah mengalami kejatuhan sebanyak 87.81%.

Pertama Digital mengalami Limit Down dua hari berturut-turut namun daripada berita yang diterbitkan, Pertama Digital tak tahu punca harga saham jatuh mendadak.

Sumber: TradingView

Terdapat beberapa punca yang dilihat menjadi kejatuhan ini antaranya seperti penggantungan e-jamin, perletakan jawatan orang penting dalam syarikat serta Pertama berdepan dengan status sebagai penerbit terjejas sejak Ogos 2022. 

2. Omesti Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Omesti Berhad pula di tempat kedua dengan kejatuhan sebanyak RM0.06 atau 41.38%. Omesti merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan servis pengurusan terutamanya dalam teknologi maklumat.

3. Haily Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Haily Group Berhad dibuka pada harga RM0.380 pada 1 Oktober 2024 dan ditutup pada RM0.235 pada 30 Oktober 2024. Saham Haily telah mula merosot sejak bulan September lagi dan terus susut sepanjang Oktober.

Haily catat penurunan sebanyak 38.16% untuk Oktober 2024.

4. Maxland Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Maxland Berhad disenaraikan di papan Utama (Main Market) tetapi prestasinya yang kurang baik selama beberapa tahun telah menyebabkannya menjadi penny stock. 

Maxland dibuka pada RM0.080 di awal bulan dan ditutup pada RM0.050 di penghujung Oktober 2024. Ia telah susut sebanyak 37.50%.

5. AE Multi Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima saham paling rugi, AE Multi Holdings susut sebanyak RM0.04 atau 34.78% sepanjang Oktober 2024. Saham ini dilihat mula membuat penurunan sejak pertengahan tahun ini.

6. Ageson Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Satu lagi saham penny iaitu Ageson Berhad telah susut sebanyak RM0.03, namun kejatuhan sedikit tersebut telah memberi impak besar terhadap Ageson kerana harganya yang murah.

Ageson bermula pada harga RM0.100 di awal bulan dan ditutup pada RM0.070 di hujung bulan. Ageson susut 30% pada Oktober 2024.

7. Jentayu Sustainables Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Jentayu Sustainable pula mengalami kejatuhan sebanyak 29.66%. Saham ini dibuka pada harga RM0.590 dan ditutup pada RM0.415 pada penghujung bulan.

8. HLT Global Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

HLT Global susut sebanyak RM0.04 atau 29.63% sepanjang Oktober 2024. Harga saham HLT sudah mula susut teruk semenjak pandemik berakhir dan harganya kini adalah lebih rendah daripada harga sebelum mulanya kenaikan ketika pandemik.

9. Toyo Ventures Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Toyo Ventures kehilangan RM0.20 dalam tempoh sebulan lalu menyebabkannya susut 27.03%

10. Reneuco Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kesepuluh senarai ini ialah Reneuco Berhad. Ia hanya susut RM0.02 tetapi susut sebanyak 26.67%. Harga penutup Reneuco Berhad adalah RM0.055. 

Previous ArticleNext Article

Vincent Tan Tingkat Pegangan Dalam Berjaya Corp, Beli 59.97 Juta Saham Berharga RM14.05 Juta

KUALA LUMPUR: Tan Sri Vincent Tan meningkatkan pegangan saham langsungnya dalam Berjaya Corp Bhd dengan membeli sejumlah 59.97 juta saham.

Urus niaga itu dibuat hanya beberapa minggu selepas beliau tidak lagi diklasifikasikan sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu.

Hartawan itu membeli saham berkenaan, yang bersamaan pegangan 1.02 peratus dalam Berjaya Corp, daripada Berjaya Assets Bhd pada harga RM14.05 juta, menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Saham berkenaan sebelum ini dipegang oleh Berjaya Bright Sdn Bhd dan Berjaya Times Square Sdn Bhd, yang kedua-duanya merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Assets.

Transaksi itu dibuat tidak lama selepas Vincent Tan membeli 60 juta lagi saham Berjaya Corp, bersamaan pegangan 1.01 peratus, menerusi urus niaga perniagaan langsung pada 8 Jun lalu dengan nilai RM14.1 juta atau 23.5 sen sesaham.

Pembelian terbaharu itu menyusuli siri pelupusan saham yang dilakukan Vincent Tan kurang daripada sebulan lalu.

Pada penghujung Mei, beliau menjual keseluruhan 461.65 juta saham Berjaya Corp menerusi tujuh transaksi berasingan yang melibatkan pegangan langsung dan pegangan tidak langsung, dengan nilai kira-kira RM115 juta.

Susulan pembelian terkini itu, pegangan langsung Vincent Tan dalam Berjaya Corp Bhd meningkat kepada 6.13 peratus, manakala pegangan tidak langsungnya kini berada pada 10.96 peratus.

— Berita Harian