Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Kemas Kini November 2024)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 29 November 2024. Aktiviti ini pada kebiasaannya akan dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Ada beberapa nama-nama besar yang kini dah tak patuh syariah.

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah

Jom kita tengok syarikat-syarikat yang baru masuk dalam senarai saham patuh syariah pada bulan November 2024.

Ada sebanyak 36 syarikat kini dah patuh syariah, termasuklah beberapa IPO yang baru seperti Crest Group, Northeast Group dan Solar District Cooling Group.

Antara nama-nama popular yang kini masuk ke dalam senarai saham patuh syariah pada bulan November 2024 adalah seperti Ann Joo Resources dan Opensys.

Berikut pula merupakan saham-saham yang terkeluar daripada senarai patuh syariah yang terkini. Contohnya APB Resources & Nylex (M) Bhd.

817 Atau 79% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah, Menurun Sedikit Daripada Mei 2024 Lalu

PENTING! Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Baca dulu: Tutorial Buka Akaun Online Dengan Webull, Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Sumber rujukan: Suruhanjaya Sekuriti

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!


Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).