KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berhasrat mengeluarkan 500 unit kenderaan elektrik (EV) sebulan yang dikenali sebagai eMO-II bermula tahun depan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
“Kami akan membuat pengumuman lanjut mengenai sistem pengecasannya kerana kami merancang untuk memiliki stesen pengecas EV setiap 40 hingga 50 kilometer, sama ada pengecas tetap atau pengecas mudah alih yang masih dalam kajian.
“Kami juga sedang melihat nilai penjualan semula, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kami ingin mengekalkan nilai kenderaan terpakai,” katanya selepas memperkenalkan prototaip eMO-II EV di Pertunjukan Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata Perodua berhasrat menghasilkan EV termurah di Malaysia memandangkan julat harga model baharu itu yang rendah tetapi kompetitif.
“Berdasarkan kajian kami, pada suku pertama 2025, syarikat EV lain yang kini menjual EV tidak akan dapat menjual pada harga yang lebih rendah (daripada kami) kerana ia mungkin menjejaskan perkara lain. Jadi bagi kami, kami masih berharap untuk menjual EV termurah di sekitar (Malaysia),” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata ia akan membantu Perodua menghasilkan EV pertama Malaysia yang dijual di bawah RM100,000.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kementeriannya optimis Perodua akan mencapai sasaran untuk menghasilkan EV tersebut menjelang akhir 2025.
Projek EV Perodua dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan pembuat kereta itu pada 2023.
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata prototaip eMO-II telah dipertingkatkan berbanding model sebelumnya iaitu dari segi reka bentuk dan ciri-ciri serta lebih terperinci seperti yang dirancang syarikat untuk masa depan EV.
“Sila ingat bahawa ini masih lagi model prototaip dan terdapat banyak lagi ciri-ciri serta penambahbaikan yang akan kami tambah pada produk siap kami, yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat,” katanya.
Ada orang menggunakan kereta setiap hari untuk pergi bekerja. Ada pula yang hanya menghidupkan enjin pada hujung minggu. Malah, sesetengah keluarga mempunyai dua buah kereta tetapi hanya menggunakan satu sebagai kenderaan utama.
Persoalannya, adilkah semua pemilik kereta membayar premium insurans kereta berdasarkan kaedah yang sama sedangkan tahap penggunaan mereka berbeza?
Pernah dengar tentang insurans kereta ikut jarak pandu (perbatuan)? Ideanya mudah. Kalau anda pandu sikit, anda patut bayar sikit. Pemandu yang guna kereta tiga kali seminggu tak sepatutnya bayar premium insurans sama dengan pemandu yang setiap hari berulang-alik dari Kajang ke Kuala Lumpur.
Konsep ini nampak menarik, terutamanya kepada pemilik kereta yang bekerja dari rumah, sudah bersara atau mempunyai kenderaan kedua yang jarang digunakan.
Bunyinya macam untung. Tetapi ada satu syarat dalam polisi jenis ini yang boleh menukar keuntungan itu jadi kerugian besar.
Berapa Banyak Anda Boleh Jimat untuk Insurans Kereta?
Pacific & Orient antara yang paling lama menawarkan produk ini di Malaysia menerusi PrOmilej.
Berdasarkan maklumat produk PrOmilej yang diberikan, terdapat tiga kategori penjimatan berdasarkan jarak perjalanan tahunan.
Pelan
Had perbatuan tahunan
Penjimatan premium asas
Pelan 1
Kurang daripada 5,000 km
40%
Pelan 2
Kurang daripada 10,000 km
20%
Pelan 3
Kurang daripada 15,000 km
10%
Peratusan itu dikira atas premium asas, bukan jumlah akhir yang keluar dari poket anda. Cukai perkhidmatan 8% dan duti setem RM10 tetap ditambah selepas diskaun.
Untuk melihat kesannya, katakan premium asas insurans kereta anda ialah RM1,200 setahun.
Perkara
Pelan 1
Pelan 2
Pelan 3
Premium asas
RM1,200
RM1,200
RM1,200
Kadar penjimatan
40%
20%
10%
Penjimatan
RM480
RM240
RM120
Baki premium asas
RM720
RM960
RM1,080
Macam Mana Nak Kira Sama Ada Insurans Kereta Ikut Jarak Pandu Ini Berbaloi?
Ambil contoh premium asas RM1,200 setahun.
Pelan 1 memberi penjimatan RM480. Bunyinya sedap. Tetapi had 5,000km setahun bermakna kira-kira 96km seminggu, atau lebih kurang 14km sehari sahaja.
Untuk pemandu yang berulang-alik 30km pergi balik setiap hari bekerja, jumlah setahun sudah mencecah 7,800km sebelum dikira balik kampung dan cuti sekolah. Plan 1 terus tersingkir. Yang tinggal Pelan 3, dengan penjimatan RM120.
RM120 setahun masih duit. Tetapi ia bukan angka yang dilaung-laungkan dalam iklan.
Allianz pula menawarkan EV EcoMiles khusus untuk kereta elektrik, dengan pulangan tunai sehingga 15% daripada premium asas bersih berdasarkan purata perbatuan tahunan. Beberapa syarikat insurans lain turut mempunyai skim perbatuan rendah masing-masing, tetapi terma dan cara pengiraan berbeza antara satu sama lain.
Penjimatan Milej Insurans Kereta: Syarat yang Perlu Anda Tahu
Bahagian ini penting untuk anda faham sebelum memilih pelan PrOmilej.
Katakan anda memilih Pelan 1 dengan had perjalanan 5,000 km setahun, tetapi penggunaan sebenar melebihi had tersebut.
Jika anda mencapai had perbatuan sebelum tempoh polisi tamat, anda akan diberikan tambahan 500 km sebagai ihsan. Anda juga boleh membeli top-up perbatuan sehingga dua kali.
Namun, jika anda melebihi had perbatuan termasuk tambahan 500 km tersebut tanpa membuat top-up, kereta anda tidak lagi dilindungi untuk kehilangan atau kerosakan sendiri. Selepas itu, hanya perlindungan pihak ketiga yang kekal, bersama manfaat tambahan sedia ada dalam polisi.
Contohnya, anda berjimat RM480 dengan memilih pelan ini. Tetapi pada bulan ke-11, anda terlepas pandang bacaan odometer dan telah melebihi had perbatuan. Tidak lama kemudian, kereta anda terlibat dalam kemalangan. Dalam situasi ini, walaupun anda berjaya menjimatkan RM480, kos membaiki kereta sendiri perlu ditanggung sepenuhnya kerana perlindungan own damage tidak lagi terpakai.
Di sinilah penjimatan itu boleh bertukar menjadi kerugian.
Siapa Yang Sesuai Menggunakan Insurans Ikut Jarak Pandu?
Jadual berikut boleh dijadikan panduan awal:
Kategori pengguna
Potensi kesesuaian
Bekerja dari rumah
Tinggi
Pekerja hibrid
Sederhana hingga tinggi
Pesara
Berpotensi tinggi
Pemilik kereta kedua
Berpotensi tinggi
Pekerja pejabat yang memandu setiap hari
Bergantung pada jarak perjalanan
Pemandu e-hailing atau penghantaran
Perlu dinilai dengan teliti
Individu yang kerap pulang ke kampung
Bergantung pada penggunaan
Kerajaan Pun Sedang Mengkaji Model Insurans dan Takaful Dinamik
Konsep insurans berdasarkan perbatuan kini turut mendapat perhatian kerajaan.
Pada 28 Oktober 2026, Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji model insurans dan takaful dinamik yang menetapkan harga perlindungan berdasarkan jarak perjalanan dan profil risiko pemandu.
Kajian ini memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos perlindungan untuk pemandu e-hailing.
Namun, model ini masih dalam peringkat kajian dan belum dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa insurans berdasarkan penggunaan kenderaan semakin mendapat perhatian di Malaysia.
Jadi, Untung Atau Rugi? Patutkah Anda Bertukar Kepada Insurans Ikut Jarak Pandu?
Jawapannya jika anda bekerja dari rumah (Work From Home), mengamalkan sistem kerja hibrid atau hanya menggunakan kereta pada hujung minggu, pelan insurans seperti ini mungkin berbaloi dan memberikan penjimatan.
Sebaliknya, pelan insurans ini mungkin kurang sesuai atau rugi untuk mereka yang berulang-alik ke pejabat setiap hari, setiap minggu pulang ke kampung atau menggunakan kereta untuk aktiviti e-hailing. Lebih-lebih lagi jika anda tidak biasa memantau bacaan odometer.
Sabar, sebelum membuat keputusan untuk bertukar, ada satu langkah mudah yang boleh anda lakukan. Ambil gambar bacaan odometer kereta hari ini dan simpan. Kemudian, ambil gambar sekali lagi apabila tiba tarikh pembaharuan insurans tahun hadapan.
Lepas anda tahu angka sebenar, barulah bandingkan harga. Perbezaan premium untuk kereta yang sama boleh mencecah ratusan ringgit antara syarikat. Platform seperti BJAK menyenaraikan 16 syarikat insurans dan takaful serentak, jadi anda boleh banding insurans kereta sendiri sebelum buat keputusan. Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu bersusah payah menyemak setiap laman web penyedia insuran/takaful secara berasingan.
Apa pun pilihan anda nanti, jangan biarkan tawaran penjimatan mempengaruhi keputusan sehingga mengabaikan perkara yang paling penting: perlindungan yang sesuai dengan corak penggunaan dan kemampuan kewangan anda.
Nota: Bagi pembaca Muslim, pilihan perlindungan takaful wajar diberi perhatian. Insurans konvensional dan takaful mempunyai struktur kontrak yang berbeza. Jika anda sedang mencari perlindungan kereta, jangan hanya membandingkan harga insurans konvensional. Semak juga pilihan pengendali takaful, manfaat perlindungan, pengecualian dan terma yang ditawarkan.