Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Februari 2025

Dalam dunia pelaburan, bukan semua saham akan mencatat keuntungan—ada juga yang mengalami penurunan nilai yang ketara. Bagi pelabur yang mengikuti prinsip pelaburan patuh syariah, memahami saham yang mengalami kerugian boleh memberikan gambaran jelas tentang trend pasaran dan risiko yang perlu diambil kira.

Sepanjang Februari 2025, beberapa saham patuh syariah mencatat prestasi kurang memberangsangkan, mengalami penurunan nilai yang ketara. Artikel ini akan menyenaraikan 10 saham patuh syariah yang paling rugi dalam tempoh tersebut serta faktor-faktor yang menyumbang kepada kejatuhan harga mereka. Dengan maklumat ini, pelabur boleh membuat keputusan yang lebih bijak dan strategik untuk masa hadapan.

Berikut adalah senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Februari 2025.

  1. Kamdar Group Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Raya belum lagi tiba, namun saham syarikat Kamdar telah merudum dengan banyak pada bulan lepas. Harganya susut sebanyak RM0.29 daripada RM0.475 dan ditutup pada RM0.185. Dalam tempoh sebulan Kamdar susut 61.05%.

Kejatuhan ini dilihat lebih kepada sesi pengambilan untung daripada kenaikan banyak yang telah dibuat oleh Kamdar pada bulan sebelumnya. Di samping itu, Kamdar telah merekodkan kerugian bersih untuk 7 suku berturut-turut.

  1. SFP Tech Holdings Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

SFP Tech Holdings Berhad pula rugi 55.22% dalam sebulan.  SFP Tech, yang mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada Jun 2022, pakar dalam menyediakan perkhidmatan automasi kilang dan pemasangan bagi industri semikonduktor, solar, dan elektronik.

Baru-baru ini pada 25 Februari, SFP Tech mencatatkan kerugian suku tahunan pertama sejak disenaraikan. Pada suku keempat tahun 2024, SFP Tech mengalami kerugian sebanyak RM21.3 juta. 

  1. YBS International Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

YBS International Berhad, syarikat yang terlibat dalam pengilangan komponen elektronik dan kejuruteraan ketepatan, mengalami penurunan 45.22%. Kejatuhan ini boleh dikaitkan dengan kelembapan dalam industri elektronik akibat permintaan yang lebih rendah.

  1. Pertama Digital Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Pertama Digital Berhad, syarikat yang menawarkan penyelesaian digital untuk sektor kerajaan dan korporat, mengalami penurunan ketara sebanyak 37.50%. Faktor utama yang boleh mempengaruhi prestasi sahamnya termasuk kelembapan pelaksanaan projek digital kerajaan.

  1. D&O Green Technologies Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

D&O Green Technologies, yang terkenal dalam industri LED dan teknologi hijau, mengalami penurunan sebanyak 34.29%. Sektor teknologi hijau sering terdedah kepada turun naik pasaran global, yang boleh memberi kesan kepada pelaburannya.

  1. Hartalega Holdings Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Hartalega, pengeluar sarung tangan getah, mengalami kejatuhan sebanyak 32.43%. Selepas ledakan permintaan semasa pandemik COVID-19, syarikat dalam sektor ini kini berhadapan dengan penurunan permintaan dan kelebihan bekalan.

  1. Oppstar Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Oppstar Berhad, syarikat yang terlibat dalam reka bentuk cip semikonduktor, mengalami penurunan 32.39%. Industri cip berdepan dengan cabaran ekonomi global, menyebabkan tekanan ke atas saham syarikat seperti Oppstar.

  1. Golden Pharos Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Golden Pharos, syarikat yang terlibat dalam perladangan dan pembalakan, mencatatkan penurunan 30.65%. Faktor penyumbang adalah harga komoditi yang tidak stabil dan kawalan ketat terhadap pembalakan.

  1. DRB-Hicom Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

DRB-Hicom, konglomerat dengan kepentingan dalam automotif, hartanah, dan perkhidmatan kewangan, mengalami kejatuhan 30.30%. Sektor automotif dan hartanah menghadapi cabaran ekonomi yang menjejaskan keuntungan syarikat.

DRB-Hicom telah mengalami kerugian untuk tiga suku berturut-turut. Suku terakhir menyaksikan DRB-Hicom mengalami kerugian sebanyak RM46.6 juta.

  1. Pharmaniaga Berhad

Sumber: Bursa Market Place

Pharmaniaga di tempat ke-sepuluh dengan kejatuhan sebanyak 29.69%.  Pharmaniaga mula jatuh berturut-turut sejak awal bulan. 

Pharmaniaga Berhad telah kembali mencatat keuntungan dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, dengan keuntungan bersih sebanyak RM131.8 juta. Walaubagaimanapun, saham Pharmaniaga Berhad tidak menunjukkan pelabur tertarik dengan berita tersebut.

Penutup

Bagi pelabur yang ingin memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risiko, adalah penting untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa, melakukan analisis yang teliti, dan mengamalkan strategi pelaburan yang bijak. Ingat, dalam dunia pelaburan, ada masa untung dan ada masa rugi—tetapi dengan ilmu dan perancangan yang betul, pelaburan anda boleh menjadi lebih berdaya tahan dalam jangka panjang.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan panduan dalam perjalanan pelaburan anda.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.