KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan My Digital ID Sdn Bhd (MyDigital ID) bagi mendapatkan akses pengesahan pengguna seiring usaha syarikat kenderaan kompak itu ke arah transaksi tanpa tunai.
MyDigital ID merupakan inisiatif Identiti Digital Nasional yang selamat dan dipercayai selain dibangunkan untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan akses yang selamat serta lancar bagi perkhidmatan digital kerajaan dan swasta.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata proses pengesahan yang dijalankan merupakan titik permulaan yang selamat bagi memastikan semua pengguna dilindungi oleh pakar keselamatan siber di negara ini.
“Kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya bagi industri automotif di negara ini dan memandangkan MyDigital ID bertindak sebagai pengawal akses atau ‘gatekeeper’ bagi pengesahan transaksi di negara ini.
“Ia membolehkan kami mempelbagaikan lagi perkhidmatan kepada para pelanggan kami khususnya serta kepada semua rakyat Malaysia secara amnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata syarikat juga menyokong seruan kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai di samping memanfaatkan ciri keselamatan siber kukuh yang disediakan oleh MyDigital ID.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MyDigital ID, Mohd Azuddin Parman berkata kerjasama strategik dengan Perodua menunjukkan kepentingan peranan identiti digital bagi memacu pembaharuan digital di dalam industri automotif.
“Kuncinya iaitu memastikan pengesahan identiti digital yang dipercayai di samping menjadikan interaksi digital lebih selamat dan mudah. Ia memperkasakan industri seperti automotif untuk menawarkan pengalaman selamat dan mesra pengguna kepada setiap pelanggan,” katanya.
Saranan BELI dikekalkan, dan harga sasar (TP) sama yang bernilai MYR0.50 menawarkan potensi kenaikan harga saham 31% dengan kadar hasil dividen kirakira 1% untuk FY26F
Prestasi JHM Consolidation yang mencatat pemulihan pada 1Q26 dilihat menepati jangkaan apabila didorong oleh hasil syarikat yang hampir mencecah paras rekod tertinggi (+56% YoY) dan ekonomi skala lebih besar, walaupun trend FX kurang menguntungkan. Kumpulan ini berkedudukan baik untuk mencapai pertumbuhan berterusan, dibantu oleh rentak pertumbuhan kukuh dalam perniagaan lampu automotif dan pemulihan kitaran yang teguh untuk bahagian kepingan logam yang berteraskan semikonduktor
Menepati jangkaan
Keputusan 1Q26 mencatatkan perubahan yang ketara berbanding sebelum ini yang terkesan oleh kekangan-kekangan lalu. Hasil dilihat melambung naik 56% YoY kepada MYR100.8j yang bermakna EBITDA mencecah MYR8.5j (+3.5x) dan PATAMI teras bernilai MYR2.3j (1Q25: kerugian teras sebanyak MYR 2.2j). Pemulihan ini dicapai menerusi keumpilan operasi yang kukuh setelah beberapa projek automotif yang ditangguhkan mula membuat pengeluaran besar-besaran.
Pada masa yang sama, ia mencatat jumlah jualan yang meningkat dalam segmen perindustrian walaupun kos input lebih mahal dan kekangan FX, dengan kerugian FX nyata berjumlah MYR1.3j. PATAMI teras berkembang secara berturutan sebanyak 59.7% walaupun hasil menurun sedikit sebanyak 4.2% QoQ, khususnya kerana suku sebelum ini (4Q25) terjejas teruk oleh penyelarasan FX yang negatif dan penilaian semula barangan siap yang dijual dalam USD.
Kembali mencatat rentak pertumbuhan yang positif pada FY26
Melihat ke FY26 dan FY27, JHMC berada kukuh dalam trend pertumbuhan. Perancangan pesanan akan diperkuat oleh pelancaran berterusan projek-projek automotif yang ditangguhkan sebelum ini. Pertumbuhan syarikat sepatutnya semakin menguat menerusi bermulanya pemasangan lampu penuh untuk sebuah model baharu Proton bawah JV JHM Dekai Auto Lighting dan perancangan baharu untuk sistemsistem maklumat hibur Navigasi Video Audio. Dari segi perindustrian pula, sektorsektor peralatan ujian automatik dan peralatan kini mengalami fasa kenaikan capex.
Perkembangan ini secara langsungnya memberikan manfaat kepada bahagian kepingan logam milik JHMC, Mace Instrumentation, yang sekarang menyumbang 20% pendapatan kumpulan. Margin diunjurkan berkembang dengan lebih kukuh apabila pihak pengurusan terus mengoptimumkan unit penghentakan yang tidak menguntungkan dan memaksimumkan operasi unit perkhidmatan pembuatan ketika usaha-usaha pemindahan berkaitan dengan Strategi Plus One China berlangsung.
Kami mengekalkan ramalan perolehan dan TP MYR0.50
Yang dibuat berdasarkan P/E FY26F sama sebanyak 18x (+0.5SD melebihi purata lima tahunnya). Penilaian ini termasuklah premium/diskaun ESG 0%, yang menyamai markah ESG syarikat sebanyak 3.0 yang berada pada paras median negara. Risiko negatif utama termasuk permintaan lebih lemah, kenaikan kos, penangguhan pengeluaran, dan kelemahan mata wang USD.
Pelepasan Gas Rumah Hijau Dan ESG
Pada FY24, JHMC melaporkan pelepasan Skop 2 sebanyak 7,962.39 tCO2e berbanding 8,022.95 tCO2e pada FY23. Penurunan ini berpunca daripada kadar penggunaan kapasiti yang lebih rendah dalam seluruh operasi syarikat.
Perkembangan Terkini Berkaitan ESG
JHMC menjejaki sisa buangan dan bahan sekerap untuk setiap tan barangan yang dihasilkan, dan Rajah ini memaparkan trend penurunan sejak FY20. Walau bagaimanapun, tahap penggunaan elektriknya sudah meningkatkan akibat usaha menaik taraf kemudahan pengeluaran dan usaha pengembangan gudangnya. Hal ini merupakan yang semula jadi kerana proses pembuatan melibatkan penggunaan mesin. dan peralatan yang dikuasakan oleh bekalan elektrik.
Kumpulan ini terus melaksanakan dan menerapkan langkah-langkah cekap tenaga seperti memasangkan suhu yang optimum untuk unit-unit penyaman udara, menggantikan mentol lampu dalaman dengan lampu LED berkualiti tinggi, dan memasangkan lampu suria di kawasan tempat letak kereta terbuka di loji-lojinya, demi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Pemacu Utama
i. Tawaran projek baharu ii. Tempahan lebih besar iii. Nilai MYR semakin lemah berbanding USD
Risiko Utama
i. Permintaan lebih lemah berbanding jangkaan ii. Kenaikan kos iii. Nilai MYR berbanding USD lebih kukuh daripada yang dijangka iv. Penangguhan pelaksanaan projek baharu
Profil Syarikat
JHM Consolidation mereka, mengilang dan memasangkan diod pemancar cahaya berkecerahan tinggi (HB LED), komponen mikro motor arus terus (DC), ODM komponen LED, pin penyambung pic, bahagian dan komponen besi kejuruteraan miniatur kepersisan dan komponen elektronik yang menggunakan teknologi atas permukaan.