ASM 2 Wawasan Isytihar Agihan Pendapatan Berjumlah RM1.18 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.18 bilion untuk Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan).


PNB berkata, pembayaran pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2025 bersamaan dengan 4.75 sen seunit.


“Pengagihan pendapatan ini memanfaatkan 983,505 pemegang unit dengan pegangan 25.5 bilion unit.
“Agihan ini merupakan jumlah pulangan sebanyak 4.75 peratus, mengatasi penanda arasnya iaitu pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada paras 2.46 peratus sebanyak 229 mata asas,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut PNB, sehingga 25 Ogos, 2025, ASM 2 Wawasan mencatatkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM1.24 bilion. Di sebalik persekitaran pasaran ekuiti domestik yang mencabar terutamanya pada
separuh pertama 2025, PNB berkata, FBM KLCI mencatatkan jumlah pulangan setahun sebanyak -3.5 peratus sehingga 26 Ogos, 2025.


ASM 2 Wawasan menunjukkan ketahanan dengan mengekalkan pengagihan kompetitif sebanyak 4.75 sen seunit, sama seperti tahun sebelumnya.


“Sebahagian besar pendapatan dana ini diperoleh daripada keuntungan direalisasi dan pendapatan dividen melalui portfolio yang pelbagai meliputi ekuiti domestik dan global,” kata PNB.
Bagi meningkatkan lagi ketahanan dan kepelbagaian portfolio, jelasnya, dana ini turut memperuntukkan sebahagian asetnya kepada pendapatan tetap, hartanah dan pelaburan ekuiti persendirian.
PNB berkata, pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Sept, 2025.


Katanya, urus niaga bagi ASM 2 Wawasan di cawangan dan ejen ASNB termasuk semua
saluran dalam talian dan perbankan internet akan digantung sementara dari 30 hingga 31 Ogos, 2025 bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan
— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840