Bursa Malaysia Securities Menegur Secara Terbuka Solar District Cooling Group Berhad

Bursa Malaysia Securities Berhad [No. Pendaftaran: 200301033577 (635998-W)] (“Bursa Malaysia Securities”) telah menegur secara terbuka Solar District Cooling Group Berhad (“SDCG”) kerana melanggar Peraturan 3.10(1) di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities (“ACE LR”), apabila penyebaran pegangan saham awam (“PSS”) SDCG hanyalah 24.75% semasa penyenaraian SDCG di Pasaran ACE pada 19 September 2024.

Menurut Peraturan 3.10(1) di bawah ACE LR, mana-mana pemohon yang ingin disenaraikan dalam Senarai Rasmi mesti mempunyai sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah keseluruhan saham yang ingin disenaraikan berada di tangan sekurang-kurangnya 200 pemegang saham awam, yang masing-masing memegang tidak kurang daripada 100 saham (“Keperluan PSS”).

Penemuan pelanggaran dan pengenaan teguran awam terhadap SDCG dibuat menurut Peraturan 16.19(1) di bawah ACE LR selepas proses sewajarnya diselesaikan, dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan kes termasuk materialiti pelanggaran, tahap pengetahuan serta tindakan syarikat.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran ini kerana Keperluan PSS adalah asas penting untuk memastikan terdapat kecairan pasaran yang mencukupi dan jumlah saham terapung (free float) yang memadai bagi memudahkan dagangan saham dijalankan secara teratur dan adil.

Walaupun Bursa Malaysia Securities tidak mendapati mana-mana pengarah SDCG menyebabkan atau membenarkan pelanggaran tersebut berlaku, Bursa Malaysia Securities telah mengingatkan SDCG dan Lembaga Pengarahnya tentang tanggungjawab mereka untuk mengekalkan piawaian tadbir urus korporat dan akauntabiliti yang sesuai kepada pemegang saham serta pelabur awam, dan memastikan pematuhan terhadap ACE LR.

Ahli Lembaga Pengarah SDCG pada masa pelanggaran berlaku adalah seperti berikut:

(1) Kong Kam Onn
(2) Liuk Ing Hong
(3) Ir. Dr. Khairul Azmy Bin Kamaluddin
(4) YM Raja Nor Azlina Binti Raja Azhar
(5) Wong Poh May
(6) Wong Keng Fai

Previous ArticleNext Article

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: