Strategi Pasaran: Rumusan Perolehan Suku Dis 2025

Perolehan 2025 Menepati Jangkaan

Syarikat-syarikat Malaysia muncul daripada musim pelaporan suku Dis 2025 dalam keadaan baik. 62.3% daripada keputusan 4Q25 dilihat menepati jangkaan dengan ramalan pertumbuhan yang bertahan
disokong oleh bayangan positif daripada pihak pengurusan dan persekitaran pertumbuhan tempatan yang teguh.

Satu sektor (perjudian) tersasar manakala tiga lagi mengatasi jangkaan (Sep 2025: tiga tersasar dan dua melangkaui jangkaan). Semakan perolehan nominal untuk liputan kajian saham RHB adalah sederhana
pada +0.1% untuk 2025, ditambah dengan potongan 0.8% untuk 2026 yang rataratanya dikaitkan dengan prestasi yang jauh tersasar oleh Petronas Chemicals (PCHEM). Tanpa mengambil kira perolehan PCHEM yang menghampakan, perolehan pasaran sepatutnya disemak +0.8% untuk 2025 dan +0.5% untuk 2026.

Prospek Masih Positif

14.6% daripada perolehan 4Q25 melangkaui jangkaan manakala 23.1% tersasar (Sep 2025: 19.4% melangkaui jangkaan dan 26.6% tersasar) dengan paras tertinggi dalam sejarah iaitu 62.3% keputusan menepati jangkaan.

Nisbah keputusan tersasar berbanding yang mengatasi anggaran agak stabil pada 1.6 daripada 1.4 pada suku lalu. Suku ini juga menonjol kerana bilangan sektor yang berprestasi melangkaui jangkaan mengatasi bilangan sektor yang tersasar pada nisbah tiga (pembinaan, penjagaan kesihatan dan hartanah)
berbanding satu (perjudian).

Seperti yang dibimbangkan, perbezaan petrokimia yang berlarutan lemah menyaksikan perolehan PCHEM menjunam dalam kerugian bersih untuk 2025, lalu menyebabkan penyelarasan negatif yang ketara sebanyak MYR583j dan MYR1.2bn untuk 2025 dan 2026. Terdapat beberapa pindaan negatif yang lebih kecil pada ramalan 2026 untuk sektor perladangan, teknologi, tenaga dan telekomunikasi yang diimbangi oleh pindaan positif dalam sektor automotif, perbankan, institusi kewangan bukan bank, hartanah dan bahan asas.

Saham Bermodal Besar FBM KLCI

Potongan untuk PCHEM menyebabkan pindaan perolehan negatif untuk FBM KLCI iaitu 0.9% untuk 2025 dan 1.5% untuk 2026. Tanpa mengira PCHEM, perolehan syarikat bermodal besar sepatutnya tiada
pindaan ketara pada 2025, dan disemak naik +0.3% untuk 2026.

Penyelarasan positif bersih datang daripada sektor perbankan, bahan asas dan automotif, namun diimbangi oleh potongan pada sektor perladangan, tenaga dan telekomunikasi.

Strategi

Prospek asas 2026 untuk ekuiti masih optimis ekoran pandangan makroekonomi dalaman yang positif, jangkaan kadar AS akan dipotong lagi, nilai USD lebih lemah, keadaan kecairan yang kukuh, usaha pertumbuhan tempatan, dan tahap kestabilan Malaysia dan tekad untuk reformasi berbanding pasaran-pasaran memuncul (EM) serantau.

Namun begitu, pergolakan yang berlaku di Timur Tengah dan risiko luaran akibat tindakan Trump masih ada – hal-hal ini menyebabkan pelabur tempatan mengguna pakai strategi dagangan aktif dengan berhati-hati,
sambil mengamalkan disiplin dalam pelaburan dan menumpu pada asas kewangan.

Kes asas pelabur adalah untuk konflik yang agak singkat, seperti yang berlaku pada tahun 2025, memandangkan rakyat AS tidak gemar akan peperangan asing yang berlarutan lama. Kumpul saham semasa harga lemah. Konflik yang berlanjutan akan memburuk menjadi pertelingkahan besar di kawasan serantau yang lebih meluas, lantas menyebabkan minyak digunakan sebagai senjata dan seterusnya memberi kesan terhadap keadaan inflasi dunia dan melanjutkan sentimen yang mengelakkan risiko.

Kekal WAJARAN TINGGI terhadap sektor perbankan, tenaga, pengguna, hartanah, penjagaan kesihatan, bahan asas, pembinaan, M-REIT, dan teknologi

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.