Tips Elak Kena Scam Untuk Pakej Umrah & Pakej Haji (TERKINI)

tips elak kena scam untuk pakej umrah
  • Kualiti Bimbingan: Pilih mutawif senior yang pakar fiqh ibadah, bukan sekadar tour guide
  • Transaksi Selamat : Deposit wajib ke akaun syarikat (SSM/MOTAC), bukan akaun peribadi ejen
  • Verifikasi Lesen : Semak status LKU (MOTAC) & PJH (Tabung Haji) secara berkala setiap tahun
  • Audit Digital : Analisis Google Review 60 hari terkini untuk nilai prestasi semasa (bukan prestasi lama)
  • Kontrak Logistik : Pastikan agensi memiliki Block Seats penerbangan & kontrak Allotment hotel (bukan ad-hoc)

Bagi pembaca Majalah Labur, anda faham nilai wang. Namun dalam industri umrah, “pelaburan” anda bukan sekadar ringgit, tapi harapan akhirat. Isu scammer umrah bukan sekadar khabar angin. Laporan Astro Awani dan Bernama secara konsisten mendedahkan modus operandi “pakej murah” yang akhirnya membawa kerugian jutaan ringgit.

“Tahukah anda, scam dan penipuan umrah telah mencapai angka kerugian RM3.6 juta setakat tahun 2024 hingga Ogos 2025.”

Kes melibatkan Emraz Travel dan El Quds Travel yang disenaraihitamkan baru-baru ini di portal bertia semasa adalah wake-up call. Ia membuktikan saiz syarikat bukan jaminan jika pengurusan aliran tunai (cash flow) mereka pincang.

Sebagai edukasi, kegagalan mereka sering berpunca daripada model perniagaan “gali lubang tutup lubang”, menggunakan duit jemaah baru untuk menampung kos jemaah lama.

elak kena tipu pakej umrah
Kredit Imej : MStar

Disebabkan itu, MOTAC telah membatalkan lesen kedua-dua agensi umrah ini pada tahun 2025 yang lalu.

Berikut adalah deep dive mengenai tips elak kena scam untuk pakej umrah agar simpanan anda tidak hangus begitu sahaja.

1. Bedah Siasat Aliran Wang: Deposit & Resit

Scammer paling suka jika anda membayar secara tunai atau pindahan ke akaun peribadi. Ini adalah “red flag” pertama.

elak kena scam pakej umrah

  • Pecahan Bayaran: Mengikut peraturan MOTAC, deposit biasanya tidak melebihi RM2,000-RM3,000 (bergantung pakej). Jika ejen mendesak bayaran penuh 6 bulan sebelum tarikh, anda patut curiga.
  • Entiti Sah: Pastikan nama akaun penerima adalah nama syarikat yang tertera dalam lesen MOTAC. Jangan sesekali terpedaya dengan alasan “akaun syarikat tengah under maintenance“. Tanpa resit rasmi syarikat, anda tiada bukti kukuh untuk membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia jika berlaku masalah.

2. Audit Prestasi Semasa (60 Hari Terakhir)

Syarikat yang hebat 5 tahun lepas, belum tentu hebat tahun ini. Masalah kewangan agensi biasanya bermula secara senyap dan menjadi barah selepas beberapa tahun.

elak kena scam pakej umrah

  • Teknik Semakan: Jangan hanya baca testimoni di website mereka (yang boleh dimanipulasi). Pergi ke Google Business Profile atau Facebook Page agensi. Lihat komen 2 bulan (60 hari) ke belakang. Jika ada desas-desus “penerbangan tunda tanpa tarikh” atau “hotel bertukar saat akhir”, itu adalah petanda awal agensi sedang mengalami masalah kecairan tunai atau kehilangan kontrak dengan syarikat penerbangan atau pembekal di Arab Saudi.

3. Kebenaran Logistik: “Block Seats” vs “Ad-Hoc”

Ini adalah rahsia industri yang ramai jemaah tak tahu. Agensi umrah yang stabil mempunyai kontrak Block Seats (tempat duduk yang sudah dibayar depositnya kepada syarikat penerbangan seperti MAS atau Saudia).

elak kena scam pakej umrah

  • Risiko Agensi Kecil: Agensi yang tiada kontrak tetap akan mencari tiket ad-hoc di pasaran terbuka. Apabila harga tiket naik mendadak (terutama musim cuti sekolah), mereka tidak mampu menampung kos tersebut dengan harga pakej yang mereka janjikan kepada anda. Kesannya? Mereka akan batalkan umrah anda secara mengejut. Pastikan agensi anda mempunyai rakan strategik penerbangan yang jelas dan tetap.

4. Kepastian Hotel: Kontrak “Allotment” Musim

Jangan terima jawapan “Hotel A atau setaraf”. Istilah “setaraf” adalah ‘red flag’ yang sering digunakan untuk menukar hotel jemaah ke lokasi yang lebih murah dan jauh.

elak kena scam pakej umrah

  • Deep Dive: Agensi yang berwibawa mempunyai kontrak Allotment (peruntukan bilik tetap) dengan rangkaian hotel seperti Safwah Orchid atau Olayan Ajyad. Tanya ejen: “Adakah hotel ini sudah confirmed dalam sistem atau baru cadangan?”. Agensi yang memegang lesen PJH (Pengelola Jemaah Haji) biasanya mempunyai hubungan lebih stabil dengan pembekal penginapan di Makkah dan Madinah.

5. Integriti Mutawif: Pakar Fiqh atau Sekadar Pemandu?

Banyak agensi “scam” dari segi pengisian ibadah. Mereka ambil pelajar di sana yang tidak terlatih sebagai mutawif untuk jimat kos. Bayangkan anda dapat ‘mutawif part time’ berbanding mutawif sebenar.

elak kena scam pakej umrah

  • Kesan Hukum: Umrah mempunyai rukun yang jika tertinggal, boleh menyebabkan ibadah tidak sah dan wajib membayar dam. Pastikan agensi anda menyediakan mutawif senior yang mampu menjawab isu-isu kompleks (contohnya: hukum haid di Tanah Suci atau niat ihram di atas pesawat). Jika agensi gagal menamakan siapa mutawif yang akan mengiringi kumpulan anda, itu adalah tanda pengurusan mereka lemah dengan masalah pengurusan manusia.

6. Verifikasi Lesen: MOTAC & Tabung Haji

Jangan malas untuk menyemak. Ini adalah benteng terakhir anda.

elak kena scam pakej umrah

  • MOTAC (Lesen LKU): Semak di portal rasmi Kementerian Pelancongan. Pastikan lesen mereka aktif dan tidak digantung.
  • Tabung Haji (Lesen PJH): Agensi yang memiliki lesen PJH adalah “krim” dalam industri. Mereka dipantau ketat oleh Tabung Haji dari segi nisbah kewangan dan kualiti perkhidmatan. Mengambil pakej daripada agensi PJH mengurangkan risiko scam sehingga 90%.

Kesimpulan: Jadilah Jemaah Yang Bijak Menilai

Sebagai penutup, saya nasihatkan anda: Jangan beli harga, beli reputasi. Pergi ke cawangan agensi yang terdekat. Lihat operasi mereka. Agensi yang telus akan menunjukkan jadual penerbangan, kontrak hotel dan senarai mutawif mereka dengan bangga seperti Rayhar Travels.

Jangan mudah tertipu dengan lambakan billboard dan iklan di radio dan sosial media oleh agensi umrah yang anda tidak kenali.

Elakkan mengambil risiko dengan agensi yang terlalu baru atau yang menawarkan harga di bawah kos logistik munasabah (biasanya di bawah RM5,000 untuk musim cuti sekolah & musim Ramadan).

Ingat, syarikat yang berpengalaman luas biasanya mempunyai rantaian bekalan (supply chain) yang lebih konsisten, dari tiket pesawat hingga ke sajian bufet antarabangsa di hotel. Mereka tidak akan mempertaruhkan reputasi berpuluh tahun demi keuntungan jangka pendek.

Asalnya, agensi umrah bukanlah bergerak dengan motivasi untuk menipu orang awam. Akan tetapi, kesilapan pengurusan kewangan, kontrak dan pengurusan manusia yang lemah menyebabkan mereka terpaksa menggadaikan pelaburan akhirat jemaah mereka.

Previous ArticleNext Article

Organisasi Malaysia Terlepas Pandang Risiko AI Demi Mengejar Permintaan

KUALA LUMPUR, 23 April 2026 – Peneraju global keselamatan AI, TrendAI telah menerbitkan kajian baharu yang mendedahkan bahawa organisasi di seluruh dunia terus mempercepatkan pelaksanaan AI walaupun menyedari risiko keselamatan dan pematuhan yang terlibat.

Di Malaysia, kajian mendapati 75% pembuat keputusan IT dan 70% pemimpin perniagaan berasa tertekan untuk meluluskan penggunaan AI walaupun terdapat kebimbangan keselamatan, dengan satu daripada tujuh responden menyifatkan kebimbangan tersebut sebagai “sangat serius” tetapi tetap diketepikan demi mengejar pesaing dan memenuhi permintaan dalaman.

Penggunaan AI Mengatasi Kawalan

Dari segi kematangan tadbir urus, hanya 29% pembuat keputusan perniagaan di Malaysia berasa sangat atau amat yakin dalam memahami rangka kerja undang-undang berkaitan AI, berbanding 63% dalam kalangan pembuat keputusan IT.

Kira-kira separuh (52%) pembuat keputusan IT telah mempunyai dasar AI yang komprehensif, manakala 39% masih dalam proses merangka. Hampir separuh (51%) pemimpin IT menyatakan kekurangan kepakaran keselamatan atau data sebagai halangan utama kepada penggunaan AI yang selamat, diikuti kekurangan peraturan dan piawaian pematuhan (49%).

Pengarah Urusan Malaysia, TrendAI, Goh Chee Hoh berkata, “Organisasi di Malaysia melaksanakan AI lebih pantas daripada keupayaan mereka mengurus risiko berkaitan, sekali gus mewujudkan jurang yang semakin melebar antara aspirasi dan pengawasan. Jurang ini turut dipengaruhi oleh perbezaan tahap kematangan tadbir urus dalam kalangan pemimpin perniagaan. Untuk merapatkan jurang ini, kepimpinan perlu bergerak melangkaui pendekatan keselamatan reaktif. Ia bermula dengan keterlihatan menyeluruh mengetahui dengan tepat bagaimana AI berinteraksi dengan data serta mewujudkan kerangka berpusat yang menggabungkan akauntabiliti dan pengawasan risiko dalam seni bina sistem.”

Beliau turut menyatakan bahawa piawaian MY-AI adalah langkah positif dalam menangani risiko seperti deepfake dan bias algoritma. Namun, ketika Malaysia mempercepatkan usaha menjadi negara AI menjelang 2030, organisasi perlu memberi tumpuan kepada tadbir urus yang kukuh dan daya tahan defensif bagi memastikan penggunaan AI yang pesat dapat diterjemahkan kepada masa depan digital yang mampan.

Ketua Platform & Perniagaan TrendAI, Rachel Jin berkata, “Organisasi bukan tidak sedar akan risiko, tetapi kekurangan keupayaan untuk menguruskannya. Apabila pelaksanaan didorong tekanan persaingan dan bukannya kematangan tadbir urus, AI akan dimasukkan ke dalam sistem kritikal tanpa kawalan yang mencukupi. Kajian ini mengukuhkan fokus kami untuk membantu organisasi mencapai hasil perniagaan kukuh dengan AI sambil mengurus risiko dengan baik.”

Risiko Pelaksanaan AI Dipacu Tekanan Semakin Meningkat

Risiko ini diperburuk oleh ketidakkonsistenan tadbir urus dan ketidakjelasan tanggungjawab terhadap risiko AI, yang kini semakin meluas. Dalam banyak kes, pasukan keselamatan terpaksa bertindak secara reaktif terhadap keputusan pelaksanaan AI dari pihak atasan, yang sering membawa kepada penggunaan alat AI tidak rasmi atau “shadow AI”.

Kajian ancaman terkini TrendAI menunjukkan penjenayah siber sudah mula menggunakan AI untuk mengautomasikan proses pengintipan, mempercepat kempen phishing dan menurunkan halangan kemasukan kepada jenayah siber, sekali gus meningkatkan kelajuan dan skala serangan.

Keyakinan terhadap AI Autonomi Masih Rendah

Keyakinan terhadap sistem AI yang lebih maju dan autonomi masih berada pada tahap perkembangan. Kurang daripada separuh (44%) pembuat keputusan perniagaan di Malaysia percaya AI berasaskan agen (agentic AI) mampu meningkatkan pertahanan siber secara signifikan dalam jangka masa terdekat, dengan kebimbangan berterusan terhadap akses data, penyalahgunaan dan kekurangan pengawasan.

Data menunjukkan kebimbangan utama organisasi adalah:

  • 57% melihat akses AI kepada data sensitif sebagai risiko terbesar
  • 45% bimbang arahan berniat jahat boleh menjejaskan keselamatan
  • 37% risau penyalahgunaan status AI yang dipercayai dan risiko pelaksanaan kod autonomi

Selain itu, 36% mengakui mereka kekurangan keupayaan pemantauan dan audit terhadap sistem ini, menimbulkan persoalan serius tentang kawalan selepas AI digunakan.

Hampir separuh (48%) organisasi menyokong mekanisme “kill switch” AI untuk menutup sistem sekiranya berlaku kegagalan atau penyalahgunaan, manakala lebih separuh masih belum pasti. Ini menunjukkan organisasi sedang bergerak ke arah AI autonomi tanpa kesepakatan jelas tentang cara mengekalkan kawalan apabila diperlukan.

Rachel Jin menambah, “AI berasaskan agen membawa organisasi ke dalam kategori risiko baharu. Kajian kami menunjukkan kebimbangan sudah jelas daripada pendedahan data sensitif hingga kehilangan pengawasan. Tanpa keterlihatan dan kawalan, organisasi sebenarnya melaksanakan sistem yang mereka sendiri belum faham sepenuhnya dan risiko ini hanya akan meningkat jika tiada tindakan diambil.”

Untuk laporan global penuh: Securing the AI-Powered Enterprise – Governance Gaps, Visibility Challenges and Rising Risk

*TrendAI melantik SAPIO Research untuk meninjau 3,700 pembuat keputusan IT dan perniagaan di 23 negara seluruh dunia.