Malayan Cement: Prospek Tetap Positif Di Sebalik Ketidaktentuan Pasara

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu MYR9.80 dan potensi kenaikan 57%

Walaupun harga arang batu yang meningkat menimbulkan ketidakpastian besar, kami percaya perolehan jangka dekat Malayan Cement akan kekal terlindung, disokong oleh inventori yang lambat habis, pendedahan rendah kepada diesel, dan langkah penetapan harga yang berhemat. Pada P/E FY27F 9.4x (3x bawah purata lampau), penilaian semasa nampaknya sudah mengambil kira tekanan kos yang meninggi, sekali gus menawarkan peluang pelaburan yang menarik. Namun begitu, kemungkinan penurunan harga lanjut dalam jangka dekat tidak dapat disangkal sekiranya kebimbangan dalam pasaran terus berlarutan.

Harga arang batu Newcastle sekarang mencecah paras USD140/tan (+31% YTD)

Manakala harga arang batuRotterdam ialah USD120-130/tan, lalu membawa harga purata dari awal tahun hingga kini (YTD) kepada USD123/tan. Memandangkan arang batu merangkumi 20-30% daripada jumlah kos, harga lebih tinggi mungkin akan menjejaskan margin. Walaupun begitu, dengan paras inventori semasa sebanyak lebih kurang dua bulan, kami menjangka impak terhadap kos akan lambat dirasai – mungkin lebih menjejaskan perolehan mulai 4QFY26.

Trump baru saja menghentikan serangan ke atas Iran selama dua minggu tertakluk pada pembukaan penuh Selat Hormuz

Sekali gus menurunkan harga minyak mentah sebanyak 15%. Oleh sebab hubung kait antara harga arang batu dan minyak telah menaik kepada +0.95 padaYTD-2026 (+0.7 sepanjang lima tahun lalu), kami memandang positif akan berita ini kerana hal ini mungkin bermakna harga arang batu akan menurun sekitar 10-14%, mengikut anggaran kami. Andaian harga arang batu kami untuk FY26-27 kekal pada USD110-120 buat masa sekarang.

Pihak pengurusan membuat bayangan bahawa inventori semasa akan bertahan sehingga sekitar Mei

Hal ini patut dapat mengurangkan impak jangka dekat. Tambahan itu, meskipun harga diesel hampir meningkat dua kali ganda kepada MYR6.02/liter (berbanding MYR3.04 sebelum pertikaian berlaku), kami ingin menegaskan bahawa kos bahan api hanyalah 1-2% daripada jumlah kos LMC, lalu bermakna perolehan syarikat kurang terkesan dengan inflasi diesel.

Walaupun harga simen meningkat dengan ketaranya kepada MYR24.40 bagi setiap 50kg (+6% YoY)

LMC masih lagi belum menaikkan ASP-nya. Langkah ini dilihat sebagai strategi untuk mengembangkan penguasaan pasaran bagi memaksimumkan pertumbuhan jualan khususnya ketika tekanan kos meningkat untuk syarikat-syarikat yang lebih kecil. Pada masa yang sama, permintaan terus diperkukuh oleh projek-projek prasarana besar termasuk Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (nilai kerja MYR5-6bn), Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (nilai kerja MYR5-6bn), dan Transit Aliran Massa 3 (nilai kerja kira-kira MYR34bn), yang akan memulakan pembinaan pada CY27.

Saranan penilaian dan perolehan

Kami mengekalkan TP berdasarkan P/E FY27F yang sama sebanyak 15x, dengan ramalan perolehan dibiarkan tidak berubah untuk masa sekarang sementara kami mengawasi perkembangan dari semasa ke semasa. Kami dapati paras sekarang rendah kerana LMC mampu mengekalkan margin menerusi masa inventori dan penetapan harga yang terkawal. Ia kini diniagakan pada -2.5SD daripada purata lampaunya (terendah tahun lalu) yang dianggap sebagai penilaian terendah. Sepanjang dua minggu lalu, kami memerhati harga saham sudah susut kepada paras MYR6-6.15 sebelum kembali menaik. Hal ini berlaku selaras dengan paras sokongan 1 (S1) sebanyak MYR6.05 untuk saham ini.

Risiko utama

Inflasi kos bahan mentah dan kemerosotan ekonomi secara meluas.

Faktor Pemacu Utama

i. Permintaan meningkat dalam sektor pembinaan
ii. Penyatuan industri
iii. Sinergi yang terhasil daripada penggabungan

Risiko Utama

i. Kemerosotan ekonomi yang meluas
ii. Inflasi kos bahan mentah
iii. Persaingan harga

Profil Syarikat

Malayan Cement merupakan syarikat pengeluar simen, konkrit dan agregat. Barangan keluaran syarikat ini
digunakan dalam industri pembinaan bangunan kediaman dan komersial, dan mempunyai pelbagai
penggunaan dalam segmen perniagaan prasarana dan minyak & gas. Perniagaan simen membabitkan
pengeluaran simen di Portland, simen khusus untuk kegunaan bangunan dan prasarana, lepa, simen berkarbon rendah, dan kegiatan penjualan simen.

Carta Saranan

Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli +603 2302 8114 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Previous ArticleNext Article

Cnergenz: Rentak Buku Pesanan Perkukuh Pemulihan FY26

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu MYR0.71 daripada MYR0.62, potensi kenaikan 20% dan kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY26F

Selepas mengadakan lawatan tapak, kami semakin memandang positif akan pemulihan perolehan Cnergenz pada FY26, disokong oleh rentak pertumbuhan buku pesanannya yang kian mengukuh daripada permintaan berpacukan kecerdasan buatan (AI yang semakin pesat merentasi perniagaan pengedaran teknologi peletakan permukaan teras (SMT) miliknya, selain peningkatan penjualan penguji AI-nya dalam segmen pengeluar reka bentuk asal (ODM). Pihak pengurusan membayangkan keterlihatan hasil yang kukuh untuk FY26, dengan jangkaan perolehan akan bertumbuh secara berperingkat mulai 2Q26.

Pemulihan FY26 semakin rancak

Pihak pengurusan membayangkan bahawa jumlah jualan FY26 yang diraih sudah melepasi hasil sepenuh tahun pada FY25 sebanyak MYR114.8j, dipacu oleh permintaan berkaitan AI untuk peralatan SMT yang kian meningkat. Hal ini pula didorong oleh pengembangan kapasiti dalam kalangan pelanggan perkhidmatan pengeluaran elektronik (EMS) Tahap 1, peningkatan penjualan penguji AI ODM miliknya, dan pemulihan segmen penyelesaian bersepadunya. Setakat akhir bulan Mei, nilai buku pesanan belum bayar kumpulan ini berkembang kepada kira-kira MYR190j, daripada MYR82.2j pada akhir Mac (nisbah liputan: 1.65x daripada hasil FY25).

Penguji AI ODM semakin menerima perhatian komersial

Pesanan ODM yang tertunggak mencecah kira-kira MYR10-11j setakat akhir bulan Jun, disokong oleh permintaan yang lebih besar untuk pelantar penguji AI-nya. Susulan kelayakan pengeluaran yang berjaya dibuat, pesanan berjumlah 20 unit sudah dihantar sepenuhnya, dengan pihak pengurusan menyasarkan 30 unit lagi untuk dihantar pada 2HFY26.

Sementara itu, pembangunan pelantar pematerian baru dengan pelanggan Eropah masih berjalan, sementara menunggu pindaan reka bentuk produk, dengan pelancaran komersial disasarkan menjelang akhir FY26. Kami juga menjangkakan pengeluaran ODM yang terus dipertingkatkan, di samping pemulihan perolehan projek-projek berkaitan memori, untuk menyokong usaha Xlent untuk kembali mencatat keuntungan pada 2H26.

Prospek untuk bahagian kilang pintar dan penyelesaian bersepadunya

Unit kilang pintarnya terus menjadi penyumbang yang agak kecil apabila mencatat kira-kira 2% daripada buku pesanan belum bayar. Pihak pengurusan semakin hampir untuk mendapatkan projek automasi gudang bernilai kira-kira MYR10j daripada satu pelanggan EMS dari AS, dengan hasil dijangka akan diiktiraf pada 2HFY26. Pada masa yang sama, segmen penyelesaian bersepadu pula diramalkan mencatat pemulihan secara beransur-ansur selepas mencatat sumbangan sifar pada 1QFY26, dengan tempahan merangkumi sekitar 30% daripada buku pesanan belum bayar, sekali gus menawarkan sokongan tambahan pada perolehan FY26.

Kami naikkan perolehan FY26-28F

Sebanyak 2%, 14% dan 13% supaya mencerminkan andaian-andaian hasil yang lebih kukuh susulan kenaikan ketara dalam pertumbuhan buku pesanan. Kami terus menjangka margin untuk berkembang mulai 2Q26, disokong oleh keumpilan operasi daripada penghantaran SMT yang lebih tinggi, pemulihan segmen penyelesaian bersepadu, dan kenaikan perniagaan ODM secara berperingkat. Penilaian P/E sebanyak 21x untuk FY27F dikekalkan dan berdasarkan nilai ini, TP baharu sebanyak MYR0.71 diperoleh (termasuk diskaun ESG 2%).

Faktor pemacu utama

i. Pemulihan capex E&E
ii. Pemulihan segmen penyelesaian SMT bersepadu
iii. Peningkatan sumbangan segmen baru ODM/OEM.

Risiko utama

i. Masa pengiktirafan tempahan dan penyempurnaan tempahan
ii. Kegagalan meraih projek baru
iii. Risiko pembatalan kontrak, persaingan sengit dan FX.

Profil Syarikat

Cnergenz menyediakan penyelesaian pembuatan dengan berpengkhususan dalam penyelesaian
pembuatan teknologi pemasangan permukaan (SMT) untuk industri-industri elektronik dan semikonduktor (E&S).

Carta Saranan

Penganalisis
Lee Meng Horng +60 323028115 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.