Ketahui Risiko Dalam Pasaran Saham Dan Cara Untuk Mengurangkannya

Dalam apa jua jenis pelaburan, risiko tidak dapat dielakkan. Masa kita berjalan pun ada risiko untuk jatuh.

Saham dan risiko bagai isi dengan kuku.

Kepada yang belum tahu, dalam pasaran saham keuntungan diperoleh sama ada melalui dividen iaitu agihan pendapatan daripada keuntungan syarikat atau ‘capital appreciation’ apabila berlaku kenaikan harga saham. Disini kami kongsikan risiko yang anda akan hadapi dalam pelaburan saham dan cara untuk mengurangkannya.

1. Risiko Kehilangan Pendapatan

Jika anda merupakan pelabur untuk jangka masa panjang, kebanyakannya pasti mengharapkan dividen sebagai sumber pendapatan utama. Sesebuah syarikat lazimnya akan memberikan dividen kepada pemegang saham jika ia memperoleh keuntungan dan prestasi kewangan syarikat yang semakin mengukuh, terutama sekali apabila ekonomi dalam keadaan baik.

Namun begitu, jika ekonomi sedang meleset dan prestasi kewangan syarikat juga merosot, dividen tidak mungkin dapat dikeluarkan. Jika syarikat hendak mengeluarkan dividen juga, ia terpaksa mencari peruntukan lain seperti berhutang atau mencairkan aset syarikat sedia ada. Tindakan ini akan membebankan syarikat kerana berbelanja melebihi kemampuan dan dalam jangka panjang hanya akan merugikan pelabur.

Terdapat juga syarikat yang mempunyai prestasi kewangan kukuh, tetapi mereka memilih untuk tidak membayar dividen kepada pemegang saham kerana mempunyai rancangan untuk membesarkan perniagaan.

Melalui Annual General Meeting (AGM), lembaga pengarah dan pemegang saham akan memutuskan sama ada pembayaran dividen akan dibuat atau tidak untuk tahun tersebut.

Jadi syarikat akan menggunakan keuntungan tahunan sebagai modal pusingan untuk membesarkan lagi syarikat. Dalam kes ini, para pelabur terpaksa mengorbankan keperluan jangka pendek mendapatkan dividen bagi memberi laluan kepada pertumbuhan syarikat untuk keuntungan jangka masa panjang.

Sebagai contoh, saham global seperti  Berkshire Hathaway, Google dan Amazon terkenal dengan sifat ‘kedekut’ mereka kerana tidak memberi pulangan dividen tetapi ketiga-tiga syarikat ini mampu meningkatkan harga saham mereka sehingga berlipat kali ganda.

2. Risiko Kerugian Modal

Selain daripada pemberian dividen, keuntungan dalam saham juga diperoleh melalui ‘capital appreciation’. Konsep ‘buy low sell high’ atau ‘buy high sell higher’ digunapakai dalam kes ini.

Sudah menjadi lumrah dalam pasaran saham apabila ia terdedah kepada risiko turun naik harga. Ada saham yang bersifat ringan, boleh naik dan turun sangat cepat – hanya dalam beberapa minit. Setiap pedagang semestinya mengharapkan keuntungan dalam setiap pembelian saham mereka.

Namun, kerugian modal tidak dapat dielakkan apabila harga saham turun selepas pembelian. Kerugian modal akan menjadi lebih terkesan jika pasaran saham dalam keadaan bearish.

Cara Meminimakan Risiko Pelaburan

  1. Kepelbagaian

Di antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko adalah melalui ‘diversification’ iaitu kepelbagaian. Ia boleh dilakukan dari sudut modal dan syarikat yang dibeli.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai modal permulaan sebanyak RM10,000, jangan gunakan kesemuanya untuk membeli satu saham sahaja. Lakukan pecahan modal mengikut kesesuaian seperti 4K-4K-2K.

RM4,000 pertama anda boleh gunakan untuk membeli saham pilihan pertama dan RM4,000 seterusnya untuk saham pilihan kedua. Baki RM2,000 merupakan dana simpanan yang akan digunakan sekiranya kerugian berlaku.

Kepelbagaian yang kedua ialah melalui mempelbagaikan sektor belian. Di Bursa Malaysia, terdapat kaunter dari banyak sektor, kita ada sektor sarung tangan, logistik, ayam, biskut, air, shipping, oil & gas, semikonduktor dan banyak lagi.

Baca lagi Kenali Industri-Industri Dalam Pasaran Saham Bursa Malaysia

Akan tetapi perlu diingat, jangan pula sampai over-diversified. Seeloknya pegangan saham tidak melebihi 5 kaunter pada satu-satu masa supaya anda mudah untuk memerhatikan kaunter yang anda beli.

  1. Elak Kaunter Spekulasi

Cara lain untuk untuk mengurangkan risiko adalah dengan mengelakkan kaunter spekulasi. Dalam pasaran saham, terdapat aktiviti perdagangan yang dikawal oleh sindiket. Kaunter sasaran ialah kaunter jenis penny stock yang bernilai bawah 50 sen dan mempunyai fundamental yang tidak berapa kukuh.

Kesilapan yang utama semasa beli di harga tinggi (maklumlah tak tahan tengok harga kelip-kelip naik mencanak-canak). Akhirnya, bila aktiviti jualan besar-besaran berlaku menyebabkan mereka terperangkap di puncak.

Ada juga yang berpendapat bahawa pelabur kecil seperti kita yang mempunyai modal ribuan mahupun puluhan ribu ringgit, boleh belajar untuk mengikuti pelabur-pelabur jerung yang bermodalkan berbilion ringgit. Tidak dinafikan, ini satu cara yang baik untuk merasai kenaikan harga saham yang stabil. Jom Kenali 7 Jerung Yang Paling Banyak Melabur di Bursa Malaysia.

Sumber Rujukan: Saham dan Pasaran Saham Oleh Othman Yong

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA