Semak Baki ASB – MyASNB Bantu Elakkan Beratur Panjang

Setiap kali tahun baru, para pelabur amanah saham mesti teruja nak update buku biru dan tengok berapa pelaburan terkumpul terkini. Masalahnya kaunter mesti akan penuh sesak dan perlu tunggu lama semata-mata nak kemaskini buku pelaburan.

Lebih-lebih lagi apabila Pulangan ASB Lebih 1 Sen Berbanding Tahun Lepas, lagilah ramai orang berpusu-pusu nak kemaskini dan membuat pengeluaran. Kesian dekat makcik-makcik, pakcik-pakcik dan warga tua yang setia menunggu.

Guna Saja myASNB, Cepat Dan Mudah

Berita baik bagi anda, PNB telah memperkenalkan myASNB bagi memudahkan urusan pelabur untuk:

  • Menyemak pegangan portfolio – memaparkan baki semasa akaun unit amanah
  • Menyemak status transaksi – memaparkan segala butiran transaksi unit amanah yang dilaksanakan melalui portal myASNB
  • Melakukan pelaburan tambahan – Urusniaga belian unit dapat dilaksanakan secara atas talian.

*Nota tambahan: Untuk urusan penjualan unit, tidak terdapat dalam portal. Anda masih perlu walk-in ke kaunter, dan ambil wang secara terus.

Hanya 3 Langkah Mudah

Langkah 1: Kemaskini Nombor Telefon Bimbit

Daftar dan kemaskini nombor telefon bimbit untuk tujuan penghantaran TAC. Anda perlu ke cawangan atau ejen ASNB untuk mendapatkan nombor akaun 12 digit yang baru, dan daftarkan nombor telefon terkini dalam database mereka.

Langkah 2: Layari Portal myASNB

Klik pautan https://www.myasnb.com.my/ dan pilih “Daftar di sini” kemudian pilih “Teruskan” dan seterusnya klik pada kotak “Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat dan Dasar Privasi” dan tekan butang “Setuju”.

Langkah 3: Isi Maklumat Pemegang Unit

Anda perlu isi butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan dan produk ASNB yang anda ada. Isi semua maklumat yang diperlukan untuk anda menetapkan ID Pengguna dan kata laluan untuk pendaftaran akaun.

Masukkan nombor telefon yang anda dah daftar di langkah pertama tadi, dan TAC 6-digit akan dihantar ke telefon anda. Masukkan nombor TAC 6-digit yang anda terima.

Dah siap ketiga-tiga langkah tersebut, sekarang bolehlah anda lakukan transaksi menyemak pegangan portfolio, menyemak status transaksi, dan melakukan pelaburan tambahan.

Tak perlu beratur panjang di kaunter lagi selepas ini, kecuali untuk jual unit amanah saham anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.