
Sub Topik
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sektor teknologi Amerika Syarikat menjadi antara fokus utama pelabur global terutamanya selepas ledakan AI dan semikonduktor.
Syarikat seperti NVIDIA dan Micron menjadi perhatian kerana pertumbuhan yang sangat pantas serta peranan besar mereka dalam pembangunan teknologi AI dunia.
Setakat artikel ini ditulis:
- NVIDIA sekarang untung terlalu besar sampai susah nak bayang (suku pertama 2026 untung lebih USD58 bilion!)
- Micron dilaporkan melonjak lebih 184% tahun ini
- Alphabet pula naik sekitar 24%
- Broadcom pula naik sekitar 21% hasil permintaan AI infrastructure dan data center connectivity
Menariknya, berdasarkan dokumen pemfailan awam terbaru di Amerika Syarikat, KWSP juga dilihat mempunyai pegangan bernilai besar dalam beberapa syarikat teknologi global ini.
Jangan risau, tidak semestinya semua pegangan saham ini digunakan untuk dana Akaun Simpanan Shariah KWSP.
KWSP mempunyai struktur dan pengurusan pelaburan yang berasingan bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah. Dana Simpanan Shariah juga dipantau oleh panel penasihat syariah serta tertakluk kepada garis panduan pelaburan patuh syariah yang ditetapkan.
Jadi pencarum akaun Simpanan Shariah tidak perlu terlalu risau atau terus membuat kesimpulan bahawa semua saham yang tersenarai ini berada di bawah portfolio patuh syariah KWSP.
Kenapa Institusi Besar Melabur Secara Global?
Jawapannya ialah diversifikasi.
Pasaran global memberi akses kepada:
- Syarikat teknologi terbesar dunia
- Sektor yang tiada di Bursa Malaysia
- Pertumbuhan jangka panjang dalam teknologi dan inovasi
Sebagai contoh:
- Malaysia tidak mempunyai syarikat seperti NVIDIA
- Malaysia juga tidak mempunyai syarikat semikonduktor berskala global seperti Micron dan Broadcom
Jadi pelaburan antarabangsa membantu institusi seperti KWSP mendapatkan pendedahan kepada trend global yang sukar diperoleh di pasaran tempatan.
Healthcare dan Pharmaceutical
KWSP juga nampak mempunyai pendedahan besar kepada sektor kesihatan dan farmaseutikal yang biasanya dianggap lebih defensif.
Antaranya:
- Eli Lilly and Company
- Merck & Co.
- Johnson & Johnson
- AbbVie
- DexCom
- Intuitive Surgical
Ini memberi keseimbangan kepada portfolio sekiranya sektor teknologi mengalami turun naik.
Kewangan
KWSP juga mempunyai pendedahan kepada sektor kewangan global.
Antaranya:
- JPMorgan Chase
- Bank of America
- Mastercard
- Visa
Sektor ini biasanya mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi global dan transaksi digital.
Tenaga dan Infrastruktur
Selain teknologi, terdapat juga exposure kepada sektor tenaga dan infrastruktur.
Antaranya:
- Exxon Mobil
- NextEra Energy
- Quanta Services
- GE Vernova
Ini menunjukkan portfolio mereka tidak tertumpu kepada satu tema sahaja, tetapi turut mengambil kira sektor berkaitan tenaga dan pembangunan infrastruktur global.
Adakah Ini Bermaksud KWSP Baru Beli Saham-Saham Ini?
Tidak semestinya.
Ramai yang salah faham apabila melihat filing seperti ini.
Laporan ini hanya menunjukkan:
- Apa yang dipegang pada tarikh laporan
- Bukan bila saham tersebut mula dibeli
Institusi besar seperti KWSP biasanya melabur untuk jangka panjang dan membeli secara berperingkat.
Ada kemungkinan sesetengah pegangan ini sudah dikumpulkan sejak beberapa tahun lalu sebelum ledakan AI menjadi perhatian umum.
Menariknya, dalam senarai pegangan terbesar ini tidak kelihatan saham Advanced Micro Devices atau AMD yang sering dikaitkan dengan industri AI ketika ini. Sebaliknya, pendedahan KWSP lebih tertumpu kepada syarikat seperti NVIDIA, Broadcom dan Micron yang memainkan peranan besar dalam GPU, data center, networking dan memory untuk AI.
Namun begitu, ini tidak semestinya bermaksud KWSP langsung tidak mempunyai pegangan dalam AMD. Ada kemungkinan pegangan tersebut terlalu kecil untuk muncul dalam senarai pegangan terbesar yang difailkan.
Perlu Faham Satu Perkara Penting
Filing 13F hanya melibatkan pegangan saham US yang perlu dilaporkan kepada SEC. KWSP sebenarnya mempunyai portfolio jauh lebih besar yang merangkumi:
- Bursa Malaysia
- Bon dan sukuk
- Hartanah
- Infrastruktur
- Pelaburan antarabangsa lain
Kesimpulan
Pendedahan kepada pasaran global menunjukkan bahawa institusi seperti KWSP sentiasa mencari peluang pertumbuhan jangka panjang di luar pasaran tempatan.
Menariknya, banyak pegangan terbesar mereka tertumpu kepada syarikat yang memainkan peranan penting dalam ekonomi digital dunia hari ini seperti AI, cloud computing dan semikonduktor.
Ini juga memberi gambaran bahawa pelaburan institusi besar bukan sekadar mengejar trend semasa, tetapi lebih kepada membina portfolio yang mempunyai potensi bertahan untuk tempoh bertahun tahun akan datang.
Namun seperti biasa, pelaburan global turut datang bersama risiko dan turun naik pasaran. Sebab itu strategi institusi besar lazimnya dibuat secara berperingkat dan untuk jangka masa panjang
Sumber: Dokumen pemfailan SEC (Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat) Form 13F yang difailkan di Amerika Syarikat.
• Form 13F ialah laporan pegangan saham US oleh institusi pelaburan besar seperti KWSP
• Ia difailkan kepada SEC (Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat)
• Laporan ini memberi gambaran tentang pegangan saham US sesuatu institusi pada akhir suku tahun tertentu
Untuk laporan terbaharu ini:
• Tarikh pemfailan: 12 Mei 2026
• Tempoh laporan: 31 Mac 2026
Penafian: Data ini berdasarkan dokumen pemfailan awam pegangan saham US sahaja dan bukan keseluruhan portfolio KWSP. Nilai pegangan juga tidak semestinya mencerminkan pegangan semasa kerana laporan seperti ini mempunyai tempoh kelewatan pelaporan.
Baca lagi : Nak Buka Akaun Saham (Bursa Malaysia & Global) Online Dengan Webull? Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran
Webull Malaysia kini telah menawarkan pilihan deposit ke akaun Islamik untuk kemudahan pengguna Muslim di Malaysia. Sebelum ini, semua deposit akan diletakkan dalam bank JP Morgan Malaysia. Dengan pilihan perbankan Islam, deposit pengguna akan diletakkan dalam HSBC Amanah. Promosi terkini: Depositkan RM1,000 dan kekalkan selama 60 hari dan dapat saham NVIDIA percuma bernilai RM200!
MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan pautan tersebut. Terima kasih!















