7 Tips Beli Rumah Untuk Golongan Peniaga

Bagi golongan peniaga, jangan terkejut kalau pihak bank rejek permohonan pinjaman perumahan anda walaupun bisnes anda membuat keuntungan juta-juta. Mereka mahukan jaminan bahawa anda mampu membuat bayaran semula. Nilai keuntungan bisnes anda semata-mata takkan mampu meyakinkan banker kerana pandai cari duit tak semestinya pandai urus duit.

Cuba baca perkongsian dari usahawan muda Yt Farhan yang berkongsi melalui laman Facebook beliau bagaimana beliau dapat beli rumah melalui hasil perniagaanya di usia muda.

Ini tips beli rumah yang saya boleh share & tips ni amat berguna buat anda yang menjalankan bisnes. Sebab tips nilah yang saya gunakan untuk beli rumah dulu kemudian beli kereta idaman.

Jangan beli kereta dulu lepas tu plan beli rumah nanti loan anda susah nak lulus, sebab loan kereta 9 tahun sahaja, loan rumah pulak bole ikat sampai 30tahun ke atas ikut umur kita. Walaupun kita beli rumah RM200k@300k bulanan tetap boleh sebab ikat lama tak macam beli kereta.

Untuk yang kerja dengan majikan lebih mudah kalau ikut tips ni sebab ade beberapa dokumen anda yang majikan dah siapkan. Usia pon main peranan kalau muda sangat bank susah nak bagi lulus. Sekurang-kurangnya berumur 18 tahun sebab adik saya backup penjamin saya. Dia berumur 19 tahun, sementara saya pula 24. Kalau tua sangat pon bank bagi lulus takat berapa % je loan.

So pada usia muda ni ambil peluang unutk beli rumah. Kita buat lain dari yang lain, macam kawan-kawan beli kereta dulu, kita beli la rumah dulu. Naik kereta lama pon takpe janji nama takde hutang kat kereta. Ini pengalaman saya beli rumah yang saya nak share:
.
1. Pilih/kaji/aim kawasan perumahan yang anda nak beli dari segi geografi@ekonomi ikut tujuan anda.

2. Cari pemaju & buat bayaran booking fee,jumlah bayaran booking pemaju yg tetapkan dalam lingkungan RM500 keatas jika loan anda tak lulus duit booking fee ni akan dikembalikan (perkara ni kena tanya dari awal). Lepas buat bayaran booking anda akan dapat 1 dokumen iaitu SALE & PURCHASE AGREEMENT S&P. Bawa dokumen ini ke bank yang pemaju syorkan @ bank yang anda nak buat loan.

3. Bank akan minta:
a) SSM & IC.

b) Penyata kewangan untung/rugi unutk 2 tahun. Ini bagi yang berniaga. Dokumen ini kita akan dapat bila kita buat dengan juru audit bertauliah. Segala resit beli stok & perbelanjaan bil, juru audit ni yang akan kira untuk kita, Bagi yang bergaji, bank akan minta slip gaji untuk beberapa bulan.

c) Slip bank akaun semasa, siapa yang bisnes tak buat akaun bank semasa sangatlah rugi sebab bank nak tengok benda ni duit keluar masuk bisnes kita.

d) Lengkapkan dokumen E-Filing. Kena daftar online dalam laman web LHDN. Dalam dokumen E-Filing ade nombor Cukai pendapatan kita nombor cukai pendapatan kita sangat penting.

e) Slip bayar cukai pendapatan ke LHDN, dokumen ni bank pon nak 2 tahun, sebab bank nak tengok macam mana tumbesaran bisnes kita. Dokumen ni jgn risau juru audit bole settel kan unutk kita juga.

f) 10% deposit daripada harga rumah yang kita nak beli.

g) Tak cukup dengan 10% deposit anda kene lebihkan duit untk YURAN GUAMAN, YURAN PINDAH NAMA PEMILIK & DUTY SETEM, serta YURAN PENILAIAN RUMAH. Jumlah semuanye mungkin 5% dari harga rumah. So kene standby duit lebih sikit. Kalau anda bernasib baik ada pemaju yang tanggung semua kos ini.

4. Lengkap semua dokumen di atas semoga permohonan kita lepas dari segi “scoring bank“ & clear dari CCRIS. Kalau ada tunggakan PTPTN cepat-cepatlah clearkan kalau tak memang permohonan kita gagal.

5. Jika permohanan bank luluskan, kita dah boleh bayar baki deposit + duit booking masa mula-mula nak dapatkan S&P. Kemudian boleh buat segala bayaran urusan bank & guaman.

6. Proses terakhir makan masa sikit ikut bank & pihak peguam uruskan macam mana. Bila loan kita lulus & masuk dalam poket pemaju kita dah boleh dapat kunci rumah kita. Lepas tu boleh lah setup bekalan TNB, air & dll.

7. Selain tu anda boleh sertakan dokumen simpanan ASNB, penyata KWSP, simpanan Tabung Haji atau combine segala dokumen dengan adik-beradik/isteri/suami bagi kukuhkan permohonan anda. Deposit yang dah dibayar pun kene pastikan ditolak dari jumlah pembiayaan yang kita mohon & kira balik faedah % yg di kenakan. Supaya tak ada pihak ketiga yang ambil kesempatan atas pembelian rumah kita.(takut ade yg ambil deposit tu sebagai duit poket mereka)

Saya nasihatkan kawan-kawan yang nak beli rumah seelok-eloknya buat persediaan 2 tahun awal. Pastikan akaun semasa dah buat, segala resit yang berkaitan bisnes simpan dalam fail, kalau malas sangat buat penyata untung rugi, cari juru audit unutk buatkan bagi pihak kita. Nak beli kereta pun gunakan dokumen yang sama.

Sebenarnya 2 tahun lepas permohonan loan rumah saya pernah ditolak disebabkan ada beberapa dokumen yang saya takde. Saya belajar dari situ betapa susahnya bank nak bagi kita pinjam duit walaupun gaji kita beribu-ribu tapi kalau dokumen yang bank perlukan kita tak sediakan memang bank tak layan kita. Kalau nak beli rumah cash tak pasti macam mana.

Saya bersyukur pada usia saya 24 tahun saya dah ada rumah & kereta yang saya impikan. Beruntung sangat disaat kawan-kawan belum tahu pasal beli rumah saya dah tahu. Saya harap anda semua berjaya beli rumah yang anda nak dengan perkongsian saya ni. Kalau ade dokumen yang tak faham atau tak tahu tu bolehlah tanya saya. Jangan segan-segan ye.

Terima kasih kepada Tuan Yt Farhan kerana sudi berkongsi tips nak beli rumah bagi golongan berniaga seperti di atas.

Masih Nak Sewa Atau Nak Beli Rumah?

Jemput baca Keadaan Pasaran Hartanah Sekarang – Nak Beli Ke Nak Sewa? Kami ada buat kajian kes di Pulau Pinang untuk mengetahui kisah sebenar.

Kalau rasa berat nak kumpul duit nak beli rumah, boleh baca 4 Tips Nak Tingkatkan Simpanan Untuk Beli Rumah.

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

1 Comment

  1. Kat mana nak cari juruaudit utk bisnes kita tu? Mana lebih baik : deal dgn juruaudit atau dftr lhdn dulu? T.kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.