4 Ciri-Ciri ‘Pelaburan’ Scam – Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa. Nampaknya itulah hakikat orang kita.

Masih ramai yang percaya dan terlibat dengan pelaburan scam ini meskipun telah banyak pendedahan dilakukan oleh pelbagai pihak. Jangan kerana inginkan duit dengan cara yang cepat dan mudah hingga memakan diri sendiri dengan tindakan anda yang kurang bijak.

Tahun lepas saja, Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah dan hampir sejuta orang rakyat Malaysia tertipu dengan pelaburan scam. Itu yang dilaporkan, yang tak dilaporkan pula?

Dan untuk pengetahuan, scam bertopengkan Bitcoin, Forex, Emas dan Saham adalah yang paling tinggi.

Berikut adalah 4 ciri-ciri scam ‘pelaburan’ (baca peleburan) yang perlu anda tahu.

1. Ambil Wang Tanpa Lesen

Anda perlu lebih peka dan berhati-hati jika ianya melibatkan wang. Ini kerana bukan senang-senang seseorang individu atau syarikat boleh mengambil wang daripada orang ramai.

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA), adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana individu untuk menerima deposit tanpa lesen. Sekiranya sabit kesalahan, seseorang individu itu boleh didenda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai hasil daripada kegiatan haram atau peralatan kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, serta dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun.

Jadi tanya dulu, mereka ni ada lesen ke nak pegang duit orang ramai? Kalau takde, minta jauhkan diri.

2. Menjanjikan Untung Luarbiasa

Bab ini, memang tidak dinafikan ramai yang tertarik disebabkan telah dikaburi dengan wang ringgit yang banyak. Jangan kerana mengejar keuntungan, anda menjadi korban.

Banyak sangat scam di luar sana yang menjanjikan keuntungan luarbiasa dan tetap, seperti 5% sehari, 50% sebulan dan sebagainya.

Warren Buffett yang terkenal tu pun kata bahawa keuntungan 20% setahun yang diperolehi daripada pelaburan saham dah cukup bagus.

Jadi kalau salah satu janji yang diberi adalah pulangan yang luarbiasa, itu tandanya nak tarik pelabur yang naif dan tidak berilmu.

3. Tiada Risiko

Kebiasaanya, mereka yang menjalankan scam ini akan mengatakan bahawa anda bebas daripada sebarang risiko dalam pelaburan tersebut. Eh, camana pula tu? Dahlah untung besar, dan confirm tak boleh rugi pula tu?

Tahukah anda bahawa setiap pelaburan pasti datang dengan risiko tersendiri?

Peniaga nasi lemak tepi jalan pun kalau hari-hari laku jualannya, tapi ditakdirkan pagi itu hujan lebat; pasti akan terjejas juga.

Kalau dijanjikan tiada risiko, memang tak masuk akal dan cepat-cepat lari sejauh yang mungkin.

4. Tiada Trustee / Pemegang Amanah

Yang terakhir sekali, pastikan trustee perlu ada dalam mana-mana skim pelaburan. Ini kerana sebarang duit yang diterima, akan dimasukkan ke dalam akaun Trustee dan bukan akaun syarikat. Bila syarikat nak pakai duit, baru minta dari trustee.

Terjamin sedikit kalau ada pihak ketiga yang memantau duit tersebut, jadi pengarah atau pemegang akaun tidak boleh mengeluarkan duit sewenang-wenangnya.

Buat Semakan Sebelum Melabur

Sebelum nak melabur tu, buatlah due diligence atau kaji betul-betul latarbelakang syarikat dan skim pelaburan yang ditawarkan.

Juga tengok senarai watchlist terbaru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) seperti berikut:

Sudah tiba masanya kita tahu apa itu pelaburan scam supaya tidak mudah terpedaya dengan operator-operator skim tersebut.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.