Belanjawan 2020 Dah Dibentangkan, Nak Dengar Komen Pakar Mengenai Kesannya Kepada Ekonomi Dan Pasaran Modal?

Belanjawan 2020 telah pun dibentangkan pada hari Jumaat yang lalu oleh YB Tuan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia. Ianya merupakan belanjawan yang seimbang, sesuai dengan temanya, “Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi’.

Terdapat empat teras utama yang menjadi penekanan kerajaan bagi Belanjawan 2020, iaitu:

1. Memacu Pertumbuhan Ekonomi dalam Ekonomi Baharu dan Era Digital

2. Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan

3. Mewujudkan Masyarakat yang Bersatu, Inklusif dan Saksama

4. Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam

Pelbagai reaksi diperolehi daripada rakyat Malaysia, ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju.

Di antara highlights belanjawan yang melibatkan ekonomi dan pasaran modal adalah:

  • Imbangan pembayaran Malaysia kekal positif, dengan lebihan akaun semasa RM43.4 bilion dan rizab antarabangsa RM431.3 bilion
  • Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan KDNK dalam separuh tahun pertama 2019 4.7%, dengan pertumbuhan 4.9% dalam suku kedua
  • Kerajaan berjaya mengawal inflasi pada 0.2% dalam tempoh separuh pertama 2019, berbanding 1% pada 2018 dan 3.7% pada 2017
  • Kadar inflasi 2019 dijangka pada 0.9%
  • Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula GST
  • FDI yang diluluskan telah meningkat 47% kepada RM80.1 bilion pada 2018 berbanding dengan RM54.4 bilion pada 2017.- “Perang perdagangan yang berlarutan mewujudkan peluang yang unik untuk Malaysia kembali menjadi destinasi pilihan utama bagi FDI yang mempunyai nilai tambah tinggi”
  • Kerajaan akan menawarkan pakej galakan pelaburan istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk tempoh 5 tahun kepada syarikat tempatan yang berupaya menebus pasaran dunia
  • Kerajaan akan menyediakan pakej galakan pelaburan istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk tempoh 5 tahun untuk menarik syarikat Fortune 500 dan ‘global unicorns’ dalam sektor berteknologi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu
  • Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM10 juta kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) meningkatkan pemantauan dan memastikan pelaburan direalisasikan selepas diluluskan

Kalau ikutkan, memang banyak lagi intipati Belanjawan 2020 ni. Nak senaraikan pun terlalu panjang. Jadi apa kata, kita ambil peluang untuk dengarkan ulasan mereka yang pakar bab ekonomi ini berbicara. Dapatkan kesimpulan dan pandangan mereka berkenaan topik hangat ini.

Jemput Hadir Ke Bicara Mengenai Pasca Belanjawan 2020 Daripada Pakar Ekonomi

This image has an empty alt attribute; its file name is 71322811_2635942129798573_8406692157368303616_n-700x700.jpg

Bagi mereka yang berminat untuk mendengar kupasan daripada pakar-pakar ekonomi, datanglah beramai-ramai ke Post Budget 2020: Outlook and Perspectives For The Economy & Capital Market Businesses yang akan dianjurkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC). Ianya bakal diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara pada hari Jumaat, 18 Oktober 2019.

Acara ini akan dihadiri YB Dr. Ong Kian Ming yang merupakan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kamarul Bahrin Haron, Naib Ketua Editor Astro Awani, selaku moderator pada hari tersebut. Kita juga bertuah kerana akan terdapat 4 orang pakar ekonomi yang akan memeriahkan majlis tersebut.

Mereka yang dimaksudkan adalah Johan Mahmood Merican, Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara daripada Kementerian Kewangan; Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia; Lee Jim Leng, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank; dan Dr. Veerinderjeet Singh, Pengerusi Kumpulan Axcelasia Inc.

Daftar Sekarang

Samada anda seorang ahli ekonomi, pelabur atau orang awam sekalipun; acara ini memang sesuai untuk anda dapatkan maklumat lanjut berkenaan Belanjawan 2020.

Harga tiket adalah seperti berikut:

RM550 harga biasa untuk seorang
RM450 seorang untuk kumpulan sepuluh lebih orang

Layari Ticket2U atau https://budget2020.sidc.com.my/ untuk pendaftaran atau hubungi SIDC di talian: +603 6204 8274 / 8439 / 8664 untuk maklumat lanjut.

Kita jumpa hari Jumaat, 18 Oktober 2019 ini di Bukit Kiara. Daftar sekarang, kerana tempat adalah terhad.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3 Kepentingan Utama Ilmu Pelaburan Untuk Semua Generasi

Dalam dunia hari ini, ilmu pelaburan bukan lagi satu kelebihan tambahan tetapi satu keperluan asas. Ramai rakyat Malaysia masih bergantung sepenuhnya kepada simpanan seperti KWSP tanpa sedar bahawa jumlah tersebut mungkin tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara. Tanpa kefahaman tentang pelaburan dan pengurusan kewangan, risiko untuk menghadapi kesempitan kewangan pada usia tua adalah tinggi. Oleh itu, memiliki ilmu pelaburan sejak awal dapat membantu kita merancang masa depan kewangan dengan lebih bijak dan berdaya tahan untuk semua generasi.

Hakikatnya, simpanan semata mata tidak menjamin kesejahteraan kewangan pada usia tua. Berdasarkan kajian yang dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, purata simpanan pencarum hanya membolehkan mereka menikmati sekitar RM208 sebulan bagi tempoh 20 tahun selepas bersara. Persoalannya, adakah jumlah ini benar benar mencukupi untuk menampung keperluan harian, perubatan dan komitmen lain dalam tempoh yang begitu panjang.

Dalam pada itu, satu lagi statistik membimbangkan ialah hanya satu daripada tiga pencarum mampu mencapai simpanan asas berjumlah RM240,000 ketika bersara.

Jadi, kita perlu tanya diri sendiri:
Adakah simpanan sahaja cukup jika kita tidak memiliki ilmu untuk menambah atau menguruskan wang tersebut dengan bijak?

Pelaburan bukan sekadar mengenai angka dan harga saham semata-mata. Ia berkenaan kemampuan membuat keputusan kewangan yang tepat, persediaan untuk masa depan, serta mewarisi kebijaksanaan kewangan kepada generasi seterusnya.

Atas sebab itulah, antara sebab utama mengapa anda perlu mula terlibat dalam dunia pelaburan adalah seperti berikut.

1. Menambah Simpanan Di Hari Tua

Kita sedia maklum bahawa had umur persaraan di Malaysia adalah 60 tahun. Kita juga ada mencarum KWSP sebagai langkah menyimpan untuk hari tua kelak. Setelah mengambil kira segala perbelanjaan harian termasuklah perubatan kelak, ia mungkin masih tidak mencukupi.

Dengan ilmu pelaburan, anda dapat:

  • Faham cara aset berkembang
  • Rancang strategi yang sesuai dengan matlamat kewangan
  • Bina simpanan tambahan yang dapat memberi pulangan lebih baik daripada simpanan biasa

Ini bukan sekadar teori tapi ia realiti yang menyentuh kehidupan kita semua.

2. Boleh Menjana Pendapatan Selepas Bersara

Apabila gaji bulanan sudah tiada, kebergantungan sepenuhnya kepada simpanan boleh menjadi satu tekanan. Ilmu pelaburan membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan walaupun selepas bersara. Pelaburan yang dirancang dengan baik boleh menjadi sumber pendapatan berterusan tanpa perlu bekerja sepenuh masa.

Pelaburan tidak semestinya memerlukan masa yang banyak setiap hari. Dengan pengetahuan yang mencukupi, seseorang boleh memilih instrumen yang sesuai, mengurus portfolio secara tersusun dan menyesuaikan strategi mengikut keperluan hidup. Pendekatan ini memberi fleksibiliti dan ketenangan kepada individu yang ingin menikmati kehidupan selepas bersara tanpa kebimbangan kewangan yang berlebihan.

Dalam dunia pelaburan, terdapat pelbagai pilihan instrumen yang boleh dipertimbangkan seperti emas, unit amanah, hartanah dan lain lain. Saham pula merupakan salah satu instrumen yang membolehkan pelabur memiliki sebahagian daripada perniagaan sesebuah syarikat dan berpotensi menikmati pulangan melalui pertumbuhan nilai serta keuntungan syarikat tersebut. Namun begitu, apa jua instrumen yang dipilih perlu didasari oleh ilmu dan kefahaman yang jelas agar risiko dapat diurus dengan baik.

Jom kita tengok satu-satu pilihan instrumen pelaburan yang ada : Peluang Pelaburan Patuh Syariah di Malaysia [2026]

3. Ilmu Pelaburan Boleh Diwarisi

Ilmu pelaburan bukan sekadar memberi manfaat kepada diri sendiri, malah mempunyai nilai jangka panjang apabila ia dapat diwariskan kepada generasi seterusnya. Wang yang dikumpul boleh habis, aset boleh susut nilainya, tetapi ilmu yang betul mampu membentuk cara berfikir yang berpanjangan.

Apabila ibu bapa mempunyai kefahaman tentang pengurusan kewangan dan pelaburan, mereka lebih cenderung untuk mendidik anak anak tentang nilai wang, kepentingan merancang masa depan dan risiko membuat keputusan kewangan tanpa ilmu. Pendedahan awal ini membantu generasi muda membina asas kewangan yang lebih kukuh sejak usia muda.

Seperti pepatah Melayu:

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

Sebagai contoh, seorang ibu bapa yang mempunyai ilmu pelaburan boleh mula mendidik anak tentang nilai wang sejak usia muda. Anak diajar membezakan antara keperluan dan kehendak, memahami konsep menyimpan sebelum berbelanja dan melihat wang sebagai alat untuk membina masa depan, bukan sekadar untuk dihabiskan.

Apabila anak semakin membesar, mereka boleh diperkenalkan kepada konsep pelaburan secara berperingkat. Contohnya, ibu bapa boleh menerangkan bagaimana wang yang disimpan dalam tempoh tertentu boleh berkembang melalui pelaburan. Anak juga boleh dilatih membuat keputusan mudah seperti menetapkan matlamat kewangan dan memahami risiko sebelum memilih sesuatu instrumen.

Apabila dewasa, anak yang dibesarkan dengan asas ini lebih cenderung untuk mengurus pendapatan mereka dengan bijak, mengelakkan hutang yang tidak perlu dan merancang kewangan jangka panjang dengan lebih bertanggungjawab. Inilah nilai sebenar ilmu pelaburan yang diwariskan, bukan sekadar harta, tetapi cara berfikir dan membuat keputusan kewangan yang matang.

Selain itu, ilmu pelaburan juga membantu memastikan kekayaan yang dibina tidak terhenti pada satu generasi sahaja. Tanpa pengetahuan yang betul, harta yang diwarisi berisiko untuk susut atau habis dalam masa yang singkat. Sebaliknya, dengan kefahaman yang baik, generasi seterusnya mampu mengurus dan mengembangkan aset dengan lebih bertanggungjawab.

Ilmu Pelaburan Bukan Pilihan, Ia Keperluan

Ilmu pelaburan bukan lagi sesuatu yang eksklusif untuk golongan tertentu, tetapi satu keperluan penting untuk setiap individu tanpa mengira usia atau latar belakang. Realiti kos sara hidup yang semakin meningkat menuntut kita untuk berfikir lebih jauh daripada sekadar menyimpan wang.

Bergantung sepenuhnya kepada simpanan asas tanpa strategi tambahan mendedahkan kita kepada risiko kewangan yang besar selepas bersara. Sebaliknya, dengan ilmu pelaburan yang betul, kita bukan sahaja mampu menambah simpanan, malah berpeluang menjana pendapatan berterusan dan membina kestabilan kewangan dalam jangka panjang.

Lebih penting, ilmu pelaburan memberi kesan yang melangkaui diri sendiri. Ia membentuk cara kita membuat keputusan, mendidik generasi seterusnya dan memastikan kesejahteraan kewangan keluarga dapat dikekalkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Kesimpulannya, langkah terbaik yang boleh diambil hari ini ialah bermula dengan memahami asas pelaburan dan membina tabiat kewangan yang sihat. Masa depan kewangan yang lebih terjamin tidak datang secara kebetulan, tetapi dibina melalui ilmu, perancangan dan tindakan yang berterusan.