Peluang Pelaburan Patuh Syariah di Malaysia [2026]

Majoriti yang masuk dunia pelaburan dengan objektif untuk untung cepat. Bila untung, dia senyum. Bila sedang rugi, dia akan panik. Hakikatnya, pelaburan memerlukan disiplin, kesabaran dan strategi.

Bagi majoriti rakyat marhaen, “pelaburan terbaik” selalunya dikira berdasarkan instrumen yang memberi pulangan paling tinggi. Padahal yang lebih penting ialah pelaburan yang sesuai dengan risiko dan matlamat hidup.

Ramai juga telah mula sedar pentingnya pelaburan patuh Syariah bukan sekadar untuk mengelak riba, tetapi supaya duit kita berkembang dengan cara yang berkat. Malaysia sebenarnya antara negara paling aktif membangunkan instrumen pelaburan Islamik, dari pasaran saham sampailah ke aset digital (kripto).

Jom kita tengok satu-satu instrumen pelaburan utama yang sah:

1. Saham Patuh Syariah (Bursa Malaysia & Global)

Ini adalah lubuk emas yang ramai terlepas pandang.

Sebab kita dibesarkan dengan urban legend “saham = rugi”. Jadi ramai terus menjauh walaupun tak pernah cuba nak faham. Padahal, dengan ilmu dan disiplin, saham patuh Syariah boleh menjadi salah satu alat untuk menaik taraf hidup: dari hanya menyimpan, kepada mengembangkan harta.

Selama ni kita kagum tengok syarikat besar seperti Gamuda, Petronas, Tenaga Nasional berkembang, tapi kita sekadar jadi pemerhati. Kenapa tak nak jadi sebahagian daripada syarikat sekali?

Pelaburan saham patuh Syariah bermaksud kita beli pemilikan dalam syarikat yang disahkan bebas unsur riba, perjudian dan produk yang jelas haram. Di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menyemak dan mengeluarkan senarai saham patuh Syariah sebanyak dua kali setahun (Mei & November).

Contoh: Petronas Chemicals, Inari Amertron dan Farm Fresh.

Kelebihan:

  • Boleh buat sendiri.
  • Berpeluang menjana pulangan daripada kenaikan harga saham dan dividen berkala jika syarikat mengagihkan keuntungan.
  • Boleh beli dan jual melalui akaun trading saham dan platform broker.

Risiko:

  • Harga saham turun naik setiap hari bergantung kepada sentimen pasaran, prestasi semasa syarikat dan ekonomi global.

Baca lagi Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Peluang Melabur Saham Patuh Syariah di IDX (Indonesia Stock Exchange)

Selain pasaran saham Amerika Syarikat, pasaran Indonesia juga adalah pasaran global yang besar dan semakin aktif serta banyak pilihan saham patuh Syariah. Di Indonesia, penapisan Syariah dibuat oleh Otoritas Jasa Keuangan (lebih kurang macam Suruhanjaya Sekuriti (SC) di Malaysia) dan Dewan Syariah Nasional, Majelis Ulama Indonesia (DSN-MUI) dan terdapat indeks khusus seperti:

  • ISSI (Indonesia Sharia Stock Index)
  • JII & JII70 (Jakarta Islamic Index)

Ini memudahkan pelabur menapis syarikat yang mematuhi garis panduan Syariah.

Kenapa IDX menarik?

  • Ekonomi Indonesia bertumbuh dengan populasi besar.
  • Banyak syarikat dalam sektor pengguna, tenaga & infrastruktur
  • Pelabur diversifikasikan pelaburan bukan bergantung kepada satu negara saja.

Tetapi perlu ingat: Melabur di luar negara bermaksud ada tambahan faktor risiko pertukaran mata wang (contoh: Rupiah ↔ Ringgit) dan kita perlu faham bab cukai pegangan, yuran broker serta peraturan setiap pasaran.

Baca lagi Kini Anda Boleh Melabur Saham-Saham di Indonesia (IDX) Terus Dari Malaysia

2. REIT (Real Estate Investment Trust) Patuh Syariah

REIT ialah pelaburan dalam hartanah yang menjana pendapatan sewa, seperti pusat beli-belah, pejabat, atau hospital. Pelabur beli unit dan pendapatan sewa diagihkan sebagai dividen berkala.

Contoh REIT patuh Syariah: Al-Salam REIT, Axis REIT, AL-AQAR Healthcare REIT (ALAQAR).

Kelebihan:

  • Dapat merasa pelaburan dalam hartanah tanpa perlu beli hartanah sebenar.
  • Dividen lebih stabil berbanding saham biasa.
  • Boleh buat sendiri.

Risiko:

  • Nilai boleh jatuh kalau kadar sewa turun atau ekonomi mengalami kelembapan.

3. ETF (Exchange Traded Fund) Patuh Syariah

Asasnya, ETF ialah dana yang meniru prestasi sesuatu indeks atau harga aset tertentu.

Dari segi struktur, ETF sebenarnya hampir sama dengan unit trust. Kedua-duanya mengumpulkan dana daripada ramai pelabur untuk dilaburkan ke dalam pelbagai aset seperti saham, sukuk atau komoditi.

Bezanya, ETF didagangkan secara terbuka di Bursa Malaysia (harga berubah sepanjang hari seperti saham), manakala unit trust dibeli terus daripada pengurus dana atau platform pelaburan dan harga (NAV) dikira sekali sehari sahaja.

Jenis-jenis ETF:

ETF Saham

  • Menjejak prestasi indeks saham seperti FBM Hijrah Shariah Index atau MSCI Islamic Index.
  • Contoh: EQ8 DOW JONES US TITANS 50 (“EQ8US50”), TradePlus Shariah China A50 ETF.

ETF Komoditi

  • Menjejak harga komoditi seperti emas, minyak atau perak.
  • Contoh seperti TradePlus Shariah Gold Tracker (GOLDETF). Ramai yang suka trade saham pun tak perasan yang mereka boleh “trade emas” terus di Bursa Malaysia, sama seperti beli saham biasa. Tak perlu buka akaun khas, tak perlu simpan jongkong emas dalam peti besi. Cukup guna akaun trading sedia ada dan cari kod GOLDETF (TradePlus Shariah Gold Tracker).

Selain itu, Versa Gold pula menawarkan cara lebih mudah dan mesra pengguna runcit untuk melabur dalam berdasarkan ETF yang sama (TradePlus Shariah Gold Tracker). Bezanya, pelabur tak perlu buka akaun saham, semuanya dilakukan terus dalam aplikasi Versa.

ETF Sukuk

  • Melabur dalam portfolio bon atau sukuk, sesuai untuk pelabur yang mahu pulangan lebih stabil.
  • Masih belum banyak pilihan patuh Syariah di Malaysia.

4. Unit Amanah / Unit Trust

Sebelum wujudnya aplikasi pelaburan moden seperti Wahed, Versa atau StashAway, pelaburan unit trust di Malaysia dilakukan secara manual. Pelabur perlu berurusan dengan ejen, isi borang kertas dan tunggu pengesahan dari pengurus dana.

Rakyat Malaysia lebih familiar dengan unit trust berbanding ETF kerana ejen-ejen aktif mempromosikannya sejak dulu terutamanya di pejabat, bank dan di pusat membeli belah.

Kelebihan:

Ejen unit trust biasanya akan memantau prestasi dana, bantu susun semula portfolio dan mengingatkan tentang Dollar Cost Average (DCA) atau pun bahasa mudahnya “top up” masa unit menjadi lebih murah, tetapi kosnya biasanya lebih tinggi (contoh: caj jualan sehingga ~5% bergantung kepada dana). Kos ni sebenarnya bayaran untuk servis dan masa mereka, sama macam kita bayar kepada doktor, peguam atau penasihat kewangan.

Risiko:

  • Ramai pelabur tak prihatin dengan prestasi dana, sebab hanya percaya cakap ejen.
  • Kalau ejen berhenti / bertukar syarikat, pelaburan boleh “tersadai” tanpa pemantauan.

i-Invest KWSP

Tak puas hati dengan prestasi Unit Trust? Sakit hati ejen Unit Trust tayang kereta mewah dan sedap bercuti sana sini tetapi return kita ciput? Sekarang anda sudah boleh pilih untuk buat sendiri menerusi i-invest KWSP. Jika nanti masih rugi, hanya perlu marah diri sendiri.

Siapa Yang Sesuai Guna i-Invest?
1. Pencarum KWSP yang mempunyai lebihan di dalam akaun 1
2. Pencarum yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam memilih dana-dana unit amanah
3. Pencarum yang tahu menganalisis prestasi-prestasi dana unit amanah

E-Wallet

Nak melabur unit trust sudah tak semestinya kena buka akaun dengan ejen. Kalau ada duit tunai, dengan hanya beberapa klik dalam aplikasi e-wallet seperti Touch ‘n Go eWallet (GoFinance) atau ShopeePay Invest, kita dah boleh mula melabur serendah RM10 dalam unit trust yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Robo Advisor

Robo-advisor ialah platform digital yang mengurus pelaburan kita secara automatik berdasarkan profil risiko pengguna. Konsepnya sama seperti unit trust, tapi dengan yuran lebih rendah dan mesra pengguna digital.

Antara platform patuh Syariah di Malaysia: Wahed Invest, StashAway (Shariah Plan)

Kelebihan:

  • Automatik, patuh Syariah, mudah dipantau.
  • Sesuai untuk pelabur yang suka melekat dengan smartphone 24 jam.

6. Emas (Fizikal & Digital)

Emas, merupakan instrumen pelaburan yang popular sejak zaman nenek moyang kita lagi. Emas boleh dibeli dalam dua bentuk utama iaitu fizikal dan digital, di mana emas fizikal merujuk kepada bar, jongkong atau dinar yang benar-benar wujud dan boleh dipegang.

Sementara itu, emas digital merujuk kepada akaun emas patuh Syariah di bank atau platform yang sah, di mana pembeli memperoleh pemilikan gram emas yang direkodkan secara elektronik. Emas fizikal itu tetap wujud tetapi disimpan di tempat yang selamat.

Contoh:

Kelebihan:
– Aset lindung inflasi.
– Mudah cair bila perlu.

Risiko:
– Emas tiada dividen; untung bila harga naik.
– Perlu semak spread (beza harga beli & jual).

Perak (Alternatif)

Selain emas, perak juga dianggap logam berharga (precious metal) dan boleh menjadi alternatif kepada pelabur yang mahu pendedahan kepada aset lindung nilai dengan kos lebih rendah. Walaupun harganya lebih volatile, perak mempunyai ciri asas yang sama iaitu bekalan terhad, permintaan industri yang tinggi (terutama dalam sektor elektrik, solar dan peranti elektronik) serta digunakan sejak zaman awal Islam sebagai mata wang (dirham).

Pelaburan perak boleh dibuat melalui bar atau akaun digital daripada pengeluar dan platform yang sah. Namun perlu diingat, pasaran perak di Malaysia tidak seluas emas. Sebaiknya fahamkan dulu mekanisme harga, kos dan kecairan sebelum mula supaya senang urus bila nak tambah atau jual semula.

Baca lagi Emas Fizikal vs Emas Digital – Mana Lebih Sesuai?

7. Aset Digital (Kripto Patuh Syariah)

Dalam dunia moden, pelaburan bukan lagi terhad kepada saham, emas atau unit trust sahaja. Kini muncul satu kelas baharu yang dikenali sebagai aset digital termasuk mata wang kripto (cryptocurrency) dan token pelaburan digital yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Walaupun ramai mengaitkan kripto dengan spekulasi, sebenarnya Malaysia sudah ada rangka kerja undang-undang yang sah untuk aset digital, selagi ia berdaftar di bawah Digital Asset Exchange (DAX) yang diluluskan SC.

Platform Kripto Berdaftar di Malaysia

Sehingga kini, hanya beberapa platform rasmi dan dikawal selia dibenarkan beroperasi oleh SC:

  • Luno Malaysia
  • MX Global
  • SINEGY Technologies
  • Tokenize Technology Malaysia
  • HATA Digital
  • Torum International

Platform ini tertakluk kepada pemantauan keselamatan, pengesahan identiti (KYC) dan piawaian audit. Jadi pelabur mendapat perlindungan asas berbanding platform luar negara yang tidak dikawal.

8. Money Market Fund (MMF) – Alternatif Pulangan Rendah Tetapi Stabil

Money Market Fund (MMF) ialah dana pasaran wang yang melabur dalam instrumen sangat rendah risiko seperti deposit bank Islamik, sijil komoditi Islamik (MCIS), dan instrumen tunai jangka pendek. Ia bukan seperti saham yang turun naik setiap hari.

Di Malaysia, pilihan yang popular ialah:

Semua platform ini menawarkan pelaburan minimum yang sangat rendah (serendah RM10), dan sesuai untuk mereka yang mahukan tempat “parking duit” sambil dapat sedikit pulangan harian atau bulanan.

Kelebihan:

  • Risiko sangat rendah (lebih stabil daripada dana biasa).
  • Pulangan lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa.
  • Akses mudah dan boleh cash out semula ke bank dalam masa singkat.
  • Patuh Syariah
  • Sesuai untuk dana kecemasan atau simpanan jangka pendek.

Risiko:

  • Pulangan tidak setinggi pelaburan saham atau ETF.
  • Tidak sesuai untuk tujuan jangka panjang seperti persaraan.
  • Pulangan boleh turun naik mengikut kadar pasaran wang.

Siapa yang sesuai?

  • Mereka yang baru nak mula melabur dengan modal kecil.
  • Mereka yang nak “warm up” sebelum pergi ke instrumen lebih kompleks.
  • Mereka yang perlukan tempat letak dana kecemasan yang cair, selamat dan patuh Syariah.

MMF ialah pintu masuk terbaik untuk rakyat marhaen kerana tak perlu modal besar, tak perlu ilmu mendalam dan risiko lebih rendah.

9. Simpanan Patuh Syariah Berprofil Risiko Rendah

Everyday Shariah Account (ESA) daripada Wahed ialah akaun simpanan patuh Syariah yang melabur dalam instrumen berprofil risiko rendah melalui dana indeks. Tujuannya ialah untuk memberikan pulangan yang stabil, sambil mengekalkan kebolehcairan (boleh masuk/keluar duit bila-bila masa).

Berbeza dengan Money Market Fund (MMF) yang biasanya melabur dalam instrumen pasaran wang semata-mata, ESA menggunakan struktur pelaburan berasaskan ETF berisiko rendah. Jadi ia lebih sesuai dianggap sebagai akaun simpanan pelaburan rendah risiko, bukan “deposit tetap” atau “akaun bank” biasa.

Ciri-ciri menarik Wahed ESA:

  • Patuh Syariah sepenuhnya
  • Modal permulaan hanya RM50
  • Tiada lock-in – boleh keluarkan modal bila diperlukan
  • Potensi pulangan lebih baik berbanding akaun simpanan biasa (tidak dijamin)
  • Pulangan dinilai dalam USD – jika USD mengukuh berbanding Ringgit, nilai simpanan boleh jadi lebih tinggi bila ditukar semula

Risiko:

  • Nilai masih boleh turun naik sedikit kerana ia sejenis pelaburan
  • Bukan dana pasaran wang (MMF) secara teknikal
  • Pulangan bukan dijamin seperti deposit tetap bank

Ringkasnya, ESA sesuai untuk mereka yang mahu letak duit sementara (contohnya dana kecemasan atau jangka pendek), tapi masih mahukan potensi pulangan lebih baik dengan syarat faham ia tetap sejenis instrumen pelaburan.

Kesimpulan

Setiap instrumen pelaburan ada fungsinya. Pelaburan terbaik bukan semata-mata yang nampak menjanjikan pulangan tinggi. Apa yang penting, pelaburan tu selamat dan sesuai dengan gaya hidup kita.

Sebelum ambil keputusan melabur, mulakan dengan:

  1. Faham risiko dan tujuan. Jangan melabur sebab orang lain buat tetapi faham kenapa kita melabur.
  2. Tahu bila perlu peram dan bila perlu lepaskan. Pelaburan bukan cinta abadi; ia strategi kewangan.
  3. Pastikan patuh syariah. Untung tak berkat kalau asasnya haram.
  4. Konsisten dan disiplin. Biar untung kecil tetapi berterusan.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Perladangan: Perolehan 1Q26F Bakal Melemah Secara QoQ dan YoY

Saham Pilihan Utama: Johor Plantations Group (JPG), Sarawak Oil Palms (SOP), IOI Corp (IOI), PP London Sumatra Indonesia (LSIP), SD Guthrie (SDG), dan First Resources (FR)

Kami menjangka sektor perladangan akan mencatat perolehan lebih lemah untuk 1Q26 secara QoQ dan YoY, walaupun hal ini dijangka pulih pada 2Q ekoran keluaran dan harga lebih tinggi. Di Malaysia, stok minyak sawit(PO) menokok 1.7% MoM kepada 2.31j tan pada Apr 2026. Paras inventori patut kekal stabil dalam jangka terdekat, kerana peningkatan pengeluaran secara bermusim dilemahkan oleh pembeli-pembeli yang menantikan pelancaran B50 di Indonesia pada bulan Julai. Kami kekalkan pendirian perdagangan positif dan taktikal.

Untuk 1QCY26, kami menjangka akan melihat trend perolehan yang sama untuk syarikat-syarikat perladangan yang menumpu pada pasaran Malaysia dan Indonesia – dengan untung 1Q26F mungkin menurun secara QoQ dan YoY

Perolehan QoQ akan diheret oleh keluaran lebih lemah akibat faktor musim walaupun harga CPO agak stabil, sementara perolehan YoY akan susut akibat harga CPO dan PK yang lebih rendah dan juga keluaran lebih lemah di Indonesia

Margin segmen hiliran mungkin mengalami tekanan bagi syarikat-syarikat Indonesia, manakala syarikat-syarikat Malaysia mungkin mengalami penambahbaikan.

Tanpa mengira margin biodiesel, kami menjangka syarikatsyarikat perladangan Indonesia yang memiliki operasi hiliran akan merekodkan prestasi QoQ yang lebih lemah akibat perbezaan cukai yang lebih kecil untuk operasi huluan ke hiliran iaitu sebanyak USD74/tan (-12% QoQ). Secara YoY, margin juga dijangka akan melemah apabila perbezaan cukai menyusut 26.2% YoY.

Sebaliknya, syarikat-syarikat hiliran Malaysian dapat meraih manfaat daripada margin lebih kukuh QoQ dan YoY apabila persaingan dari Indonesia mereda. Namun begitu, kami menegaskan bahawa kenaikan harga CPO yang mendadak pada bulan Mac mungkin sedikit sebanyak akan menganggu keseimbangan ini.

Keseluruhannya, kami menjangkakan syarikat-syarikat lain yang akan melaporkan keputusan kewangan bulan ini, akan merekodkan perolehan yang amnya menepati jangkaan untuk 1Q26

Berdasarkan anggaran paras pengeluaran FFB (Rajah 1). Daripada enam syarikat yang sudah melaporkan keputusan, empat tersasar daripada jangkaan – SDG, Wilmar International (WIL), Nusantara Sawit Sejahtera (NSSS), dan LSIP, manakala satu syarikat melangkaui jangkaan – Astra Agro Lestari (AALI), dan satu lagi menepati ramalan – SOP. Syarikat lain yang belum melaporkan prestasi – Kuala Lumpur Kepong (KLK), JPG, IOI, Ta Ann (TAH), FR, Golden Agri Resources (GGR), dan Bumitama Agri (BAL), rata-ratanya dijangka akan memenuhi ramalan, manakala TSH Resources (TSH) mungkin menghampakan apabila melihat pada trend keluaran FFB. Menuju ke 2Q26, kami menjangka perolehan akan memulih secara QoQ berikutan keluaran lebih kukuh secara bermusim dan harga CPO lebih tinggi

Didorong jumlah keluaran lebih tinggi dan eksport lebih rendah, paras inventori Malaysia pada Apr 2026 menaik kepada 2.31j tan (+1.71% MoM)

Lalu menaikkan nisbah stok/penggunaan tahunan kepada 11.1%. Menuju ke hadapan, kami berpendapat momentum eksport mungkin bertambah baik pada bulan Mei, apabila pembeli-pembeli di serata dunia menambah paras stok sebelum Indonesia beralih kepada mandat biodiesel B50 pada bulan Julai dan apabila jurang harga antara CPO dan minyak kacang soya (SBO) berkembang kepada USD504/tan sekarang (daripada USD377/tan pada April). Oleh itu, inventori mungkin mendatar pada Mei kerana permintaan yang lebih tinggi mungkin mengimbangi trend keluaran yang menaik.

Kami kekalkan pendirian perdagangan positif secara taktikal terhadap sektor ini

Walaupun wajaran NEUTRAL kami secara asasnya kekal sama. Andaian harga CPO kami ialah MYR4,400/tan an MYR4,300/tan untuk 2026 dan 2027.

Pandangan Awal Keputusan 1Q26

Perangkaan Bulanan

Risiko-Risiko

Risiko-risiko negatif utama yang boleh menjejaskan prospek kami termasuk:
i. Perang perdagangan terus berlarutan;
ii. Perubahan ketara dalam trend harga minyak mentah yang mengakibatkan pindaan
dalam mandat biodiesel;
iii. Ketidaknormalam cuaca yang menyebabkan berlakunya lambakan atau kekurangan
bekalan minyak sayuran;
iv. Perubahan mendadak dalam permintaan minyak sayuran yang disebabkan oleh
perubahan dalam kitaran ekonomi atau dinamik harga;
v. Keadaan buruh di Malaysia semakin memburuk lalu menyebabkan pengeluaran terjejas;
vi. Semakan pada struktur cukai dan dasar-dasar perdagangan Indonesia;
vii. Semakin banyak isu ESG yang perlu diteliti untuk syarikat-syarikat yang tersenarai di
bursa.

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.