Jom Melabur Dan Dapat Ganjaran Lebih Kaw

Jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat tahun demi tahun. Terkini, golongan lelaki dijangka akan hidup sehingga umur 74 tahun, manakala wanita pula dijangka hidup sehingga umur 79 tahun. Tetapi malangnya kebanyakan rakyat Malaysia memang tak bersedia untuk bersara.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

  • 68% ahli yang aktif tidak mencapai simpanan asas, iaitu RM240,000 apabila mencapai umur 55 tahun
  • 70% ahli yang aktif berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000
  • 2 daripada 3 ahli akan hidup dengan kurang daripada RM950 sebulan sehingga umur 75 tahun
  • 7 daripada 10 ahli akan hidup dengan RM210 sebulan sehingga umur 75 tahun, atau habiskan kesemua simpanan kurang daripada 2 tahun

    Sumber Rujukan: Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, MyMetro dan MalaysiaKini  

KWSP juga baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa para pencarum akan terus menerima dividen sehingga umur 100 tahun. Tetapi persoalannya, cukupkah dana persaraan kita untuk bertahan sehingga ke lanjut usia?

Baca: Dah Bersedia Ke Nak Bersara?

Kredit Gambar: Pixabay

Dengan kesan ekonomi yang dirasai akibat daripada pandemik beserta dengan kenaikan inflasi semakin ramai rakyat Malaysia yang risau tentang simpanan hari tua. Di antara faktor-faktor yang menyumbang kenapasimpanan untuk persaraan semakin berkurang:

  • Kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik
  • Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan
  • Kenaikan kos sara hidup

Berdasarkan kajian terkini, jangka hayat purata rakyat Malaysia telah meningkat dan kebanyakan rakyat Malaysia telah menghabiskan kesemua simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka dalam tempoh 5 tahun daripada tarikh mereka bersara.

Tetapi tahukah anda, kita perlu konsisten melabur tidak kira sama ada ekonomi gawat atau baik. Ini kerana pada masa sekarang, kebanyakan instrumen pelaburan boleh dimiliki dengan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya. Harga rumah banyak yang tengah murah, harga saham pun banyak yang berada di bawah nilai.

Kredit Gambar: Zareen Naqiyah

Biasa dengar istilah ‘Buy Low Sell High’?

Ketika market tidak menentu seperti sekarang, ketika harga tengah ‘murah’, itulah sebenarnya masa yang sesuai untuk kita melabur.

Kerana ekonomi Malaysia dan global dijangka akan pulih secara berperingkat. Ini berikutan dengan vaksin yang telah mula diedarkan dan sektor ekonomi yang dibuka secara perlahan-lahan.

Kesannya?

Lambat laun ekonomi negara dan pasaran saham akan kembali pulih seperti sediakala.

Kita hanya perlu lihat kepada sejarah kerana sejarah mungkin berulang. Sekiranya dilihat kepada kegawatan ekonomi yang berlaku sebelum ini, iaitu ketika Krisis Kewangan Asia 1998 dan Krisis Subprime tahun 2008; ekonomi dunia jatuh merudum tetapi kemudiannya naik semula.

Takkan kan tunggu harga naik semula ke paras sebelum pandemik berlaku, baru nak mula melabur?

Memperkenalkan Pelan Persaraan Yang Sesuai Untuk Semua Bersama Principal Asset Management Berhad (Principal)

Pernahkah Anda Dengar Mengenai EPF i-Invest?

Ia merupakan sebuah solusi untuk memudahkan para pencarum KWSP melabur sebahagian daripada lebihan daripada Simpanan Asas di dalam Akaun 1 mereka ke dalam unit saham amanah (unit trust) secara Do-It-Yourself (DIY). Kita boleh memindahkan sehingga maksimum 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 kepada Institusi Pengurusan Dana (IPD) atau Institutional Unit Trust Adviser (IUTA) yang dilantik. Memang mudah dan sesiapa saja boleh melakukannya sendiri.

Nak tahu lebih lanjut mengenainya, boleh baca Pelaburan Guna Wang Dalam KWSP, Siap Dapat Bonus Lagi.

Dengan adanya EFP i-Invest, ianya sangat membantu membuka mata orang ramai tentang kepentingan pelaburan. Sudah tiba masanya untuk kita ambil tahu dan uruskan sendiri simpanan hari tua kita.

Selain daripada bergantung kepada simpanan dalam KWSP semata-mata (yang sememangnya tak cukup untuk bersara), tahukah bahawa anda juga boleh tingkatkan lagi simpanan anda melalui skim PRS?

Skim Persaraan Swasta (PRS)

Ada yang pernah dengar mengenai PRS tak?

PRS merupakan pelan simpanan persaraan jangka masa panjang untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan lebih banyak untuk kegunaan selepas bersara nanti.

Bagi mereka yang sudah mempunyai caruman KWSP, boleh jadikan PRS ini sebagai dana tambahan untuk bersara nanti. Kerana jika bergantung kepada simpanan dalam KWSP semata-mata, memang duit dalam KWSP tak mencukupi untuk bersara dengan selesa nanti.

Di samping menyimpan setiap bulan sama seperti KWSP, simpanan yang anda buat dengan PRS juga melayakkan anda untuk mendapatkan pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 setahun sehingga tahun 2025.

Simpanan semakin meningkat, cukai semakin berkurang.

Principal turut menawarkan sehingga 10 dana PRS yang pelbagai, bergantung kepada profail risiko anda. Di antara dana-dana PRS terkemuka Principal adalah Principal PRS Plus Equity, Principal PRS Plus Asia Pacific ex Japan Equity, Principal Islamic PRS Plus Equity dan Principal Islamic PRS Plus Asia Pacific ex Japan Equity.

Beberapa Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebagai Seorang Pelabur

1. Tujuan pelaburan

Sebelum mula melabur, kenal pasti tujuan atau objektif pelaburan. Antara tujuan pelaburan yang selalu diabaikan ialah pelaburan untuk persaraan. Kebanyakan kita merasakan persaraan masih jauh lagi.

Realitinya, dalam kebanyakan kes kita dapat lihat bahawa simpanan kita masih kurang dari jumlah yang diperlukan. Pelaburan persaraan adalah untuk jangkamasa yang panjang dan perlu dilaburkan secara berdisplin.

2. Tahap toleransi risiko

Kita kena kenal dulu siapa kita dengan mengetahui tahap toleransi risiko.Ini kerana setiap orang adalah berbeza, ada orang yang sanggup berdepan dengan risiko tinggi demi potensi pulangan yang tinggi.

Ada pula yang tidak sanggup berdepan dengan risiko, cukup sekadar meraih pulangan yang sederhana.

3. Tempoh pelaburan

Sekiranya kita melabur di tempat yang berisiko tinggi untuk jangka masa pendek, takut kita akan kecewa nanti apabila pulangannya tidak seperti yang diharapkan.

Adalah lebih baik sekiranya kita melabur untuk jangka masa panjang. Maka kita tak perlu risau sekiranya market baik atau tidak, kerana adanya konsep compounding interestatau faedah berganda.

Secara ringkasnya, compounding interest diperolehi apabila anda melaburkan semula keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan asal. Ini akan menjadikan pelaburan anda menjana pulangan yang lebih tinggi untuk tempoh seterusnya.

Masa Terbaik Untuk Semak Portfolio Pelaburan

Sekarang adalah masa terbaik untuk kita semak semula portfolio pelaburan yang sedia ada.

Sudahkah kita mempelbagaikan pelaburan dengan membuat pecahan yang sewajarnya – ada sedikit dana dalam kategori berisiko tinggi (yang berpotensi memberikan pulangan yang tinggi), ada sedikit dana dalam kategori berisiko sederhana (yang berpotensi memberikan pulangan yang sederhana), ada sedikit dana dalam kategori berisiko rendah (yang berpotensi memberikan pulangan yang rendah).

Untuk bersara dengan tenang, pastikan dana persaraan kita cukup untuk bersara nanti. Tetapi sebelum nak melabur, pastikan simpanan kita mencukupi terlebih dahulu.

Semak sama ada telah cukup simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan ke 6 bulan yang dicadangkan oleh kebanyakan pakar kewangan. Sekiranya kita mempunyai gaji sebanyak RM3,000, sudahkah kita mempunyai simpanan sebanyak RM9,000 sekurang-kurangnya?

Jika ya, mungkin kita boleh melaburkan lebihan wang tersebut. Dengan mengambil sedikit risiko, kita berpotensi untuk menggandakan wang melalui pelaburan.

Bila simpanan kecemasan dah cukup, barulah kita boleh fokus untuk kembangkan pelaburan bagi menempuh hari persaraan nanti.

Sesuai dengan tahap toleransi risiko masing-masing, Principal ada semuanya untuk anda.

Bagi mereka yang agresif dan mampu berdepan dengan risiko tinggi, kita ada Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund Ianya merupakan sebuah dana patuh Shariah yang melabur di dalam pasaran yang pesat membangun di rantau Asia Pasifik kecuali Jepun.

Bagi mereka yang sederhana agresif pula, kita ada Principal DALI Equity Growth. Ianya dana patuh Syariah yang melabur di dalam Malaysia yang mensasarkan pulangan konsisten bagi tempoh sederhana dan panjang.

Bagi mereka yang konservatif dan tidak sanggup berdepan dengan risiko, boleh mempertimbangkan untuk melabur ke dalam Principal Islamic Lifetime Sukuk Fund. Objektif dana ini adalah bertujuan untuk meraih pendapatan lebih daripada biasa untuk tempoh sederhana ke panjang dengan melabur ke dalam portfolio yang pelbagai seperti Sukuk, deposit dan bermacam-macam lagi instrumen yang patuh Syariah.

Fahamkan Dulu Betul-Betul Baru Melabur

Kita harus ingat bahawa prestasi dana sebelum ini tidak menjamin prestasinya di masa akan datang. Oleh itu, pastikan anda membaca betul-betul berkenaan dana yang ingin dilabur di https://www.principal.com.my/en/fund-listing/my/all.

Sila baca dan fahamkan juga penafian penuh di https://www.principal.com.my/en/disclaimer-my sebelum nak melabur.

Semua dana bergantung kepada tahap toleransi risiko anda. Nak tahu lebih lanjut boleh ambil ujian ringkas di https://www.principal.com.my/sites/default/files/2020-07/Principal%20Investor%20Quiz%20A4%20290620%20R1.pdf

Semoga dengan kita mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, kita dapat membuat keputusan pelaburan yang tepat.

Promosi Lebih Kaw

Untuk makluman anda, kini hingga 31 Mei 2021 Principal ada mengadakan promosi Jom Dapat Lebih Kaw.

Kini anda berpeluang untuk melabur dengan Principal menerusi EPF i-Invest dengan dana-dana yang telah beberapa kali menang anugerah seperti Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund, Principal Islamic Lifetime Sukuk Fund dan Principal Islamic Lifetime Sukuk Fund dan dana-dana lain dengan dapatkan ganjaran sebanyak 0.33% Touch ‘n Go eWallet Reload PIN daripada jumlah pelaburan yang anda lakukan.

Cuma masukkan kod kempen “LebihKaw” apabila anda melabur menerusi EPF i-Invest untuk menikmati ganjaran berganda.

Untuk dapatkan ganjaran “Lebih Kaw”, anda juga dapat ganjaran tambahan RM20 Touch ‘n Go eWallet Reload PIN apabila anda melabur minima RM2,000 dengan Principal melalui pelaburan di dalam PRS menerusi PPA Online.

Sila rujuk laman web Principal untuk maklumat lanjut.

Dengan Principal, mereka adalah teman pelaburan yang mampu membawa kita semua menerusi kehidupan yang sukar, bagi membolehkan kita memperolehi masa depan yang cerah dan selesa.

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami isi Prospektus, Memorandum Maklumat dan / atau Dokumen Pendedahan yang relevan (“dokumen yang disebutkan”) sebelum melabur. Antara lain, anda harus mempertimbangkan bayaran dan caj yang terlibat. Pendaftaran Prospektus, Memorandum Maklumat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tidak bermaksud SC mengesyorkan atau menyokong dana-dana ini.Salinan dokumen yang disebutkan yang relevan termasuk tambahannya dan Halaman Serlahan Produk (jika ada) boleh didapati di pejabat, pengedar atau laman web kami di www.principal.com.my. Sebagai pelabur anda harus membuat penilaian risiko anda sendiri dan mendapatkan nasihat profesional, jika perlu.

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.