BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada Tiga Peratus Bagi Enam Hingga 12 Bulan Akan Datang – Kenanga

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus bagi tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, memandangkan inflasi keseluruhan dan inflasi teras menunjukkan trajektori menurun yang berterusan.

Penyelidikan oleh Kenanga Investmenet Bank Bhd menjelaskan walau bagaimanapun, dalam melihat ke hadapan, kemungkinan perubahan harga makanan dan komoditi disebabkan ketidaktentuan dasar kerajaan, risiko geopolitik dan situasi cuaca boleh memberi kesan ketara ke atas unjuran inflasi.

“Oleh itu, BNM dijangka terus menggunakan pendekatan bergantung kepada data dalam proses membuat keputusan,” menurutnya dalam nota penyelidikan pada Selasa.

Cabang penyelidikan bank pelaburan itu turut memaklumkan walaupun kenaikan ringgit kepada ambang RM4.50 bagi setiap dolar AS baru-baru ini adalah berjangka singkat (kini berlegar dalam julat RM4.54 hingga RM4.57) namun pihaknya mengekalkan pendirian neutral hingga kukuh terhadap trajektori mata wang tempatan bagi tiga hingga enam bulan akan datang berikutan prospek dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah.

“Indeks dolar AS diunjurkan mengalami aliran rendah iaitu kira-kira paras 95.0 pada suku keempat 2023 kerana kami menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) berubah pendirian dengan cenderung ke arah kadar faedah rendah ekoran dinamik disinflasi yang berterusan dan potensi kelemahan situasi pasaran buruh di AS,” tambahnya.

Walaupun Fed memutuskan kenaikan kadar 25 mata asas baru-baru ini namun, ringgit berjaya pulih daripada beberapa penyusutannya berikutan kenyataan cenderung kepada kadar faedah tinggi oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell semasa sidang media mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed.

Ringgit juga disokong oleh jangkaan pasaran yang semakin meningkat mengenai potensi peralihan dasar susulan bacaan penurunan Indeks Harga Pengguna teras AS yang tidak dijangkakan bagi Jun.

Menurut penyelidikan Kenanga walaupun begitu, mata wang tempatan mengalami tekanan daripada perbezaan hasil negatif yang semakin meluas antara bon kerajaan 10 tahun Malaysia-AS selain itu yuan yang lebih lemah akibat data makroekonomi China yang kurang memberangsangkan menambahkan lagi tekanan pada ringgit.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Tarif 10 Peratus AS Terhadap Malaysia Berkuat Kuasa

Malaysia dikenakan tarif 10 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) di bawah siasatan Seksyen 301 berkaitan buruh paksa, berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam waktu AS, Jumaat, 24 Julai 2026.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, Malaysia adalah antara 17 ekonomi yang dikenakan kadar tarif 10 peratus, manakala ekonomi lain dikenakan tarif 12.5 peratus.

Katanya, kadar lebih rendah itu mengambil kira komitmen Malaysia melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang melarang pengimportan barangan dihasilkan menggunakan buruh paksa.

“Tarif berkenaan mula berkuat kuasa sejurus tamat tempoh tarif sementara yang dikenakan di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 AS,” katanya.

Sementara itu, MITI berkata, siasatan Seksyen 301 berkaitan isu kapasiti berlebihan yang membabitkan 16 ekonomi termasuk Malaysia masih diteruskan.

Katanya, kadar tarif bagi siasatan itu hanya akan diumumkan selepas Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) membuat keputusan mengenainya.

“MITI akan memaklumkan semua pihak berkepentingan mengenai sebarang perkembangan berkaitan dan akan terus mengadakan libat urus dengan Amerika Syarikat,” katanya.

— Berita Harian