Malaysia Berjaya Raih Potensi Pelaburan RM8.13 Bilion Di Itali – PM Anwar Ibrahim

ROM, 3 Julai (Bernama) — Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan sebanyak RM8.13 bilion menerusi mesyuarat meja bulat kerjasama ekonomi Malaysia dan Itali serta mesyuarat dua hala bersama-sama syarikat di sini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat meja bulat berkenaan melibatkan penyertaan sebanyak 41 syarikat Itali yang terdiri daripada 23 syarikat sektor pembuatan, sembilan syarikat sektor perkhidmatan, dua syarikat sektor perdagangan serta lima agensi kerajaan dan dua pertubuhan industri.

“Potensi pelaburan yang telah diraih melalui kedua-dua mesyuarat ini berjumlah RM8.13 bilion dalam sektor petrokimia, jentera dan peralatan, elektrik dan elektronik serta perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas,” kata Anwar pada sidang media pada akhir lawatan beliau ke Rom, Itali.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata potensi eksport yang dijana berjumlah RM425 juta bagi produk oleokimia, tenaga boleh baharu (TBB), bahan mentah bahan api bio dan aditif makanan ternakan.

Mesyuarat meja bulat berkenaan memberi peluang kepada syarikat berpotensi di Itali menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor seperti pembuatan berteknologi tinggi, TBB, ekonomi digital dan infrastruktur mampan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawat beliau Giorgia Meloni, Rom dan Putrajaya akan meningkatkan kerjasama dalam sektor tenaga, solar, geoterma dan hidrogen.

Antara kerjasama itu adalah usaha sama Petronas dan Eni S.p.A di Pengerang, Johor dalam sektor bahan api penerbangan mampan; Perodua dan Magna Styer bagi bateri kenderaan elektrik; dan kerjasama dan pelaburan modenisasi grid elekrik termasuk Grid Tenaga ASEAN.

Perdana Menteri berkata dalam perbincangan itu, beliau turut memohon pengiktirafan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dari Itali selain memohon dukungan penilaian pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) yang lebih adil — standard risiko negara (rendah).

Malaysia menyasarkan untuk berada dalam kategori negara berisiko rendah dalam sistem penanda aras EUDR melalui semakan semula penarafan berkenaan menjelang 2026.

Dalam pada itu, Malaysia turut mohon sokongan Itali untuk menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.

Perdana Menteri tiba di sini pada Selasa untuk mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Itali selaku ekonomi ketiga terbesar dalam EU.

Kunjungan berkenaan adalah atas jemputan Meloni.

Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (US$3.18 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.

 Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.5 bilion (US$1.48 bilion) berbanding tempoh sama pada 2024. 

Perdana Menteri berlepas ke Perancis untuk mengadakan lawatan rasmi pada 3 dan 4 Julai selepas menamatkan lawatan di Itali.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kerajaan Pelbagaikan Sumber Gas Bagi Perkukuh Keterjaminan Tenaga Negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengutamakan keterjaminan tenaga negara dengan mempelbagaikan akses kepada sumber gas berskala besar yang berpotensi memperluaskan pilihan bekalan dan meningkatkan daya tahan keselamatan tenaga.

Menurut Kementerian Ekonomi, susulan keadaan pasaran tenaga global yang tidak menentu akibat ketegangan geopolitik, tumpuan terus diberikan untuk mempelbagaikan sumber bekalan dengan mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana negara atau satu pasaran sahaja.

Jelasnya, sebarang pengimportan minyak mentah dari mana-mana negara termasuk Russia perlu dilaksanakan melalui dasar perdagangan antarabangsa dan saluran komersial yang sah.

“Perkara ini tertakluk kepada pertimbangan harga, spesifikasi produk, logistik, kaedah pembayaran, pengangkutan, insurans, undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang dikeluarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda mengenai perjanjian bekalan minyak mentah, gas dan diesel selama 20 tahun dengan Russia serta bagaimana hak pengusahaan telaga gas di Turkmenistan akan diterjemahkan bagi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Tambah Kementerian Ekonomi lagi, peluang pengusahaan telaga gas di Turkmenistan itu dinilai berdasarkan merit komersial dan potensi sumbangannya kepada kepelbagaian sumber bekalan gas dalam jangka panjang.

Pada 20 Jun lalu, PETRONAS memeterai beberapa penjanjian baharu dengan dua syarikat Turkmenistan merangkumi Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA) yang meliputi Blok Luar Pesisir 19 dan 20, serta perjanjian kerjasama (CA) bagi kajian seismik 2D untuk blok luar pesisir utara.

PETRONAS memaklumkan bahawa kedua-dua perjanjian itu mencerminkan komitmen bersama untuk membuka peluang baharu, memperkukuh pemahaman bawah permukaan serta menyokong kedudukan Turkmenistan sebagai antara penyumbang penting bekalan tenaga serantau dan global.

Mengenai manfaatnya kepada rakyat, Kementerian Ekonomi menjelaskan bahawa usaha kerajaan mempelbagaikan sumber tenaga boleh diterjemahkan melalui tiga aspek utama iaitu memperkukuhkan keterjaminan bekalan negara melalui akses kepada sumber bekalan tenaga jangka panjang.

Selain itu, ruang yang lebih baik untuk mengurus tekanan harga dan subsidi secara teratur susulan bekalan yang lebih meluas serta meningkatkan penglibatan syarikat perkhidmatan minyak dan gas tempatan kepada rantaian nilai antarabangsa, sekali gus memperkukuh kepakaran teknikal Malaysia dan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi.

Tambahnya, pendekatan itu tidak bermakna Malaysia akan terlindung sepenuhnya daripada turun naik harga tenaga pasaran dunia.

“Bagaimanapun, akses kepada sumber bekalan yang lebih pelbagai dan berdaya saing berpotensi menyokong kestabilan bekalan dan mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan pasaran tenaga global.

“Ini seterusnya akan membolehkan Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik untuk melindungi kepentingan rakyat, industri dan ekonomi negara dalam jangka panjang,” tambahnya.

-BERNAMA