Anwar Harap Kanada Pertimbang Semula Pengecualian Visa Kepada Rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan harapan kepada rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney untuk mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia.”Ia adalah selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala,”  katanya dalam hantaran di platform X hari ini.

Anwar ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Paris, Perancis, menghubungi Perdana Menteri Kanada Mark Carney untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Kanada baru-baru ini.

Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Kanada bagi tujuan melancong, belajar atau bekerja.

Yuran visa Kanada untuk warganegara Malaysia termasuk yuran kepada kerajaan Kanada, yuran biometrik serta sokongan atau perkhidmatan lanjut daripada VFS Global, pentadbir pihak ketiga dilantik untuk visa Kanada di Malaysia.

Proses untuk permohonan visa Kanada mengambil masa yang lama.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

ATLAS by Bank Muamalat Sebagai Bank Digital Islamik Pertama Di Malaysia

ATLAS Muamalat merupakan aplikasi perbankan Islam yang digital, moden, mudah dan yang pasti patuh syariah. 

Aplikasi ATLAS ini telah dilancarkan oleh Bank Muamalat pada 5 Jun 2025 yang menjadikan ATLAS aplikasi perbankan digital pertama di Malaysia yang direka khas berdasarkan nilai keimanan dan gaya hidup Islamik moden. 

Aplikasi ATLAS ini bekerjasama dengan teknologi global seperti Mambu, Google Cloud, Backbase, HyperQB dan Kestrl bagi memastikan ia menepati standard antarabangsa dari aspek prestasi, keselamatan data dan pengalaman pengguna.

ATLAS ini sepenuhnya digital dan tiada cawangan fizikal jadi semuanya pengguna boleh buka akaun, buat transaksi dan layari produk perbankan dihujung jari tanpa perlu ke bank. 

Dari segi kepatuhan syariah pula, semua produk dan perkhidmatan dibangunkan mengikut prinsip Syariah iaitu bebas riba, jangka masa dan kadar keuntungan ditetapkan berdasarkan muamalat Islam. 

Yang special dalam aplikasi ATLAS ni ada ciri-ciri seperti:- 

– Pemberitahuan waktu solat

– Kalender Hijrah

– Kiblat finder

– Zikir counter

– Doa harian

– Perkhidmatan zakat dan qurban

ATLAS menawarkan kadar keuntungan eksklusif sebanyak 5% untuk tiga bulan pertama kepada pengguna terawal.

Aplikasi ATLAS kini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store.